*.·:·. Bab - 19 .·:·.*

1.6K 94 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Selepas saja kejadian dimana dia menerima lelaki itu Han terus saja menunaikan janjinya untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Dan sekarang lelaki itu hanya tenang menghadap abang-abangnya.

Tuan Ferhad memandang wajah tampan pilihan anaknya. Tengok dari air muka nampak baik. Tangan naik berpeluk tubuh, Han seperti tidak terkesan gugup mahupun takut.

Wajahnya beriak tenang. Tapi dalam hati siapa tahukan?

"Kau ke sini aku dah boleh agak dan baca niat kau. Mesti kau nak jadi adik ipar kami kan?" Tanpa aba-aba Darris bersuara.

Perkara itu mengundang pukulan percuma dari Dazreeq ke kepalanya. Darris terus mengadu perlahan. Kepalanya yang baru saja menerima habuan itu diusap lembut.

"Serius lah mermaid! Aku hempuk kau karang apa pun tak dapat," bisik Asyfie pula.

Areesya serta Aaira hanya mampu menahan tawa.

Darris menjeling Asyfie tajam. Mereka kembali serius. Han yang melihat aksi itu tadi menahan geli hati mendengar soalan bakal abang iparnya.

"Ehem... jadi boleh kamu mula nyatakan tujuan ke sini?" Ujar Tuan Ferhad.

Han menarik nafas seketika.

"Saya sukakan anak bongsu pakcik, dah lama. Dan saya berniat baik untuk menjadikan dia milik saya yang sah jika pakcik dan makcik izinkan," tuturnya tenang.

Tuan Ferhad serta Puan Aina tersenyum nipis.

"Princess setuju?" Soal Tuan Ferhad kepada anak gadisnya. Aaira mengangguk perlahan. Malu rasa!

Seketika Tuan Ferhad memandang isterinya menghantar isyarat. Puan Aina mengangguk segera.

Dia setuju saja asalkan anaknya bahagia dengan pilihan sendiri.

"Baiklah. Kami sebagai ibubapa setuju saja. Nanti boleh datang semula dengan ahli keluarga kamu untuk perbincangan majlis seterusnya." Mendengar itu Han menarik nafas lega, dari tadi sebenarnya dia berdebar.

Namun kerana dia seorang lelaki mestilah kena acah tenang walaupun dalam hati dilanda ribut taufan.

Senyuman terukir.

"Alhamdulillah," gumamnya perlahan. Dia mengerling gadis itu yang turut tersenyum.

Urusannya dipermudahkan harini.

Selesai satu masalah!

Selesai satu masalah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now