BAB 38

229 24 10
                                    

Di part ini, cerita bermula masa Jesse sudah terbangun.

Happy reading, everyone...

🌹🔸🌹🔸🌹

JESSE bersedia untuk tidur pada malam itu. Seharian ini Cris dan Stephen datang mengunjunginya dan meluangkan masa bersamanya. Mark dan Connor juga ada datang melawat dia walaupun hanya sekejap.

Jesse teringat akan Ace kerana dia masih belum melihat lelaki itu sejak dia sedar dari koma.

"Mungkin dia sibuk sangat sampai tak ada masa nak datang. Tak apalah, saya masih boleh berjumpa dengan dia lepas saya keluar dari wad ini nanti," kata Jesse perlahan.

Dia terdiam sejenak dan merenung siling wad yang berwarna putih itu. Fikirannya terimbas akan wajah si lelaki berwajah dingin itu. 'Patutkah saya sendiri yang pergi berjumpa dengan dia? Kalau saya tunggu dia di sini saja, maukah dia datang nanti?'

Jesse berperang dengan perasaannya sendiri sama ada dia mahu pergi menemui Ace saja atau tetap menunggu lelaki itu di sini. Entah kenapa dia teringin mahu berjumpa dengan lelaki itu saat ini. Mungkin kerana Ace ialah orang yang telah menyelamatkan dia ketika ada Dark Monster yang menyerang mereka.

"Tak boleh jadi ni! Saya nak jumpa dia juga."

Jesse pun mengambil keputusan untuk pergi saja berjumpa dengan Ace walaupun lelaki itu mungkin tidak mahu berjumpa dengan dia saat ini. Dia turun dari katil, memakai kasut dan bergerak ke arah pintu.

Sempat lagi dia mencapai jaket miliknya yang diletakkan di hujung katil. Berjalan seorang diri tidak menghalang niat Jesse untuk berjumpa dengan Ace. Wajahnya terlihat penuh dengan senyuman menunjukkan yang dia merasa teruja mahu berjumpa dengan Ace.

Ketika sudah jauh dari kawasan wad, langkah kaki Jesse terhenti dan wajah ceria Jesse bertukar dengan wajah penuh kerutan. "Oh, ya... Macam mana saya nak berjumpa dengan dia kalau saya tidak tahu di mana Ace biasa bekerja? Takkan saya nak periksa tempat ni satu-persatu? Sampai besok pun saya tidak akan jumpa dia..."

Jesse terus memegang kepalanya dengan wajah kesal. "Kenapa saya tidak tanya saja Mark di mana Ace bekerja ya? Ace pun bukannya biasa bekerja di bengkel macam Jessica selalu buat..."

"Atau saya tanya saja siapa-siapa di mana Ace berada sekarang." Jesse pun mula mencari mana-mana tentera yang melintasi kawasan itu. Walaupun sudah melebihi waktu tengah malam, masih ada beberapa orang tentera yang masih berjalan di kawasan itu.

Jesse tidak melepaskan peluang dan bertanya kepada mereka. Setelah mendapatkan jawapan dari para tentera itu, Jesse pun berjalan lagi untuk mencari di mana Ace. Melalui dari jawapan yang dia dapat, mereka melihat Ace berada di salah satu stesyen senjata.

Dengan perasaan teruja, Jesse berjalan di koridor sehingga dia tidak sedar, ada orang lain yang datang arah bertentangan pada simpangan koridor yang dia tuju. Jesse terkejut dengan pelanggaran itu sehingga tidak sempat berundur ke belakang.

Akibatnya, dia pun terjatuh ke belakang.

Namun, pada masa yang sama, dua tangan yang sasa segera mmeluk bahu Jesse dari belakang dan sebelah tangan lagi menarik tangan Jesse. Kerana tindakan itu, Jesse selamat daripada terjatuh ke atas lantai koridor.

"Jess, kau tidak apa-apa?"

Jesse terkedu melihat orang yang menyambutnya ialah Vernon. Jesse melihat jarak diantara mereka yang sangat dekat. Tanpa menjawab pertanyaan dari lelaki itu, Jesse segera berdiri tegak dan menarik tangannya dari genggaman Vernon.

Vernon menyedari yang Jesse mengelak dari sentuhannya dan itu membuatkan dia sedikit terkilan. Dia tidak menyedari sejak bila Jesse mula mengelak daripada disentuh olehnya sedangkan sebelum ini Jesse selalu menyentuh dia, tidak kira sama ada memegang tangannya atau memeluk dia.

2. This Is My Fate (SEASON 1)Where stories live. Discover now