*.·:·. Bab - 54.·:·.*

1.6K 64 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Hari di mana status Darris akan berubah telah pun tiba. Jejaka itu sepanjang perjalanan dengan senyuman lebarnya, gaya tidak sabar hendak kahwin.

Setelah berbulan cuba untuk memikat gadis itu akhirnya berjaya juga. Walaupun pada awalnya selalu kena reject akibat orang ketiga.

Kini hari bahagia Darris tiba.

Mereka tiba disebuah masjid besar. Masjid yang sama Han dan Aaira pernah bernikah. Masing-masing mula keluar dari perut kereta. Aaira hanya mengenakan kurung hijau lembut serta selendang labuh.

Kurta suaminya sama warna dengannya.

Masuk saja ke masjid Han mengambil tempat duduk dibagian lelaki. Manakala Aaira dipihak perempuan bersama yang lain.

15 minit menunggu akhirnya setelah itu Darris selamat memperisterikan gadis pilihannya. Dengan sekali lafaz saja.

Dheena kelihatan cantik manis dengan kebaya longgar warna putih. Makeupnya hanya nipis saja. Tidak terlalu menonjol, bertujuan menaikkan seri wajah saja.

Sesi sarung cincin bermula.

Aaira sempat menangkap gambar abangnya yang sedang menyarung cincin. Cantik!

Nanti boleh post dekat instagram, biar peminat-peminat abangnya kecewa. Maklumlah Darris ramai pengikut dimedia sosial.

Majlis itu berlangsung dengan lancar selama dua jam. Alhamdulillah selesai.

Masing-masing berada diluar masjid, ingin balik.

Aaira mendekati abangnya lalu terus saja memeluk manja Darris, sedihnya dia. Semua abangnya sudah mempunyai rumahtangga.

"Tahniah angah. Jaga kakak ipar Aaira baik-baik ya. Jadi suami yang soleh okay?!" Ujarnya bersemangat.

Darris tergelak kecil sebelum membalas pelukan adiknya.

"Terima kasih bongsu angah. InsyaAllah." Selepas angahnya Dheena pula yang menjadi sasarannya, tanpa aba-aba dia memeluk gadis itu. Dari pekerja terus jadi kakak ipar.

"Tahniah kakak ipar Aaira. Lepasni dah tak boleh panggil cik Aaira ehh? Kena panggil Aaira je. Okay kakak iparkuuu?!" Usiknya lembut.

Dheena tertawa kecil, terhibur.

Kepala dianggukkan. Mereka berbalas pelukan.

"Terima kasih Aaira," ucapnya terharu.

Aaira sentiasa menghormati dirinya walaupun wanita itu lebih tua dari dia. Sebab itu dia selesa.

Sesi bersalaman berlangsung.

Sesi bersalaman berlangsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now