Page 12

34.2K 1.6K 275
                                    

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Mataku hanya dihiasi dengan siling putih. Aku memandang persekitaran bilik itu. Aku dekat mana ni?

Pintu bilik itu aku tiba-tiba dibuka dari luar. Aku mengecilkan mataku untuk melihat siapakah lelaki berpakaian hitam itu.

Namun aku tidak berdaya. Kepalaku terasa sangat pening. Aku memilih untuk memejamkan mataku.

"Kau dah sedar?" suara garau itu bertanya. Tetapi aku seakan mengenali suara ini.

Aku kembali mencelikkan mataku. Aku tergamam melihat jejaka yang sedang berdiri disebelah katilku.

"Nuqman?" serak suara aku. Jejaka itu ialah abang kandungku yang sudah lama menghilangkan diri.

Kali terakhir aku melihat dia ketika dia muncul di kolej ku semasa hari pertama kemasukkan semester baru.

"N-ak air" tekakku terasa perit. Nuqman menuangkan segelas air kosong lalu diberikan kepadaku.

Aku meneguk air itu sehingga habis. Lega terasa. Aku memandang wajah tampan Nuqman. Dia juga turut memandang aku.

"What happen Daisy Sofea?" tanya Nuqman mendatar. Dia melabuhkan punggung diatas katil.

"Fea dekat mana? Nuq jumpa Fea? Macam mana dengan kereta Fea?" bertubi soalan yang aku berikan.

"Rumah aku. Hm. Aku dah suruh orang hantarkan ke rumah" jawab Nuqman. Aku mengangguk faham.

Aku memandang sekeliling bilik itu. Cantik. Dihiasi dengan barangan berwarna hitam. Kena dengan dinding dan siling berwarna putih ini.

"Jawab soalan aku" datar suara Nuqman. Aku memandang tanganku yang berbalut.

"Anxiety Fea datang lagi. I can't control myself. Fea tertekan dengan kehidupan Fea" perlahan suara aku.

"That's why kau nak larikan diri?" tanya Nuqman. Aku mengangguk.

"Fea nak masa untuk diri Fea, Fea stress. Tiada siapa faham Fea" luahku lagi.

"Siapa yang buat kau?" aku menggigit bibirku. Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan semua yang jadi kepada Nuqman.

Aku menarik nafas dalam sebelum menceritakan semua yang berlaku kepada Nuqman.

Nuqman mengangguk faham. Dia menggosok kepalaku.

"Kau selamat dengan aku. Ambil lah sebanyak mana masa kau" kata Nuqman. Aku hanya mengangguk.

Mata memandang Nuqman. Dia sudah banyak berubah. Semakin hensem.

Nuqman ialah kembar abangku yang meninggal dunia ketika nak selamatkan aku. Nuiman Faliq. Pada tahun ini, mereka berdua berusia 25 tahun.

Semenjak kematian Nuiman semasa aku berusia 19 tahun. Nuqman melarikan diri kerana tidak dapat menerima kematian adik kembarnya.

Dia langsung tidak berkomunikasi dengan keluarga aku. Dia menghilangkan diri di bumi New York. Disana dia mempunyai keluarga angkat yang kaya.

Sebab itu aku terkejut apabila melihat Nuqman berada dikolejku hari itu.

       "Macam mana Nuq boleh jumpa Fea?" tanya aku pelik. Bukan ke dia tinggal di New York?

       "Aku dah berada di Malaysia 5 bulan. Saja pulang ke tanah air. Masa aku on the way nak ke airport. Aku ternampak kereta kau ditepi jalan" jawab Nuqman.

Daisy Sofea Where stories live. Discover now