BAB 14

303 28 0
                                    

JESSE menghentak kedua tangannya ke atas meja. Wajahnya menunjukkan raut wajah bengang. Kenapa dia marah? Ini kerana dia telah diberikan notis yang dia tidak boleh menarik diri dari pasukan utama yang akan dihantar ke medan perang.

Tanpa ada pilihan lain, Jesse harus pergi.

Harapan Jesse untuk tidak mengikuti perang itu jadi sia-sia begitu saja.

April yang duduk di meja yang sama, memandang Jesse dengan wajah bimbang. Dia tahu keadaan Jesse yang belum membaik kerana Cris sudah memberitahu dia. Bila teringat yang Jesse harus ke medan perang mengikuti pasukan utama, April menjadi risau dengan keselamatan Jesse.

"Dang it! Saya terpaksa ikut pasukan utama ke medan perang. Ini sama saja maksud dia dengan pergi ke medan perang untuk bunuh diri!" kata Jesse.

"Kau baru saja keluar dari hospital dan kau belum berlatih banyak lagi. Kau kena mulai latihan dari hari ini," kata April pula.

Jesse memandang April dengan wajah tegang. Banyak perkara yang bermain di fikirannya saat ini tapi Jesse tidak mahu mengatakannya kepada April sebab April tidak tahu yang Jesse bukan seperti Jessica.

Tapi kerana dia tidak mahu mati dalam medan perang nanti, Jesse tiada pilihan selain mengikuti nasihat April dan memulai latihannya.

Kerana Jesse masih tidak biasa dengan latihan ketenteraan di tempat ini, Jesse meminta Cris untuk menemaninya latihan. Cris yang selalu sedia membantu Jesse dengan cepat bersetuju untuk membantu Jesse.

Mereka berdua pun berlatih di ruang latihan persendirian setiap hari untuk melatih otot-otot Jesse yang sudah mula hilang. Terkadang April dan Stephen juga mengikuti mereka latihan bersama-sama.

Kerana badan ini ialah milik Jessica dan sudah biasa melakukan latihan sebelum ini, dengan cepat Jesse membiasakan diri. Tapi dia masih tetap berhati-hati untuk tidak membuatkan tubuh ini mengalami luka atau sakit kerana sudah diberi amaran oleh Jessica dulu.

Dalam masa sekejap, Jesse sudah dapat membiasakan diri dengan semua latihan dan pergerakan ilmu bela diri yang pernah Jessica belajar. Walaupun dia belum dapat melakukannya seratus-peratus, setidaknya Jesse dapat bertahan hidup jika dia dihantar ke medan perang nanti.

Masa terus berlalu dan tibalah masanya untuk mereka bertolak ke benteng kota. Benteng kota terletak jauh dari kota besar dan memerlukan masa selama seminggu untuk tiba dengan menggunakan kenderaan berat.

Pada hari itu, April berada di bilik Jesse dan menolong dia untuk bersiap. Jesse sudah memakai seragam tentera dan setelah siap, dia bersama April menuju ke garaj utama.

Di sana Jesse akan berkumpul bersama ahli Beta yang lain kerana mereka harus ke benteng kota dengan menaiki kenderaan yang sama

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Di sana Jesse akan berkumpul bersama ahli Beta yang lain kerana mereka harus ke benteng kota dengan menaiki kenderaan yang sama. Selain Jesse, Leon, Quincy, Bent dan Heidi sudah ada di sana.

Jesse hanya memandang mereka tanpa memberikan sapaan. Hanya wajah dingin yang menyapa mereka dan Jesse tidak peduli jika para lelaki itu tidak suka dengan apa yang dia lakukan. Jesse memandang ke arah April pula dan mengambil beg hitam yang besar dari tangan April.

April tersenyum ke arah Jesse dan menepuk bahu kawannya itu beberapa kali. "Good luck, Jess! Be careful out there, alright?"

Jesse membalas senyuman April dengan segaris senyuman juga. "Thanks, April."

April mengangguk lagi dan memberikan pelukan kepada Jesse. Setelah pelukan dilepaskan, April berjalan meninggalkan kawasan garaj itu.

Jesse memerhati April sehingga April hilang sebelum dia berjalan menuju ke belakang kenderaan yang mereka akan gunakan untuk bertolak ke benteng kota. Tanpa mempedulikan yang lain, Jesse meletakkan beg hitam yang besar tadi di bonet kenderaan.

Setelah itu, Jesse berjalan menuju ke pintu kenderaan yang terletak di sebelah kanan. Tapi belum sempat dia naik, jalannya dihalang oleh Heidi.

Jesse mendongak sedikit. Kerana perbezaan tinggi di antara mereka, Jesse harus mengangkat wajahnya supaya dia boleh melihat wajah Heidi.

