BAB 33

304 33 4
                                    

"ATTENTION!"

"ATTENTION ALL SOLDIERS!!!"

"CODE RED! NEW BATTLE HAS START!"

"ATTENTION!!"

"CODE RED!"

Jesse yang sedang memeriksa keadaan seorang tentera, segera mengangkat kepalanya saat dia mendengarkan arahan itu.

"Let's go, it's a code red!"

Cris yang ketika itu sedang bersama dengan Jesse menarik tangan gadis itu. Bersama-sama mereka menuju ke ruang seragam dan senjata. Segera mereka menggantikan pakaian mereka ke seragam perang.

"CODE RED! ALL SOLDIERS TO THE BATTLE ZONE!"

Setelah Jesse selesai memakai seragam perang, dia mencapai senjata dan mencari Cris lagi. Sayangnya dia tidak melihat sahabatnya itu di mana-mana.

Jesse tidak membuang masa dan terus bergerak menuju ke kapal perang. Kerana ini adalah perang Kod Merah, para Tentera X-Forces tidak perlu bergerak mengikut kumpulan mereka sendiri. Ini kerana mereka harus segera tiba di kawasan perang dan berperang melawan semua Dark Monster yang secara tiba-tiba muncul dan menyerang benteng kota dengan ganas.

'D*mn! Kenapa di masa-masa yang terakhir saya di tempat ini juga kena ada Kod Merah? Kan lagi elok kalau saya duduk diam di Ruang Perubatan daripada berlawan dengan raksasa-raksasa menakutkan di luar sana tu?' Jesse membebel dalam hati.

Dengan berat hati, dia melangkah masuk ke dalam kapal perang dan menuju ke tempat duduk yang kosong.

Tempat duduk yang lain juga sudah diisi dengan tentera X-Forces yang lain termasuk di sebelah kanan Jesse. Tapi baru saja Jesse mengunci tali pinggangnya, tentera yang duduk di sebelahnya tiba-tiba bercakap dengan Jesse.

"Don't forget to wear you helmet too!"

Jesse berhenti bergerak dan dia menoleh ke arah tentera itu. Baru dia sedar yang duduk di sebelah kanan dia ialah Ace. Masa lelaki itu duduk tadi, tidak pula dia perhatikan betul-betul.

Melihat Jesse yang tercengang memandang dia, Ace pun memandang Jesse. "What are you waiting for? Pakai helmet kau sekarang. Tidak ada masa untuk kau pakai nanti..."

Jesse segera menuruti perintah Ace dan memakai topeng kepala itu. Terlintas di hatinya untuk bertanya kepada Ace di mana ahli kumpulan dia yang lain kerana Jesse tahu Ace tidak akan pernah berpisah dengan ahli kumpulannya di medan perang. Tapi persoalan itu hanya mampu dia tanya dalam hati kerana tidak berani bercakap dengan lelaki itu sekarang.

Kapal perang yang dinaiki oleh Jesse mula terbang ke langit dan menuju ke kawasan perang. Suasana di dalam kapal itu pun mula dipenuhi dengan suara perbualan dari para tentera lain yang berada di dalam kapal perang itu.

"Kod Merah? Jarang kita dapat Kod Merah ketika perang sekarang. Bila terakhir kali kita dapat Kod Merah?"

"Entahlah... Mungkin sepuluh tahun yang lepas? Itu pun Kod Merah berlaku kerana kemunculan The Controller."

"So, adakah ini bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan perang?"

Mendengar perbualan mereka yang mengandungi berita buruk, Jesse menjadi bimbang dan gelisah. Genggaman pada senjatanya menjadi rapat. 

"Captain Ace, what about you? Do you have any comment?" Salah seorang tentera beralih kepada Ace dan bertanya.

Tanpa sedar Jesse menoleh ke arah Ace tapi lelaki itu hanya diam macam robot, seolah-olah apa yang ditanyakan oleh para tentera itu langsung tidak didengarinya.

2. Season 1 : This Is My FateKde žijí příběhy. Začni objevovat