BAB 44

228 19 3
                                    

Yang  menegur kumpulan Jesse adalah Mark. Bersama Mark tentulah kawan-kawannya yang lain. Meskipun mereka tidak dijemput, pada akhirnya, Ace dan kawan-kawannya juga ikut duduk di kawasan meja yang sama di mana Jesse dan yang lain duduk. Ini terjadi kerana Sydney yang memaksa Ace dan yang lain duduk bersama mereka.

Ketika kumpulan Ace duduk di meja yang sama, suasana kelihatan canggung kerana masing-masing dari mereka tiada yang bercakap.

Yang paling bising diantara mereka hanyalah Mark dan Sydney. Sekali-sekala, Connor akan menyampuk perbualan mereka.

Mark dan Sydney bercakap antara sesama tanpa melihat kepada situasi yang berlaku diantara kawan-kawan mereka yang lain. Jika dilihat dengan teliti, mood di sekeliling meja itu agak canggung.

Masing-masing tidak mahu bertentang mata.

Ace dan Kayden tidak banyak bercakap kerana mereka berdua bukan jenis yang suka bercakap. Manakala Cris dan Stephen pula tidak selalu bercakap kerana kehadiran kumpulan Alpha bersama mereka. Mereka hanya duduk diam sambil menikmati minuman ringan yang disediakan.

April langsung tidak berani bercakap dengan kumpulan Alpha kerana dia takut kalau dia tersalah cakap, mereka akan memandangnya dengan wajah tidak senang. 

Jesse sengaja tidak bercakap dengan Ace dan kawan-kawannya setelah terjadinya kejadian dia hampir dibuli. Semuanya hanya disebabkan oleh hal Ace.

"It's weird to see you here..." Kayden tiba-tiba bersuara sambil matanya menatap wajah Sydney. Lalu dia memandang ke arah Jesse dan kawan-kawannya satu-persatu. "Saya tidak pernah nampak kau bercakap dengan dorang. Macam mana kau boleh ada di sini?"

Sydney membalas pertanyaan Kayden itu dengan sengihan panjang. Dia terus memeluk bahu Jesse yang duduk di sebelahnya. "Saya dan Jesse sekarang sudah berkawan. Of course saya akan ikut dorang kumpul di sini!"

Kayden seolah-olah tidak percaya dengan jawapan dari Sydney. Dia memandang Sydney dan Jesse silih berganti sebelum dia mendengus kasar. "Suka hati kau lah."

"Jadi, kenapa korang ada di sini? Saya tak pernah tengok korang datang ke sini?" Giliran Connor pula bertanya kepada Jesse.

"Oh, kami saja datang ke sini nak rayakan kejayaan kami masuk ke institusi perubatan. Tidak lama lagi, kami akan berpindah ke sana," Tenang saja Jesse menjawab pertanyaan Connor.

"Kau akan pindah ke institusi perubatan?" tanya Kayden dengan wajah terkejut. Dia tidak menyangka jika Jesse akan berpindah ke institusi perubatan. 

Mark terus memukul belakang kepala Kayden. "Kau tidak dengar apa yang baru saja dia katakan tadi? Kan baru saja dia cakap dia akan pindah... Kau ni pekak atau apa?"

Kayden memandang Mark dengan wajah garang. "Berani kau pukul kepala saya?"

Saat Kayden sedang memukul Mark kerana ingin membalas perbuatan Mark memukul kepalanya tadi, pelayan membawa pesanan yang mereka telah pesan. Semua pesanan itu diletakkan di atas meja dan memenuhi hampir setiap ruang meja.

"Wah, sedapnya!" April merasa teruja saat melihat semua masakan sedap di depannya. Jesse tersenyum dengan tingkah April. "Okay, let's start eating then!"

Pada malam itu, semua orang di meja itu pun menikmati makanan dan minuman yang sudah tersedia. Kadang-kadang riuh kawasan itu dipenuhi dengan suara ketawa.

Jesse menyedari jika pinggannya sentiasa penuh dengan daging ayam. Kadang-kadang juga akan ada udang atau sotong yang diletakkan. Pada mulanya, Jesse tidak sedar sebab dia asyik mendengar cerita dari Mark dan yang lain.

Tapi saat dia mula menyedari pinggannya tidak pernah kosong, Jesse tertanya-tanya siapa yang rajin sangat mengisi pinggannya. Pada masa yang sama, Jesse sempat melihat Ace sedang meletakkan satu ketul daging ayam ke dalam pinggannya.

2. Season 1 : This Is My Fateحيث تعيش القصص. اكتشف الآن