Page 17

37K 1.6K 86
                                    

Aku mengorak langkah kedalam bilik hotel dengan langkah longlai. Majlisku sudah selesai. Jam menunjukkan pukul 12 malam.

Aiden masih lagi berada dibawah kerana beberapa orang kawannya masih lagi rancak berbual. Jadi aku meminta diri dahulu untuk naik bersihkan diri.

Aku membuka tudungku. Agak mencabar untuk aku membuat seorang diri kerana terdapat banyak jarum peniti yang diselitkan pada crown dan juga veil.

Setelah usai, aku mencapai tuala yang disediakan oleh Nayla dan masuk kedalam bilik mandi. Aku meminta Nayla meletakkan barangan keperluanku didalam bilik ini semasa tiba dihotel tadi.

20 minit aku bertapa didalam bilik mandi. Aku akhirnya keluar dengan hanya memakai tuala separa badan. Lantas aku mengambil pakaianku lalu kembali masuk kedalam bilik mandi.

Usai itu, aku kembali keluar dengan hanya memakai pijama berwarna merah. Aku berdiri dihadapan cermin. Rambut disisir. Lotion disapu kelengan dan leher.

Perfume YSL disembur dibahagian leherku. Jangan tanya kenapa aku buat semua ni, ini Zikri yang suruh. Aku ikut ajelah.

Aku mencapai telefonku lalu aku duduk diatas katil. Aku membuka aplikasi whatsapp, banyak mesej daripada rakanku yang mengucapkan tahniah.

Tapi aku hanya mampu baca saja buat masa sekarang. Terlalu banyak untuk aku balas satu demi satu. Sedang aku asyik membaca ucapan.

Pintu hotel dibuka dari luar, aku menolehkan pandanganku. Kelihatan Aiden yang baru melangkah masuk kedalam. Wajahnya kelihatan penat.

Aku hanya memerhati gerak geri Aiden. Dia menoleh kearahku. Mata kami bertembung. Lalu Aiden menapak mendekati katil.

Dia melabuhkan punggung diatas katil berhadapan denganku. Wajahnya aku pandang lama.

       "Kenapa pandang aku macam tu?" tegur Aiden. Aku terus menunduk. Malu. Aiden senyum tipis.

       "You looks nice in red" pujian Aiden membuatkan pipiku terasa bahang.

Semakin lama, semakin dekat Aiden dengan diriku. Jantungku berdegup laju. Aiden mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

Jarak kami hanya seinci. Aku menelan air liur kesat. Mata Aiden jatuh kearah bibir munggilku. Lalu dia membasahkan bibirnya.

Aku lantas menutup mataku. Bibir Aiden senyum sinis apabila melihat aku yang memejam mata serapat mungkin itu.

       "A-awak, p-pergilah mandi" tersekat kerongkong ku ketika ingin menghabiskan ayat.

       "Awak? Hm?" tanya Aiden perlahan. Suara yang cukup menggoda. Dia merapatkan jarak antara kami sehingga hidung kami berlaga.

       "A-a-abang!" tergagap-gagap aku dibuatnya. Aiden membuat jantungku terasa ingin meloncat keluar.

Aiden senyum puas ketika mendengar panggilan yang dia ingin aku gunakan. Aiden kemudian berdiri dari duduknya. Aku menghela nafas lega.

       "Tidurlah, aku nak mandi" ujar Aiden. Aku mengangguk.

Aku kemudian membaringkan tubuhku keatas katil. Comforter ditarik melitupi tubuhku sehingga kebahu.

10 minit kemudian, Aiden keluar daripada bilik mandi. Aku yang masih belum tidur itu menoleh kearah Aiden. Bulat mataku apabila memandang Aiden yang hanya memakai tuala. Itupun longgar.

Daisy Sofea Where stories live. Discover now