*.·:·. Bab - 42.·:·.*

1.5K 69 1
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Anak mata Aaira jatuh menekur ke arah lantai. Air matanya ditahan dari menitis, sungguh dia rasa bersalah pada suaminya sekarang. Mata lelaki itu mengambarkan rasa kecewa yang amat.

"Kenapa Aaira sorokkan benda bahaya macam ni dari abang? Abang ni siapa? Bukan suami sayang? Bukan pelindung sayang?" Soal Han dengan nada tertahan.

Rasa terluka kerana Aaira menyembunyikan perkara itu dari dia. Agaknya kalau dia tidak tergerak hati untuk periksa telefon pintar Aaira sampai ke sudah dia tidak tahu yang isterinya diganggu dengan ugutan-ugutan dari nombor yang dia tidak kenali.

Setahunya Aaira tiada musuh.

"Aa-Aaira mi-minta maaf. Aaira nak bagitahu abang, cuma Aaira takut abang terpalit sama dalam masalah Aaira," ujarnya sebak.

Air mata mula mengalir.

Han yang melihat itu memalingkan wajah ke tepi.

Kelemahannya adalah air mata Aaira. Dia tidak sanggup melihat wanita kesayangannya itu menangis. Namun kalini rasa dihatinya cukup terluka.

Aaira pernah berjanji untuk tiada rahsia antara mereka. Tapi sekarang...

"Bahagia sayang adalah bahagia abang, sama juga dengan derita sayang. Apapun masalah yang Aaira lalui abang perlu tahu dan bantu. Bukannya rahsiakan benda macam ni," tutur Han berubah tegas.

Makin deras air mata Aaira, walaupun Han tidak tinggikan suara pada dia tapi tetap terasa hati.

Sudahlah emosinya tidak stabil.

"Abang ni siapa Aaira?" Soal Han lagi. Dia inginkan jawaban dari bibir mungil itu.

"Su-suami Aaira," balasnya tersedu. Dia lupa hendak padam message tersebut. Dan Han lebih pantas membukanya.

"Tahu suami Aaira, tapi kenapa perlu Aaira sorokkan benda macam ni. Aaira buat abang macam takde guna sebagai seorang suami. Abang tak layak ke lindungi Aaira?" Soal Han berasa kecewa.

Aaira makin teresak menangis. Takut apabila Han berubah mood tegas padanya. Dia belum pernah melihat sisi Han yang lain.

"Berhenti menangis. Pergi makan dulu, isi perut tu," arah Han menahan hatinya dari memujuk Aaira. Dia perlu bertegas sedikit untuk wanita itu.

Jikalau tidak bimbang Aaira akan menyorokkan lagi sesuatu perkara berbahaya dari dia.

Dia bangun, Aaira turut mengangkat wajah. Sampai hati suaminya.

"Ab-abang nak pergi mana?" Soal Aaira. Wajah cantik itu dihiasi air mata jernih.

Han yang baru melangkah itu terhenti.

Tanpa menoleh dia mula bersuara.

"Abang ada kerja. Pergi makan dulu then tidur. Tak payah tunggu abang," jawab Han lalu terus berlalu pergi dengan hati yang terluka.

Dia cuba memahami isterinya.

Namun ruang hatinya juga sakit apabila Aaira membelakanginya sebagai seorang suami.

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now