BAB 9

344 30 0
                                    

JESSE dan April masuk ke dalam dewan makan kerana sekarang ialah masa untuk makan tengah hari. Tapi Jesse menunggu sehingga dewan makan sedikit lenggang dari orang ramai sebelum mereka berdua datang.

Alasannya adalah kerana Jesse tidak mahu berjumpa dengan mana-mana orang yang ingin dia hindari. Jesse juga yakin yang kumpulan peminat Robin yang menyerang dia semalam akan mencari Jesse.

Jesse dan April pun memilih tempat duduk mereka dan mula menikmati hidangan mereka sendiri.

"Saya dengar ada gelombang baru yang kuat terjadi di luar perbatasan benteng kota kita. Saya rasa kumpulan baru Dark Monsters sudah muncul dan menyerang kota kita. Maknanya, kumpulan tentera akan dilepaskan tidak lama lagi untuk pergi berperang," kata April sambil menggigit brokoli yang dicucuk menggunakan garpu.

Jesse hanya mengangguk dengan sikap acuh tidak acuh. "Saya tidak peduli."

April menelan brokoli yang sudah dikunyah. Dengan menggunakan garpu yang masih dipegang, dia menunjuk ke arah Jesse. "Kau patut peduli. Kedudukan kau dalam Ranking Organisasi kita adalah Top #5. Bermakna kau akan dihantar bersama dengan kumpulan tentera pertama untuk berperang. You have to practise more if you don't want to get kill. Kau sudah dua bulan stay di hospital, saya berharap kekuatan kau tidak menurun..."

Kata-kata April itu membuatkan Jesse berhenti mengunyah. Dia pun memandang April dengan wajah terkejut. 'Shit, macam mana saya boleh lupa yang Ranking saya dalam sistem masih Top #5? Ini bermakna saya akan pergi berperang bersama tentera lain. In other words, I will die again! NO!'

"Kita kan akan pindah ke bangunan perubatan lagi selepas ini. Kenapa kita harus ikut mereka berperang?" tanya Jesse dengan suara yang bimbang.

"Sampai tarikh kita ujian, kita masih dikira sebagai tentera, Jess. Bermakna kita masih terikat dalam peraturan pasukan tentera dan harus mengikuti mereka berperang," kata April.

Jesse mengetatkan genggaman tangan pada sudu yang dipegang. Jika dia harus pergi ke medan perang bersama kumpulan tentera yang pertama, bermakna Jesse harus ikut bersama dengan kumpulan Beta.

'Right, how come I forgot that I was in the same group with Vernon! Kalau saya ikut perang, maknanya saya harus pergi bersama dengan Vernon! Argh, this is driving me crazy!'

"Dalam maksud lain, kau akan pergi dengan kumpulan Beta. Kau faham maksud saya, kan Jess? Kau harus ada dengan Vernon sepanjang masa!"

Jesse terus menghentak meja dengan kuat. Wajahnya menjadi lebih dingin dari yang sebelum ini. "Jangan risau, April. Saya tahu apa yang saya perlu lakukan nanti."

April terkejut dengan tindakan Jesse menghentak meja tadi sehingga bahunya ternaik ke atas. Lama dia memandang wajah dingin milik Jesse itu.



SETELAH makan tengah hari, Jesse dan April datang kembali ke pejabat Jeneral Han untuk mengambil dokumen yang dikatakan oleh Jeneral Han kelmarin.

Setelah mereka mengambil dokumen itu, mereka pun kembali ke dorm untuk menyimpan dokumen itu.

Ketika mereka sudah menyimpan dokumen itu, suara penggera pusat berbunyi di seluruh kawasan.

Jesse yang masih belum biasa dengan sistem di tempat ini menjadi bingung sekejap setelah mendengar penggera.

April segera menarik tangan Jesse dan bersama-sama mereka berlari menuju ke dewan besar. Di sana sudah ada banyak tentera yang berkumpul dan masih ada yang berlari-lari hendak masuk ke dalam dewan itu.

Setelah semua orang sudah berkumpul dan berbaris dalam barisan yang teratur, seorang tentera dengan baju seragam berwarna hitam dan mempunyai banyak lencana kilat di bajunya berjalan di atas pentas dan berhenti di tengah-tengah.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now