*.·:·. Bab - 21 .·:·.*

1.8K 90 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Aaira memandang sebuah kedai emas mewah dihadapannya. Dia sedang menanti Han membeli sesuatu di dalamnya. Kata Han hanya sekejap saja. Tapi sudah hampir 20 minit dia menunggu. Aaira malas hendak mengikut masuk.

Kakinya cukup penat kehulur kehilir dalam mall demi mencari barang kahwin. Selepas saja minggu yang lepas pihak dari ahli keluarga Han terus masuk meminang. Lagi seminggu majlis mereka akan berlangsung. Akad nikah sahaja.

Han tidak mahu bertunang. Dia sudah bertahun mengenali gadis itu. Bercampur baur perasaan takut Aaira. Antara gembira dan juga takut.

Seketika kelihatan Han melangkah keluar dengan tangan kosong. Aaira mengerutkan kening. Kata tadi mahu beli sesuatu, namun bila keluar tiada pula.

Han mendekat. Aaira mendongak memandang wajah tampan lelaki itu.

"Encik dah habis?" Soal Aaira.

Han mengangguk.

"Nak pergi mana lagi lepas ni?" Kalini Han pula yang menyoal. Dia menyeluk poket seluar, berdiri santai dihadapan Aaira.

"Takde dah rasanya. Semua dah ada kan?" Ujar Aaira. Anak matanya meliar ke arah sekeliling mall tersebut.

"Ya sayang. Memang dah cukup barang kahwin kita semua. Maksud aku kau nak pergi mana-mana lagi tak? Atau nak makan apa?" Balasnya lalu tertawa kecil.

Wajah Aaira berubah merah. Malu, mendengar panggilan lelaki itu kepadanya.

"Ehem. Sa-saya lapar," tuturnya menutup rasa malu. Benarlah, dari tadi lagi cacing dalam perutnya menari-nari. Sedar tak sedar sudah hampir 3 jam mereka berada dalam mall.

"Nak makan apa?" Soal Han.

"Erm dekat restaurant yang tu jelah, nampak macam ramai yang makan. Mesti sedap." Tangannya menunjuk ke arah satu kedai makan berdekatan.

Pelanggan juga agak ramai.

Han yang melihat itu hanya mengangguk setuju tanpa membantah sedikit pun.

"Jom." Aaira bingkas berdiri. Sempat juga dia menarik beg tangannya atas kerusi panjang itu.

Mereka tiba didalam restoran tersebut. Setelah mendapat meja mereka terus saja melabubkan duduk. Seketika seorang pelayan perempuan datang mendekati mereka.

"Hai abang. Nak order apa?" Tanpa rasa malu gadis itu terus saja menyapa Han sendirian. Gayanya seperti Han seorang saja berada disitu.

Han tergamam. Gedik tahap gaban. Riak wajah Han berubah beku. Aaira pula hanya diam memerhati.

Tangan gadis itu memegang birai meja berdekatan Han. Anak mata Han memandang tepat ke arah Aaira. Dia paling malas bila berjumpa sejenis ulat bulu naik daun ini.

"Sayang nak makan apa?" Soal Han dengan senyuman manis. Kedengaran dengusan kecil dari pelayan perempuan tadi.

Riaknya bertukar cemberut mendengar panggilan lelaki itu. Aaira dengan riak blurnya menjenguk buku menu.

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now