Page 22

37.1K 1.5K 69
                                    

Kaki aku mendekati Aiden yang sedang tekun memasak di ruangan dapur basah.

       "Abang masak apa?" tegurku. Aiden menoleh kearahku.

       "Nasi goreng for you la baby" jawab Aiden. Hidungku dicuit sekali. Aku sengih.

       "Emmm sedapnya bau" aku menghidu bau nasi goreng udang yang digoreng oleh Aiden itu.

       "Pergi duduk dulu, esposa. Kejap abang hidang. Dah masak ni" tutur Aiden sebelum dia menolak pelahan bahuku.

Aku hanya mengikut arahan encik suami. Aku berjalan kearah meja makan lalu melabuhkan punggung diatas kerusi.

Tidak lama kemudian, Aiden muncul dengan membawa sepinggan nasi goreng dan segelas air coklat panas.

Aiden meletakkan sarapan itu keatas meja lalu dia mengambil tempat disebelahku.

Aiden mencedok sesudu nasi goreng itu lalu dia meniup sebelum disuakan kedalam mulutku.

       "Sedapnya abang!!" aku menggoyangkan badan kekiri kanan ketika mengunyah nasi goreng itu.

Aiden gelak kecil melihat telatahku. Dia kemudian mencedok lagi nasi goreng itu lalu disuapkan kepadaku.

Suapan demi suapan sehingga habis aku makan nasi goreng udang itu. Aku senyum gembira.

Aiden kemudian menghulur secawan air coklat panas itu kepadaku selepas dia meniup.

Aku menyirup perlahan air yang sudah ditiup Aiden itu. Aiden memandangku dengan wajah yang tenang.

       "Thankyou abang. Nak saya suapkan abang pulak?" soalku.

       "Welcome baby. Boleh, hehe" jawab Aiden sambil sengih.

Aku berdiri lalu pergi mengambil nasi goreng untuk Aiden. Seusai itu, aku kembali ke meja makan.

Kini, giliran aku pula untuk menyuapkan nasi goreng itu kepada suamiku. Aiden senyum gatal kearahku.

       "Nah" tuturku seraya menyuakan nasi goreng kemulut Aiden.

Aiden mengunyah nasi goreng sambil matanya tidak lepas dari memandang aku. Malu sendiri aku dibuatnya.

       "Sayang pergi duduk depan dulu. Abang nak basuh pinggan" aku hanya mengangguk. Tidak membantah. Jika tidak, pasti singa Aiden akan muncul.

Aku berjalan keruang tamu lalu melabuhkan punggung keatas sofa empuk itu. Alat kawalan jauh diambil lalu aku membuka televisyen.

Sedang asyik aku menonton televisyen. Aiden mendekatiku. Aku menoleh kearahnya.

       "Maaf kalau saya susahkan abang" ujarku. Tangan kasar Aiden ditarik lalu digenggam.

       "Baby, you are my wife. Of course abang akan jaga kalau isteri abang sakit. Tiada istilah menyusahkan" Aiden meletakkan jarinya dibibir munggilku.

Aku senyum tipis. Mata merenung anak mata hitam dan pekat milik suami. Sungguh aku cintakan jejaka dihadapanku ini.

       "I love you more, esposa" tutur Aiden tiba-tiba. Aku memandangnya dengan pandangan pelik.

       "Sayang bercakap dalam hati pun abang dengar tau" bisik Aiden. Aku melepaskan tawa. Ada-ada saja suamiku ini.

       "Sayang tengok cerita apa ni?" tanya Aiden seraya mengalihkan bebola matanya kearah skrin televisyen.

Daisy Sofea Where stories live. Discover now