BAB 45

191 19 3
                                    

SETELAH dia mencari selama beberapa minit, akhirnya Ace pun menjumpai Jesse. Jesse sedang duduk di tepi sebuah tasik. Dia hanya berdiam diri di sana sambil memerhati bot dan sampan yang ada di tengah tasik.

Terlihat perasaan lega terlukis di wajah Ace setelah dia menjumpai Jesse.

Dia sangat risau setelah dia mendapati yang wanita itu sudah hilang. 

Nafas lega dihembus ketika kakinya melangkah mendekati Jesse. "Di sini kau rupanya."

Jesse sekadar memandang Ace dengan keadaan senyap. Setelah Ace duduk mencangkung di sebelahnya, Jesse masih lagi senyap. Lalu dia menoleh semula ke arah tasik.

Ace juga duduk di sebelah Jesse sambil memerhati wajah wanita itu. Perlahan-lahan, bahu wanita itu dipegang. "Mari saya hantar kau pulang."

"Boleh tak..."

Ace menunggu Jesse menghabiskan ayatnya dengan sabar.

"Kita stay di sini dulu untuk sekejap. Saya masih mahu duduk di sini..."

Kerana permintaan dari Jesse itu, Ace pun duduk di sebelahnya. Bersama-sama mereka memandang ke tengah tasik. "Saya akan temankan kau... But only for a short time and then, I will send you back."

Jesse tidak menjawab.

Kemudian, masing-masing diantara mereka pun mendiamkan diri. Hanya suara dari para pengunjung yang datang menjadi latar belakang suara bagi mereka sekarang ini.

"Suasana di sini sangat gembira dan bahagia, bukan?" Jesse mula membuka mulut.

Ace tidak menyampuk atau memotong percakapan Jesse. Dia hanya diam sambil mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Jesse.

"Semua orang masih boleh berkumpul dengan orang yang mereka sayang dan meluangkan masa bersama... Tanpa perlu fikirkan monster-monster yang sedang menyerang benteng kota di luar sana..."

Jesse memalingkan kepalanya ke arah Ace lalu bertanya, "Pernahkah kau terfikir jika suatu hari nanti jika benteng itu musnah, masih adakah masa-masa bahagia seperti ini?"

Ace menatap lama wajah Jesse saat itu. Dia tidak membuka mulutnya untuk menjawab pertanyaan Jesse.

"Mereka yang berjuang demi keluarga mereka, berkorban untuk menjadi X-Forces... Jika nyawa mereka tergadai di zon perang, semua ahli keluarga mereka akan menjadi sedih..."

"Lalu generasi seterusnya akan menggantikan kedudukan mereka... Lalu keadaan yang sama akan berulang semula. There is no end to this bloody war, no end to this misery... Everyday, the soldiers would die fighting for the life of the people inside this wall..."

Jesse mendongakkan kepalanya ke langit. Dia memandang langit seolah-olah dia sedang menatap bintang-bintang sedangkan langit pada waktu itu hanyalah kosong tanpa sebutir bintang pun.

"Kalau saya akan mati suatu hari nanti, akan adakah orang yang menangisi kematian saya?" 

Wajah Ace berkerut mendengar perkataan Jesse. Buat pertama kalinya, dia tidak menyukai apa yang dikatakan oleh wanita itu. Buat pertama kalinya juga, dia tidak menyukai wanita itu bercakap tentang kematian,

Namun, beberapa saat kemudian, Jesse tergelak pula. "Ah, saya lupa... Cris dan April yang akan menangis kalau saya mati nanti... Sydney juga akan menangis... Kalau Stephen... Saya rasa lelaki itu lebih suka kalau dia tidak melihat saya selamanya..."

Kerana tidak mahu mendengar wanita itu bercakap mengenai kematiannya, Ace terus memegang kedua belah pipi wanita itu. Ditariknya wajah Jesse mendekati wajahnya sendiri. Niatnya hanya mahu menghentikan Jesse bercakap tapi dia tidak sedar jarak diantara wajah mereka sangatlah dekat.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now