Page 9

33K 1.4K 29
                                    

Kaki laju saja melangkah keluar apabila kelas Sir Aiden sudah berakhir. Sudah dua minggu berlalu semenjak aku terserempak dengan Sir Aiden di Port Dickson.

Aku membuat keputusan untuk terus pulang kerumah. Semenjak kejadian tempoh hari, aku banyak habiskan masa aku sendiri.

Tiba sahaja dirumah, aku melangkah masuk kedalam rumah dan terus menuju ke bilik.

Baru sahaja ingin merebahkan badan keatas katil. Pintu bilikku diketuk. Aku mengeluh sebelum bangkit lalu membuka pintu.

       "Fea, mama Fea nak jumpa dengan Fea. Dia tunggu di balkoni" ujar ibu sebelum tersenyum tipis. Aku mengeluh sekali sebelum mengangguk. Senyuman tipis diberikan kepada ibu.

Kaki menapak ke luar balkoni. Kelihatan mama sedang duduk disofa sambil membelek sebuah buku.

       "Ma" aku menyapa. Punggung dilabuhkan diatas kerusi berhadapan dengan mama. Mata mengerling buku yang dibelek mama. Pelamin?

       "Ha Fea, ni Fea pilihlah design macam mana yang Fea berkenan. Mama nak booking untuk majlis pertunangan Fea tak lama lagi" mama bersuara seraya memberikan aku buku itu.

Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Mama selalu memaksa aku untuk membuat perkara yang aku tidak suka iaitu bertunang dengan Sir Aiden!

Nak saja aku jujur dengan mama yang kami sudah lama tidak berbual dan Sir Aiden pun dah ada teman wanita. Namun aku tidak sampai hati untuk lukakan hati mama.

       "Ma pilihlah, Fea penat Fea nak rehat" aku mengelat sambil memberikan semula buku itu kepada mama.

Mama memandang aku pelik. Keningnya terjongket sedikit. Aku membuat muka selamba, menyorokkan rasa sakit hati aku terhadap Sir Aiden.

Jejaka itu langsung tidak bertanya khabar tentangnya semenjak aku melawat dia di hospital. Dia juga tidak memberikan penerangan tentang apa yang aku nampak di Port Dickson.

Aku terasa ada sesuatu bergetar di poket seluar bahagian belakang. Aku mengeluarkan telefon bimbitku lalu memandang skrin telefon.

Aku menaikkan kening. Masih berfikir mahu angkat atau tidak. Mama memandang aku.

"Ai, tengok aje. Tak angkat ke?" teguran mama membuatkan aku tersedar dari berfikir.

Lalu aku meletakkan telefon diatas sofa. Malas nak angkat, aku sakit hati dengannya.

"Siapa call?" tanya mama. Aku terdiam, ini kalau aku jawab Sir Aiden yang membuat panggilan. Mahu kena bebel sebab tak angkat.

"Entah, tak kenal" kelentong ajelah. Sebelum mama membuka buku siasatan. Baik aku minta diri untuk masuk kedalam.

"Fea masuk dululah, nak mandi" aku mencapai telefonku lalu berjalan masuk kedalam rumah.

Telefon aku berdering sekali lagi minta diangkat. Tertera nama Sir Aiden pada skrin telefonku. Dia nak apa ni?

"Haih rimas betul. Dah aku tak angkat tu dahlah call. Itu pun tak faham ke apa" bebel aku seorang diri. Masuk saja bilik. Aku mencapai tuala mandi lalu masuk kedalam bilik mandi.

Telefon dicampak keatas katil. Menghiraukan ia berdering buat kesekian kalinya.

Hampir 20 minit aku membersihkan diri. Aku akhirnya keluar bersama tuala yang dibalut dibadan. Kaki berjalan ke wardrobe.

Daisy Sofea Where stories live. Discover now