Page 8

36K 1.6K 32
                                    

Aku melepaskan nafas lega setelah keluar daripada dewan ujian semester 1. Seminggu aku bertungkus lumus dan memerah otak bagi menjawab ujian itu.

"Amboi kemain happy lagi muka kau Nay. Apa pasal?" tanya Zikri yang baru saja mengiringi aku dan Nayla.

"Aku happy lah sebab dah lepas satu beban" jawab Nayla tidak jujur. Aku hanya diam membisu walaupun aku tahu kenapa Nayla senyum semacam.

Kami berjalan kearah kafe untuk mengisi perut. Tiba di kafe, aku membuat pesanan. Begitu juga Nayla dan Zikri.

"Fea, kau dengan Sir Aiden macam mana sekarang?" tanya Nayla tiba-tiba.

"Macam mana apa?" soalan berbalas soalan. Nayla dan Zikri mengjeling aku.

"Tak lah apa khabar kau dengan dia sekarang, bongok" Zikri bersuara.

"Aku sihat, dia manalah aku tahu. Yang kau tanya aku ni kenapa?" soalku pelik.

"Aku pelik lah dengan kau ni Sofea. Kau kan nak kahwin dengan dia tu" Nayla memperlahankan suaranya. Takut jika peminat Sir Aiden mendengari.

Aku hanya diam tidak menjawab. Sesekali aku memerhati sekeliling kafe itu. Tenang pula kafe ini harini, biasanya huru hara.

"Aku rasa weekend ni aku nak pergi jalan-jalan lah. Lagipun tak ada kelas kan" aku mengubah topik. Nayla dan Zikri kelihatan teruja.

"Nak ikutt!" kata mereka serentak. Aku dah agak, mesti beban masyarakat ni nak ikut tapi memang niat aku nak pergi dengan mereka pun. Hehe.

"Boleh, kita pergi pd" Nayla dan Zikri mengangguk setuju. Mereka tersenyum gembira.

Ini bukan kali pertama aku membawa mereka pergi bercuti bersamaku. Sudah bermacam tempat ni Malaysia ini kami pergi.

"Tak sabarnya nak release stress!" ujar Zikri. Nayla mengangguk setuju. Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat aku itu.

Hari yang aku tunggu-tunggu telah tiba. Hari dimana aku akan pergi ke Port Dickson bersama Nayla dan Zikri.

Aku memasukkan luggage ku kedalam bonet kereta mercedes milik papaku itu. Aku tidak membawa mini cooper milikku kerana kereta itu terlalu kecil.

Tidak sesuai untuk membawa pergi bercuti. Sesuai untuk harian sahaja.

Aku memboloskan diri kedalam kereta yang berwarna putih itu. Enjin dihidupkan lalu aku memandu keluar daripada halaman rumahku.

Destinasiku ialah menuju kerumah Nayla. Aku sudah siap memberitahunya bahwa aku dalam perjalanan kerumahnya.

Jika tidak, pasti aku akan disidai 2 jam diluar pagar rumahnya itu. Bukan aku tidak tahu, Nayla bersiap bukan main lama.

Tiba sahaja dihadapan rumah Nayla. Kelihatan dia keluar daripada pintu rumahnya. Aku menurunkan tingkap kereta untuk menegur emak Nayla. Mak Ita.

"Pergi dulu, mak Ita" pamitku setelah Nayla masuk kedalam kereta dibahagia sebelah pemandu.

Kini giliran aku mengutip Zikri pula. Aku memandu menuju kerumah Zikri yang tidak jauh daripada kawasan perumahan rumah Nayla.

Mereka tinggal setaman, cuma berbeza jalan saja. Tidak sampai 5 minit, kami tiba dirumah Zikri.

Dia sudah siap menunggu diluar rumah. Berkerut dahinya menahan panas.

Daisy Sofea जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें