BAB 50

263 20 4
                                    

Jesse sudah pun kembali ke dorm mereka untuk berehat pada malam itu. Sejak kembali dari makmal penyelidikan tersebut, kepalanya tidak berhenti-henti merasa sakit.

Pada masa yang sama, tekaknya terasa kering dan Jesse teringin meminum air.

Jesse turun dari katil dan berjalan menuju ke pantri kecil di sebelah dorm mereka.

Apa yang Jesse tidak sedar semasa dia ke pantri adalah tidak ada seorang dari antara kawan-kawannya berada di dorm.

Jesse meneguk minuman botol yang diambilnya. Baru saja dia mahu membuang botol itu ke dalam tong sampah, dia terdengar bunyi bising seperti bunyi batang besi yang jatuh bergolek ke atas lantai.

Pergerakan Jesse terhenti dan dia memandang ke luar pantri.

Menghairankan, dia tidak melihat sesiapa.

"Senior Aaron?"

Tiada jawapan.

Jesse membuang botol mineral tadi ke dalam tong sampah dan keluar dari pantri tersebut. Alangkah terkejutnya dia bila dia melangkah keluar, Jesse mendapati dirinya sudah berada di lorong makmal penyelidikan.

Jesse mendapati lorong tersebut kosong dan sunyi setelah dia memeriksa sekeliling.

"Hello??" Dahi Jesse sudah berkerut kerana secara tiba-tiba, dia merasa tidak sedap hati.

Kerana tidak tahu hendak ke mana, Jesse mengambil keputusan untuk berjalan di lorong sebelah kiri. Dia juga tidak tahu hendak ke mana. Dia mahu keluar dari sini tapi Jesse tidak tahu dia berada di bahagian mana.

Jika ada orang yang mendapati dia berada di tempat ini, dia pasti akan ditangkap.

[JESSE, COME HERE... COME...]

Jesse melilau ke sekeliling. Suara itu lagi..?

Jesse teruskan berjalan, seolah-olah bukan dia yang mengawal badannya. Tanpa sedar, Jesse berjalan mengikuti ke mana arah suara tadi.

[SUDAH TIBA SAATNYA UNTUK KAU KELUAR KE DUNIA SEBENAR...]

Jesse mengerutkan dahinya lagi. Dia yakin tiada satu orang manusia pun di tempat ini kecuali dia, jadi milik siapa suara tersebut.

"How did you know me? And why did you want me to come to you?" Jesse memberanikan diri untuk bertanya.

[I'LL SHOW YOU HOW.]

Jesse mendengar bunyi pintu dibuka dari arah belakangnya. Bunyi pintu besi yang sudah berusia bertahun lamanya bergema ke seluruh kawasan.

Jesse menoleh ke arah sebuah pintu yang sudah terbuka, seakan-akan mengundang dirinya masuk.

Entah kenapa saat itu, Jesse tidak merasa takut. Kakinya yang seperti dikawal sesuatu mula melangkah ke depan. Bila dia sedar, Jesse sudah pun masuk melintasi pintu tadi.

Keadaan di sekelilingnya berubah dalam sekelip mata dan pintu di belakangnya tadi sudah pun menghilang.

Jesse memandang sekeliling dan menyedari dia berada di sebuah tempat yang tinggi. Di depannya adalah sebuah bilik kebal dengan dinding kaca yang tebal.

Degupan di jantung Jesse menjadi semakin kuat dan menekan ruang dadanya. Nafasnya terasa berat seakan-akan udara di sekelilingnya telah disedut keluar.

'Tempat ini...'

Dari ekor matanya, Jesse melihat satu bayangan yang tidak asing lagi.

Dengan wajah cemas,  Jesse menoleh ke arah bayangan itu.

2. Season 1 : This Is My FateKde žijí příběhy. Začni objevovat