"Lepas kau keluar dari hospital, terus sikap kau jadi sombong. Sudah tidak ingat nak tegur ahli kumpulan sendiri ke?" tanya Heidi dengan suara sinis. Anak matanya memerhati Jesse dari atas ke bawah, seolah-olah ingin merendahkan Jesse.

Jesse mengeluh dengan sikap Heidi yang sengaja mahu cari hal dengan dia awal-awal seperti ini. Dia memandang ke sekeliling dan melihat ahli kumpulan Beta yang lain juga sedang memerhati dia tapi tidak mengatakan apa-apa. Malah, mereka membiarkan saja Heidi menghentikan Jesse tadi.

Jesse memandang Heidi lagi. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. "Oh, kita balik-balik jumpa sebelum ni dan saya tidak pernah tegur kau, kau tidak bising pula. Sekarang kenapa kau tiba-tiba bising pula? Tak perlulah saya nak beradap sangat nak tegur korang macam kita rapat sangat. We better stop talking from now on and until forever."

Bent dan yang lain saling berpandangan ketika mereka mendengar kata-kata Jesse tapi tidak mengatakan apa-apa.

Selepas itu, Jesse berjalan di tepi Heidi dan mengabaikan lelaki itu. Dia berjalan menuju ke pintu dan bersedia untuk naik. Heidi yang terasa tidak puas hati dengan sikap Jesse terus memegang tangan kanan Jesse.

Jesse menoleh semula ke arah Heidi dengan wajah berkerut kerana tidak selesa.

"Jadi betullah cakap dorang. Kau sudah jadi sombong lepas kau sakit. Tak sangka kau masih hidup lepas apa yang jadi dengan kau. Tapi saya rasa kesian dengan kau, walaupun kau mencuba banyak kali tapi Vernon masih tidak mahu terima kau," Heidi berkata dengan suara dengan sinis.

Tangan Jesse ditarik sedikit, seolah-olah ingin membuatkan Jesse menjadi lebih marah. Quincy dan Leon terus tersenyum sinis, menyokong setiap kata-kata Heidi.

Walaupun bukan Jesse yang jatuh cinta dengan Vernon tapi kerana dia dan Jessica berbagi tubuh dan perasaan yang sama, tentu saja Jesse merasa marah dengan kata-kata Heidi.

Dengan kasar, Jesse menarik tangannya lagi. "Don't worry, tidak lama lagi saya juga akan keluar dari team ni. Kau tak perlulah menghadap muka saya setiap kali kita keluar untuk melakukan misi. Itu yang korang semua mahu, kan? Korang mahu saya keluar dari kumpulan ni. As you wish, saya akan berambus. Jadi kalau kau mahu saya hilang dari pandangan saya, jangan bercakap dengan saya. Kita bukannya rapat sangat sampai kau pun perlu bercakap macam ni dengan saya..." Sepanjang masa dia bercakap, Jesse memandang setiap wajah ahli kumpulan Beta, terutama sekali Vernon.

Jesse berbuat begitu bukan kerana dia mahu menarik perhatian Vernon tapi dia mahu memberitahu Vernon yang kali ini dia mengatakan yang sebenarnya. Bagi pihak Jessica, Jesse akan memutuskan hubungannya dengan Vernon dan menjauhi lelaki itu. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan diantara mereka lagi.

Jesse memberikan senyuman sinis kepada Vernon dan masuk ke dalam kenderaan tadi. Dia menuju ke tempat duduk yang paling hujung sekali. Setelah dia duduk dan memasang tali pinggang keledar, dia menutup matanya seakan-akan dia sedang berehat.
Saat Vernon dan yang lain duduk, inilah yang mereka lihat.

Mereka merasa agak bingung dan hairan dengan perubahan dari Jesse. Walaupun mereka mencubanya berfikir jika kali ini Jessica hanya bermain-main tapi mereka dapat merasakan yang Jessica kali ini sangat serius.

Maka sepanjang perjalanan menuju ke perbatasan kota, kenderaan itu dipenuhi dengan suasana sepi.

Sebelum ini, hanya Jessica yang kuat bercakap dan akan bercakap tentang apa saja hal. Dan tentu saja orang yang dia sedang bercakap itu ialah Vernon. Tapi kerana kali ini Jesse hanya diam saja, keadaan di dalam kenderaan itu agak kekok.

Vernon duduk di hujung lain bahagian tempat duduk di kenderaan itu. Dia memandang ke arah Jesse yang masih menutup matanya. Dia teringat akan kata-kata Jesse tadi sebelum mereka berangkat. Betulkah yang dia sudah berubah?

2. This Is My Fate (SEASON 1)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu