Page 14

36.2K 1.4K 106
                                    

Sir Aiden berjalan seiring denganku menuju ke kelas. Ramai mata yang memandang kami namun Sir Aiden cakap hiraukan aje.

Tiba saja di pintu kelas, kami berdua menapak masuk kedalam. Pelajar yang ada didalam itu memandang kami tidak berkelip.

       "Pergi duduk tepi kawan perempuan kau. Jangan lelaki, aku cemburu" bisik Sir Aiden ditepi telingaku. Wajahku membahang.

Aku berjalan kearah tempat duduk Nayla dan Zikri kemudian melabuhkan punggung disebelah Nayla. Sir Aiden senyum tipis kearahku.

       "Wei, kau pergi mana Fea? Risau kitorang dibuatnya. Kerja gila la kau ni" tegur Zikri dengan suaranya diperlahankan.

       "Healing, hehe" jawab aku tenang. Zikri memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.

       "Tangan berbalut, lain macam healing kau Fea" celah Nayla. Pantas aku menyorokkan tanganku. Senyuman tidak bersalah ditayangkan kepada mereka berdua.

Kemudian aku mengerutkan muka kearah lain. Pasti selepas ini akan disoal satu per satu oleh Nayla dan Zikri. Habislah aku.

Aku memberi tumpuan kepada Sir Aiden yang sedang mengajar diatas pentas itu. Suaranya yang garau dan dalam itu aku dengari.

       "Okay, bersurai" dua jam selepas itu. Kedengaran suara Sir Aiden berkata. Aku berdiri dan bersiap sedia untuk keluar. Beg dikemaskan.

       "Wait, bagi sesiapa yang rasa diri dia ponteng kelas saya selama satu minggu tu. Anda diminta tunggu disini" aku terus memandang Sir Aiden yang sedang memandang aku. Sah aku!

Aku mengeluh perlahan. Sudah pasti aku akan diberikan denda. Silap aku bermain dengan ketegasan Sir Aiden.

Nayla dan Zikri senyum puas memandang aku. Lantas mereka berdua turun dan keluar dari kelas. Kini tinggallah aku dan Sir Aiden sahaja.

       "Kenapaaa? Saya lapar lah Sir. Nak makann" rengek ku seraya berjalan kearah Sir Aiden. Muka kasihan dibuat-buat.

       "Siapa suruh ponteng kelas. Your punishment is be mine as soon as possible" membulat mata aku ketika Sir Aiden berbisik disebelah telingaku.

Baru saja aku ingin membuka mulut. Jari telunjuk Sir Aiden sudah berada dibibirku. Aku menjeling.

       "Punishment, sayang. Esok kita daftar kursus kahwin dan selesaikan apa yang patut ya sayang" sambung Sir Aiden lagi.

Mataku berkaca. Seakan ingin menangis. Aku belum bersedia untuk hidup selamanya dengan lelaki yang aku tak cinta. Sir Aiden pun belum tentu cinta aku.

       "Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku, Daisy" ujar Sir Aiden seakan tahu apa yang bermain difikiranku.

       "Sir sama je dengan mama. Selalu buat saya macamni" tubir mataku terasa panas. Air mata sudah mengalir dipipi.

       "Lap air mata. Don't cry. I'll treat you" Sir Aiden menenangkan hati aku. Terkebil-kebil memandang anak mata hitam pekat Sir Aiden.

Jejaka tampan itu senyum tipis. Pipiku yang basah dengan air mata itu dikesat oleh tangan kasar Sir Aiden.

       "Dah, pergi makan" tutur Sir Aiden setelah memastikan tiada lagi air mata aku yang keluar.

Aku mengangguk sebelum keluar daripada kelas itu. Aku berjalan seorang diri menuju ke kafe. Kepala sibuk memikirkan apa yang dikata oleh Sir Aiden tadi.

Daisy Sofea Where stories live. Discover now