BAB 59

100 2 0
                                    

[ENAM BULAN KEMUDIAN]

Jesse memandang jauh ke hadapan. Raut wajahnya nampak tenang sahaja. Tiupan angin yang lembut menyapa wajahnya sambil meniupkan beberapa helai rambutnya ke belakang. Saat ini, Jesse sedang berada di atas rumah pokok yang tertinggi di kawasan itu. 

Rumah pokok itu cumalah pondok biasa di mana penjaga biasanya akan gunakan untuk memerhati kawasan ini pada waktu malam.

Enam bulan yang lalu, setelah mereka meninggalkan kota asal mereka yang sudah hancur diserang dengan Dark Monster, Ace telah membawa dia dan para penduduk yang lain ke tempat persembunyian ini.

Tempat persembunyian ini sangat selamat kerana memiliki beberapa batu sihir yang menjadi dinding perisai yang mengelilingi kawasan tersebut. Batu sihir itu dipanggil sebagai Enchanted Rock di mana ia memiliki sihir yang tidak disukai oleh Dark Monster. 

Para penduduk kota asal selamat tiba ke tempat ini dan bukannya dihantar ke tempat lain. Bukan seperti yang disangkakan oleh Jesse sebelum ini. Rupa-rupanya, Ace telah pun melantik setiap pemandu kapal perang yang dipercayainya dan membawa semua penduduk ke tempat ini.

Jesse merasa lega kerana para penduduk kota berjaya diselamatkan dan tidak dipergunakan oleh Whitney. Malah Ace juga mengambil keputusan untuk mengatakan perkara sebenar bahawa Whitney merupakan seorang Ratu Dark Monster dan bagaimana Ratu itu masuk ke tubuh Whitney.

Meskipun kehidupan mereka terasa sulit kerana mereka memulai kehidupan yang baru di tempat ini. Setidaknya, tempat ini selamat dan tenang tanpa gangguan dari sebarang Dark Monsters. 

Jesse menggunakan ilmu pengetahuannya dari dunia asalnya untuk membantu membina pembangunan dan ekonomi di tempat itu agar kehidupan mereka dapat diteruskan. 

Dan secara tidak langsung juga, penduduk-penduduk di sana telah melantik Ace sebagai ketua mereka dan itu membuatkan Ace sentiasa sibuk. Meskipun begitu, Jesse dan kawan-kawan yang lain sentiasa berada di sisi Ace untuk membantu Ace membina tempat ini.

Meskipun enam bulan ini berlalu tanpa sebarang gangguan dari Dark Monster, Jesse tahu jika Whitney saat ini sedang mencari di mana keberadaannya. Jesse mengetahui jika Whitney masih hidup kerana Ace telah menceritakannya. 

Jesse tahu Whitney tidak akan berhenti mencarinya selagi Jesse masih hidup. Dia tahu jika dia ialah kelemahan terbesar Whitney dan kerana itulah Whitney mahu membunuhnya. 

Dan Jesse pula tidak berencana untuk bersembunyi selamanya. Dia tahu rancangan Whitney mahu menakluki dunia manusia dan tujuannya adalah untuk membantu menyelamatkan kaum manusia. Dia mahu menyelamatkan sebanyak mungkin manusia agar tidak jatuh ke tangan Whitney.

Meskipun dalam keadaan mereka yang kurang dari sumber teknologi moden dan teknologi senjata, Jesse tidak berputus asa. Dengan bantuan Ace, mereka mencari jalan bagaimana mahu meningkatkan teknologi mereka.

 "Ah di sini rupanya kau. Saya sudah mencari kau sejak dari tadi..."

Suara tersebut menyedarkan Jesse dari lamunan. Ditolehnya ke arah orang yang datang menghampirinya. April menghampiri Jesse dengan senyuman. Dia pun berdiri di sebelah Jesse. 

"Apa yang kau buat di sini?" tanya April sambil memandang ke arah tempat Jesse sedang lihat sejak tadi. Dari arah pandangannya, April dapat melihat kumpulan Ace yang sedang membuat sebuah rumah pokok yang baru.

Senyuman di wajah April menjadi semakin lebar. "Pemandangan dari sini juga sudah cukup cantik. Tidak hairanlah kalau kau suka duduk sini..."

Jesse segera melagakan bahunya ke bahu April sehingga membuatkan April tertawa kecil. "Tak adalah, April. Saya saja naik ke sini sebab saya suka tengok pemandangan dari tempat tinggi. Lagipun, di atas sini buat saya nampak semua..."

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now