BAB 16

309 26 1
                                    

BUNYI siren amaran berbunyi di seluruh kawasan pangkalan tentera, menandakan terdapat serangan baru dari Dark Monsters di perbatasan kota. Kerana amaran itu, semua Tentera X-Forces berlari ke sana ke mari untuk segera bersedia.

Jesse yang ketika itu sedang berehat di sebuah khemah terbuka juga segera bersiap. Sejak Jesse datang ke tempat ini, dia dapat melihat apakah senjata yang digunakan oleh para tentera di sini untuk melawan para Dark Monsters. Tentu saja senjata yang mereka gunakan bukan yang biasa Jesse lihat ketika dia masih hidup di dunia moden.

Senjata yang digunakan di sini lebih canggih dari dunia moden dan mereka menggunakan teknologi tinggi untuk membuat senjata. Untuk melindungi para Tentera dari terus mati dibunuh oleh Dark Monsters, para saintis membuat seragam kebal yang dibuat dari bahan berkualiti tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam status tentera, seragam mereka lebih berkualiti dari tentera biasa. Mereka boleh memilih seragam mereka sendiri. Mereka akan pergi ke ruangan senjata untuk memakai seragam itu sebelum berangkat ke medan perang.

Jesse berdiri di atas sebuah bilik dengan berdinding kaca. Sebaik saja dia masuk, pintu secara automatik tertutup dan garis-garis berwarna biru muncul dan bergerak dari atas ke bawah, seakan-akan hendak memeriksa Jesse. Setelah memeriksa identiti Jesse, mesin di dalam bilik itu pun bergerak dan memasangkan seragam kebal di badannya.

(Ini cuma design baju Jesse saja)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ini cuma design baju Jesse saja)

Setelah dia siap dengan kelengkapan seragam tenteranya, dia mengikuti ahli kumpulan Beta untuk berkumpul di satu kawasan lapang. Di sana kapal terbang yang besar sudah pun menunggu mereka.

Jesse segera berdiri di dekat ahli kumpulannya agar nanti dia senang bergerak bersama mereka. Jesse melihat ada Cris di antara ahli kumpulannya. Dia hanya berbalas senyuman dengan Cris dan memandang ke arah ahli kumpulannya sendiri.

"Hari ini Dark Monsters yang kita akan lawan mempunyai jumlah yang lebih banyak. Watch yourselves out there and try not to be kill," kata Vernon kepada kawan-kawannya. Seketika kemudian, dia menoleh sekilas ke arah Jesse.

Jesse juga memandang ke arah Vernon di saat yang bersamaan dan membuatkan mata mereka saling bertatapan. Jesse dengan segera memandang ke tempat lain berpura pura tidak kisah dengan pandangan mata dari Vernon itu.

Vernon juga tidak ambil hati dengan reaksi Jesse dan dia melanjutkan kata-katanya. "Whatever happen today, let's do our best!"
Kawan-kawan Vernon pun bersorak untuk menyokong kata-kata Vernon.

Setelah semua persediaan sudah dilakukan, semua Tentera X-Forces menaiki kapal yang sudah sedia untuk berangkat dan membawa mereka terbang dari kawasan pangkalan.

Saat di dalam kapal, Jesse merasa sangat gugup dan takut. Ini kali pertamanya dia akan pergi ke kawasan perang setelah dia tiba di dunia ini. Selama ini, di dunia sebelum ini tidak pernah ada perang seperti ini jadi semuanya terasa baru untuk Jesse. Dia menjadi semakin gugup bila memikirkan yang dia mungkin tidak sehebat Jessica. Lagi pula mereka berdua adalah roh yang berbeza.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now