Page 10

36K 1.5K 134
                                    

Teguran papa membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Aku berada dibalkoni. Saja mengambil angin malam.

"P-apa cakap apa? Fea tak dengar" ujarku seraya membetulkan kedudukkanku. Bibir mengukirkan senyuman tipis.

Papa melabuhkan punggung disebelahku. Dia mengeluh sekali sebelum menarik tanganku.

"Papa cakap kenapa tenung aje cincin tunang Fea ni" ulang papa sekali lagi. Aku tersenyum kelat. Mata jatuh kearah cincin permata itu.

Tidak dinafikan cincin itu sangat memukau mataku. Cantik!

"Tak adalah pa, cincin ni cantik sangat. Tu yang Fea tenung aje" bohongku. Aku pura-pura mengalihkan wajahku kearah lain.

"Sofea ni anak papa. Papa tahu Fea tenung cincin ni bukan sebab dia cantikkan? Tapi sebab benda lain" namun tekaan papa tepat.

"Entahlah pa, Fea tak tahu apa yang Fea patut buat. Fea tak cintakan dia, Fea benci dia papa. Dia dah ada teman wanita, Fea sendiri nampak masa Fea pergi Port Dickson haritu" luahku.

Papa hanya tersenyum. Dia menggosok belakangku menyalurkan kekuatan.

"Dan tak mungkin dia akan terima Fea as wife dia seadanya" tubir mataku terasa panas. Tidak lama selepas itu, air mataku mulai mengalir dipipi.

"Fea ada tanya dia ke yang perempuan tu girlfriend dia?" pertanyaan papa membuatkan aku terdiam.

Papa tersenyum lagi sambil dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"See? Fea sendiri tak pernah dengar dari mulut Elhan yang perempuan tu girlfriend dia" sambung papa lagi. Aku hanya diam.

"Papa faham, cinta ni tak boleh dipaksa. Fikirlah masak-masak Fea. Buat keputusan yang Fea rasa terbaik untuk diri Fea. Jangan ikut cakap orang kalau benda tu sendiri akan makan diri Fea" nasihat papa.

"Tapi pa, mama" aku menggantungkan ayatku. Aku memandang anak mata papa. Meminta pertolongan.

"Pasal mama biar papa pujuk dia. Bagi dia faham semua ni. Faham perasaan Fea" tutur papa lembut. Aku menyeka air mataku.

"Thanks papa, you're the best!" aku tersenyum lalu mendakap papa. Papa mencium ubun-ubunku sebelum dia turus membalas dakapanku.

Aku dan Nayla berjalan masuk kedalam kelas. Perasaan menyampah menyelubungiku apabila waktu sekarang ini ialah waktu Sir Aiden.

"Ha tu Zikri, awal pulak nyah tu harini" Nayla bersuara. Aku hanya gelak kecil.

Kami mengambil tempat disebelah Zikri. Semestinya di kerusi paling belakang. Favourite port kami bertiga.

Tidak lama kemudian, pintu terbuka dan Sir Aiden melangkah masuk kedalam. Dia meletakkan barangannya keatas meja.

Aku hanya memerhati gerak geri 'tunangku' itu. Dia memakai kemeja berwarna putih dan kot berwarna kelabu. Seluarnya juga berwarna kelabu. Hensem!

Eh cop cop. Lupa pulak tengah sakit hati dengan encik tunang. Tak boleh puji puji.

Sebelum Sir Aiden mula mengajar. Dia memandang kearahku, mata kami bertembung. Lama juga kami memandang antara satu sama lain.

"Daisy Sofea, memang hobi awak termenung aje ke?" tegur Sir Aiden. Cis! Dia yang buat aku terpukau dengan anak mata hitam pekat dia tu.

Daisy Sofea Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