*.·:·. Bab - 53.·:·.*

1.5K 63 1
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Han memicit kepala melihat Aaira yang sedang berenang dikolam luas itu dengan gaya kuak lentang. Perut wanita itu sudah ke depan. Dari tadi dia mencari kelibat isterinya. Rupanya sedang bermandi manda tanpa keizinannya.

"Ya Allah sayang, kenapa mandi tak bagitahu abang? Buatnya tergelincir jatuh macam mana? Dah lah buat gaya berenang macam tu, dia ni kann eyy." Han berdiri mencekak pinggang ditepi kolam.

Aaira pula hanya tersengih dengan menenggelam kan sebahagian mukanya. Anak matanya memandang tepat ke arah suaminya yang seperti mak-mak sedang membebelkan anaknya.

Dengan tangan mencekak pinggang. Memang sebiji!

"Nanti kalau bagitahu abang kata nanti kejap pula, lama lahh... Aaira teringin nak mandi. Marilah abang join Aaira sekali," sempat dia menyelit untuk mengajak suaminya.

Han menghembus nafas perlahan. Menguji kesabaran betul isterinya ini. Han yang bersedia dengan seluar pendek paras lutut itu terus saja turun ke kolam.

Aaira terjerit suka apabila suaminya mulai berenang ke arahnya. Yeay mandi manda!

Beberapa saat Han tiba dihadapan isterinya, terus pinggang wanita itu dipaut mendekatkan jarak mereka.

Aaira tersengih apabila melihat anak mata Han menyinar garang. Hensem!

"Suka sangat buat abang risau. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Sayang buat jantung abang luruh je," ujar Han merendahkan nada.

Pudar sengihan Aaira.

Tiba-tiba hatinya diterpa rasa serba salah.

Sudahlah kolam itu licin, sebab itu Han sentiasa melarangnya untuk berjalan dikawasan tersebut.

Melihat wajah isterinya yang tembam dan agak pucat kerana sejuk itu membuatkan Han batalkan niat untuk membebel. Rambut yang agak serabai itu dikemaskan agar rapi.

Pipi wanita itu diusap.

"Abang marah Aaira?" Soalnya seolah berkecil hati. Walhal serba salah sebenarnya. Han segera menggeleng berkali-kali.

"Tak sayang. Abang cuma tegur, abang risau dengan sayang, lagi-lagi baby ada dalam ni. Abang tak marah okay?" Pujuk Han.

Aaira mengangguk perlahan. Dia berpaut pada leher suaminya.

"Jom naik. Aaira dah sejuk," ujar Aaira dengan bibir yang menggeletar. Cuaca pada petang itu agak sejuk dan redup. Memang bertambah kesejukkannya.

Han tersenyum nipis sebelum dia mencempung tubuh itu naik ke atas.

Tiba di atas Han mengambil tuala tebal yang tersedia. Rambut Aaira dilap lalu badan yang kesejukkan itu dibalut dengan tuala.

Sepasang suami isteri itu berlalu ke atas untuk menukar pakaian.

Sepasang suami isteri itu berlalu ke atas untuk menukar pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now