𝑣𝑖𝑖 - 𝑏𝑟𝑜𝑜𝑚!

127 29 0
                                    

50 meter. Sedekat itu jarak yang tersisa sebelum tayar motor Badril melepasi garis penamat. Bertambah riuh sorakan pada malam itu. Namun ada juga muka-muka murung bila duit taruhan lebur begitu saja dengan kemenangan yang memihak kepada pihak lawan. Broom! Broom! Throll motor makin dipulas membuatkan jentera yang dinaikinya itu mengaum lebih deras.

Badrilsyah mencabut topi keledar. Rambutnya yang terkuis di dahi diraup kebelakang. Suara Azfar yang mengumumkan kemenangan Badrilsyah mula kedengaran.

"Inilah pemenang kita malam ni. Jadi sebagai hadiah. Bad boleh pilih mana-mana cinggey yang dia nak. Okey Bad! Now ko dah boleh buat pilihan. Kau nak yang pakai skirt pendek ke, seluar jeans ke, pilih aje. Malam ni kau raja!" tempik Azfar Harun yang merupakan saudara seagama kepada Azfar Heri itu. Ngisau!

Badrilsyah berjalan beberapa langkah memerhati segerombolan perempuan yang berkumpul ramai-ramai itu. Ada yang dah menggelentis. Tapi bukan muka yang selalu ada di situ dicarinya.

Dia angkat tangan dengan jari telunjuk menunding ke satu arah. Semua mata tunak memandang arah yang ditunjuk. Bertambah debar bila Babyana rasa jari itu ditunding kearah tempat dia berdiri. Dia beranjak ke kiri. Mungkin Badrilsyah mahu menunjukkan orang di belakang Babyana. Babyana berganjak lagi, jari telunjuk Badrilsyah turut berubah kedudukan mengikut arah yang sama dengan Babyana.

Babyana mengangkat jari menunding ke diri sendiri. "Saya ke?" soalnya antara dengar dan tidak. Babyana hilang kata-kata bila dia nampak anggukan Badrilsyah.

Babyana memandang sekitarnya bila semua orang turut melihat dia. Badrilsyah berjalan mendekati Babyana.

"Jom." ajaknya sambil menghulurkan tangan.

Babyana pandang Kaseh Irdina dan nasib baik rakannya itu turut melangkah mendekat.

"Hei Bad! Mana boleh macam ni. Aku baru ajak dia datang hari ni. Dia bukan macam perempuan yang pernah datang sini. Kalau kau nak, kau pilih la perempuan lain. Bukan Baby!"

"Ada masalah ke kalau aku pilih Baby? Kau dengki?"

"Lancau la kau jantan! Hei kalau kau buat benda bukan-bukan kat Baby, aku akan report polis biar kau meringkuk dalam penjara la sial! P*kimak!" nasib baik dalam situasi tegang itu, Saif yang merupakan kawan rapat Kaseh sempat memeluk gadis itu dari belakang dari mengamuk besar.

"Kalau aku tahu kau kendurikan Baby, siap kau Bad. Memang aku tikam-tikam kau nanti!"

"Masalahnya aku menang. Aku ada hak kan nak pilih siapa-siapa. Baby pun senyap je, kau pulak lebih-lebih."

"Woo woo sabar semua. Sabar! Sabar. Biar empunya diri yang bagi jawapan okey. Cik adik manis ni nama siapa?" Azfar menyampuk bila situasi makin membahang. Kan kecoh pulak nanti.

"Babyana."

"Oh Babyana. So macam ni Babyana, Bad ni dah menang jadi mengikut agreement dari awal, dia nak awek. Jadi kami bersetuju atas sebab semua orang kat sini takde hal pun pasal tu. Main tukar-tukar awek dah benda biasa bagi kami. Tapi Babyana ni baru datang hari ni kan? Kalau Bad pun dah berkenan, apa salahnya kalau Babyana pun bersetuju, kan? Lagipun Bad ni terrer lagi-lagi kalau orang tu first time. Hehe." ayat terakhir Azfar disambut dengan tawa oleh sekumpulan lelaki yang lain. Terdengar siulan-siulan mengusik dari teruna yang ada di situ.

Badril terus menarik tangan Babyana bila dia lihat tiada sebarang bantahan dari gadis itu. Topi keledar dipakaikan ke kepala Babyana.

"Kita nak pergi mana?" soal Babyana.

"Makan." jawapan ringkas itu diberikan. Dalam erti kata lain banyak definisi makan ni. Makan nasi, makan lauk, ataupun makan rezeki yang halal. Apa ingat si Badrilsyah ni dirty minded sangat ke?

"Baby! Apa-apa call aku ataupun kau terus call polis. Takpun setiap lima minit aku akan call kau." Kaseh memberi peringatan. Risau dan rasa bersalah kerana membawa Babyana ke sini. Kalau dia tak bawa mesti Badrilsyah dah pilih orang lain.

"Hei Saif kau tutup mulut perempuan kau tu! Bingit la." sempat Badrilsyah memberi pesan sebelum motornya laju mengikut arus jalan.

🍼🍼🍼

Rambut Babyana yang serabai kerana ditiup angin itu dibetulkan oleh Badrilsyah. Gadis itu kelu dan menjadi malu sendiri. Layanan Badrilsyah kepadanya semakin lama semakin mesra. Dia takut rasa di hatinya makin menggebu dan selesa dengan layanan penuh prihatin itu.

"Abang ingat abang salah orang tadi. Rupanya memang betul Baby."

"Kaseh yang ajak. Jadi Baby pun temankan dia. Abang kata abang dah berhenti berlumba."

"Yup. Memang berhenti. Tapi kadang-kadang rasa bosan abang join je race."

"Kalau Baby tak ada hari ni kat tempat race abang akan pilih perempuan lain ke?"

"Tak. Abang nak kalah jadi abang tak payah susah-susah nak pilih perempuan. Ni abang menang cuma untuk dapatkan Baby je." Badrilsyah mula mencucuk jarum muslihat.

Babyana tersipu-sipu menahan malu. Pipinya makin memerah.

"Baby cantik." puji Badrilsyah tiba-tiba. Memang tidak dinafikan, Babyana memang cantik. Alis matanya memukau, pandangan naifnya yang buatkan Badrilsyah tidak senang duduk dan berkeinginan untuk mengambil jiwa raga gadis itu yang berharga.

"Baby pernah kissing?" perlahan-lahan Badrilsyah mengambil langkah.

Babyana menggeleng. Sungguh dia masih berasa malu, apatah lagi duduk berdekatan seperti ini dengan lelaki itu.

"Pandang abang." dagu gadis itu dipagung.

Pandangan dari mata helang itu membangkitkan rasa tidak selesa Babyana. Tambah lagi bila dia rasakan Badrilsyah mula merapatkan muka ke arah wajahnya.

"Baby tak pernah ada boyfriend sebelum ni?"

Babyana menggeleng. Badrilsyah tersengih. Baru dia faham kenapa Babyana seperti anak biri-biri yang sesat dalam kawanan serigala. Clueless.

Bunyi perut Babyana secara tiba-tiba itu membatalkan hasrat Badrilsyah. Dia tertawa kecil bila muka gadis itu berubah asbab malu.

"Jom. Abang bawak pergi makan dulu." tangan gadis itu dipimpinnya erat.

🍼🍼🍼

Mood hyperactive dah hilang. So saya pun
update je yang mana yang ada.
Selamat membaca. Bai

Baby ✔Where stories live. Discover now