*.·:·. Epilog.·:·.*

2.3K 72 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

2 Tahun kemudian...

Han tidak henti-henti mengusik Haizen yang asyik tertawa itu. Kini usia anak mereka sudah memasuki 2 tahun. Dan siapa sangka? Rezeki mereka sekali lagi tiba apabila isterinya disahkan mengandung anak kedua mereka.

Kini wanita itu sudah sarat. Menunggu hari saja sebelum melahirkan.

"Amboi seronoknya dia main dengan papa." Suara gemersik isterinya menghentikan perbuatan Han. Anak matanya bergerak memandang isterinya yang sedang melabuhkan duduk di sofa.

Han segera bangun dengan Haizen didukungan. Mereka turut menempel ditepi isterinya. Sempat perut wanita itu diusap lembut.

"Abang tak sabar nak tengok muka baby kita kalini. Harap babygirl. Nak yang ikut muka sayang. Sebiji serupa pun takpa," ujar Han tersengih.

Aaira tertawa kecil.

"Amboi. Dia punya request tu macam tengah minta makanan je." Terhibur apabila suaminya mengatakan sedemikian. Mereka belum tahu jantina anak mereka kerana ingin suprise katanya.

Aaira pula tidak kisah janji anak-anak mereka sihat semuanya.

"Biarlah."

"Tapi kalau ikut warna anak mata Aaira macam mana? Abang okay ke?" Usik Aaira, yelah dah anak pertama mereka pun warna anak mata ikut dia.

Han tersenyum manis. Kepala digelengkan.

"Abang tak kisah. Abang lagi suka, sebab tu nak baby kalini ikut rupa sayang pula. Aizen dah ikut muka abang," balas Han lembut.

Aaira tersenyum.

"Tapi anak mata Aizen ikut Aaira. Tak ikut abang." Han mengangguk setuju.

"Kalau boleh abang nak semua anak-anak kita sama warna mata dengan sayang. Abang suka tengok, cantik sangat. Lagi-lagi bila sayang tenung abang dengan mata hazel tu. Boleh lemah jantung tahu?" Ayat terakhir suaminya mengundang tawanya.

"Eleh... mengada ehh abang. Cubit kang," ujar Aaira. Dia mewarisi warna anak mata dari papanya. Hanya dia bersama Areesya saja yang sama macam papa mereka.

Manakala Darris, Dazreeq serta Asyfie sama sekali tidak. Anak mata mereka hanyalah coklat cair.

Han turut tergelak kecil.

Kepala wanita itu diusap lembut.

Darris tersenyum kecil melihat isterinya yang sedang mengagah anak mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Darris tersenyum kecil melihat isterinya yang sedang mengagah anak mereka. Cepat masa berlalu kini isterinya berjaya melahirkan anak pertama mereka. Bayi perempuan yang baru berusia 7 bulan.

Nur Dayna binti Wazeeq Darris.

"Comel, macam sayang." Ayat suaminya berjaya membuatnya wajahnya bertukar rona. Dheena berdeham seketika.

"Blushing sayang?" Usik Darris sengaja ingin menambah.

"Abang diam. Dena tengah berbincang dengan Nur." Darris hanya tertawa kecil.

"Mari dekat abang." Anaknya digamit ke arahnya. Dheena akur, Nur bertukar tangan. Kini anak gadisnya berada dipelukan suaminya.

"MasyaAllah anak siapa ni haa? Kenapa comel sangat? Dahlah ikut muka mama dia. Papa langsung takde. Tak sayang papa ke apa?" Tutur Darris.

Dheena hanya tergelak.

Benarlah, Nur mengikut rupanya seratus peratus.

"Tapi takpalah. Papa lagi suka sebab ada Dena versi kecil. Comel. Harap perangai ikut papa pula ya? Mama dah rupa, sekarang sifat papa pula, okay princess?" Bayi itu hanya menepuk-nepuk pipi papanya.

Air liur berjejeran. Sesekali dia tergelak seolah faham dengan apa yang di bicarakan.

Darris tersenyum sebelum mengucup lembut pipi anak mereka.

Setelah itu Dheena ditarik kepelukan. Dua permatanya yang paling berharga.

Isterinya, Qurratun Dheena. Dan anak mereka, Nur Dayna. Alhamdulillah selepas beberapa bulan perkahwinan mereka dulu Dheena mula menerima dirinya sebagai suami.

Dia diberi peluang untuk berada didalam hati wanita itu. Walau pada mulanya Dheena terpaksa kahwin dengan dirinya. Kini mereka masing-masing berbahagia dengan rumahtangga yang dibina.

Selepas melayari ujian bersama, mereka tetap kekal bahagia.

***

Next... Special chapter >>>

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now