Page 5

39.1K 1.6K 46
                                    

Sir Aiden memberhentikan keretanya dihadapan pagar rumahku. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus. Atau lebih kearah mengeluh.

       "Aku minta maaf dengan apa yang jadi" Sir Aiden bersuara. Aku memandang kearahnya.

Jelas wajah Sir Aiden kelihatan bersalah. Dan wajahnya juga tidak setegang tadi. Hanya biasa.

       "Tak apa, bukan salah Sir. Salah saya sebab makan dengan boyfriend orang" balasku. Riak wajah Sir Aiden sedikit berubah.

       "Aku bukan milik sesiapa" ujar Sir Aiden mendatar. Aku tersenyum tipis lalu mengangguk sekali.

       "Saya rasa lebih baik selepas ini saya tidak melibatkan diri saya dalam kehidupan Sir. Untuk mengelakkan perkara ni terjadi lagi" entah kenapa hatiku bagai disiat-siat apabila melontarkan ayat itu.

Sir Aiden diam. Wajahnya diraup kasar. Dia memandang kearahku. Begitu juga aku, mataku bertembung dengan anak mata hitamnya.

       "Baik, kalau itu yang kau nak. I'm sorry again" Sir Aiden mengalihkan pandangannya.

Aku diam. Pintu kereta dibuka lalu aku keluar daripada kereta mewah Sir Aiden itu. Aku berjalan masuk kepagar.

Sir Aiden berlalu daripada kawasan rumahku. Aku memandang kereta Sir Aiden sehingga hilang dari pandangan.

       Semenjak hari itu, Sir Aiden tidak lagi memandangku apatah lagi menegur aku. Begitu juga aku.

Bagi mengelakkan kesalahfahaman para gadis yang meminati Sir Aiden. Lebih baik aku bertindak seperti tidak mengenal Sir Aiden.

Namun, agak berat untuk aku menerima semua ini. Selepas aku lontarkan kalimat itu kepada Sir Aiden pada tempoh hari, aku baru sedar akan perasaan sebenarku kepadanya.

Hatiku mengatakan bahwa aku suka dengan perwatakkan Sir Aiden. Perasaan yang tidak pernah kurasa sebelum ini.

Namun aku harus sedar akan status kami berdua. Dia seorang pensyarah dan aku seorang pelajar.

Aku juga berkata pada hatiku bahwa Sir Aiden tidak akan pernah memilih aku untuk dijadikan teman hidupnya. Atau lebih tepatnya, jangan berangan.

       "Hoi mengelamun apa?" sergahan Nayla membuatkan lamunanku terus lenyap.

       "Kau ni terkejut aku, kalau aku mati sakit jantung macam mana?" marah aku. Nayla hanya tersengih.

       "Sebab aku tahu kau tak ada sakit jantung lah aku buat macamtu" jawapan Nayla membuatkan aku rasa ingin hempuk badannya.

       "Kau mengelamun pasal apa? Jauh semacam aje aku tengok. Dah sampai mana? Italy?" tanya Nayla sambil membelek-belek buku yang berada diatas meja itu.

Ya, aku dan Nayla sedang berada didalam bilik belajarku memandang sekarang ialah merupakan study week.

Tapi jika berstudy week dengan Nayla. Tak jadi study week dah. Jadi gossip week.

Hanya aku dan Nayla berada didalam rumah ini memandangkan mama dan ibu pergi keluar mencari barang dapur. Papa pula seperti biasa, ke office.

"Nay, aku ada nak cakap something. Tapi kau jangan fikir benda lain pula" Aku bersuara. Nayla menumpukan perhatian kearahku.

"Since Sir Aiden jadi lecturer kita. Jantung aku selalu berdebar bila ada dia, i don't know why. Aku tak pernah rasa macam ni before this" luahku kerana sudah penat bertanda tanya dengan jantungku ini.


Daisy Sofea Where stories live. Discover now