*.·:·. Bab - 33.·:·.*

1.6K 76 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Awal pagi lagi Aaira sudah terpacak direstoran yang terdapat ditempat tersebut. Tangan sibuk menyuap roti bakar itu ke mulut, Han pula hanya menghirup kopinya. Semalaman mereka tidak tidur akibat berjaga.

Aaira pula mata masih segar walaupun tidak tidur. Entah apa yang isterinya minum sampai boleh jadi sesegar itu. Berbeza pula dengan dia yang dari tadi menahan kuapan.

"Sayang tak ngantuk ke hm?" tegur Han lembut. Aaira mengangkat wajah.

Kelihatan wajah penat dan kurang tidur suaminya, rasa bersalah pula. Dia yang mengada-ngada ajak berjaga.

"Ngantuk. Tapi tak sangat, lepas ni abang tidurlah, nanti Aaira kejutkan zohor," ujar Aaira berasa kesian.

Han tersenyum nipis.

Setelah 20 minit bersarapan pagi akhirnya mereka pergi semula ke bilik yang mereka duduki. Han terus saja membaringkan dirinya atas katil tersebut. Empuk! Ruangan yang selesa.

Manakala Aaira hanya berdiri statik menghadap balkoni yang kelihatan laut biru dibawahnya.

Han yang baru hendak memejam mata itu tidak jadi apabila tiada kelibat isterinya di sisi. Dia segera bangun kembali.

"Sini teman abang tidur," ajak Han lembut. Tangan menepuk-nepuk ruangan sebelahnya.

Aaira menoleh. Dia berjalan mendekati Han. Duduk dilabuhkan dibirai katil.

"Abang tidurlah, Aaira nak main fon," ujar Aaira. Telefonnya dicapai.

Dia agak mengantuk juga sebenarnya, tapi dia bercadang untuk tidur selepas zohor saja.

Aaira menyandar selesa dikepala katil dengan alat canggih ditangan. Han akur sebelum menjatuhkan kepalanya atas bantal ditepi isterinya.

Tangan isterinya dicapai sebelum diletak pada rambutnya. Isyarat untuk mengusap.

Aaira agak tersentak pada mulanya namun hanya membiarkan. Tangan kirinya mula bergerak mengusap lembut rambut tebal suaminya.

Memahami permintaan tanpa suara Han.

Manakala tangan kanannya sibuk scroll applikasi Instagram. Manakala Han yang menerima usapan itu berasa selesa.

"Sayang," seru Han perlahan. Matanya masih terbuka luas memerhati wajah cantik itu.

"Ya?" Sahut Aaira, telefon dialihkan sedikit.

"Abang malas nak balik. Rasa nak duduk sini je luangkan masa dengan sayang," ujar Han. Aaira tergelak kecil mendengar ayat suaminya.

"Tapi kita kena balik jugak." Rahang tajam suaminya pula yang diusap.

Han mengangguk lemah. Kelopa matanya mula dipejam, kedua tangan melingkar memeluk pinggang ramping isterinya dari sisi.

"Tidur. Nanti Aaira kejutkan," arahnya lembut.

Han yang semakin selesa sekadar mengangguk.

Perlahan lena menjemput.

Melihat suaminya yang sudah tidur sepenuhnya  bibirnya naik mengukir senyuman kecil. Anak mata kembali tertumpu pada skrin telefon.

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now