*.·:·. Bab - 2 .·:·.*

2.1K 117 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Aaira memandang kedua wajah tampan abangnya yang ralit berborak disofa itu. Punggung segera dilabuhkan. Disamping Dazreeq ada isterinya, Qisha. Aaira menempel disebelah abang keduanya.

"Menempel dekat angah ni mesti nak sesuatu ni," ujar Darris selamba. Aaira menjuihkan bibir.

Dia memeluk lengan kekar abangnya sebelum kepala dijatuhkan pada bahu Darris.

Pandangan lembut dari kakak ipar serta alongnya dibalas dengan senyuman manis.

"Angah," serunya meleret. Darris menjungkitkan kening. Bila mood ingin bermanja gadis itu datang maka dialah yang akan jadi mangsa kena melayan. Nasiblah dia sayang.

"Nak apa lagi ni?" Soalnya tenang.

"Jom teman Aaira beli ayam goreng," ajaknya dengan sengihan. Dia boleh saja keluar sendirian jika pagi, masalahnya sekarang dah malam.

Memang tidaklah dia dibenarkan keluar seorang diri oleh abang-abangnya.

"Jadi itu sebabnya adik taknak makan malam tadi? Ohh bagitau mama kang," usik Dazreeq mendengar perbualan kedua adiknya itu.

Aaira meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Isyarat diam. Dia kembali memandang angahnya. Lengan lelaki itu digoncang berkali-kali.

"Cepatlah angah. Kejap je kita makan, eh Aaira makan," pujuknya perlahan.

Darris menutup mata dengan dua tangan.

"Angahh!" Aaira makin memuncung melihat balasan jejaka itu. Badan dibalikkan ke arah alongnya.

"Along tengok angah ni haa!" Qisha tergelak kecil. Dazreeq berdeham seketika sambil menahan senyuman.

Wajahnya digarangkan.

"Baik kau pergi teman adik sekarang angah sebelum along tendang kau keluar," ugutnya perlahan.

Darris menayang wajah menyampah.

"Yelah jom." Akhirnya dia mengalah jua.

Aaira menjerit kesukaan.

"Kalau angah tahu jadi macam ni dah lama angah kahwin. Takde juga yang ajak angah malam-malam buta makan ayam." Darris berdiri di ikuti membebel.

Aaira hanya tersengih tidak terkesan.

"Kau belum rasa lagi bini kejutkan pagi-pagi buta ajak makan aiskrim. Paling teruk dia ajak masa pukul 3 pagi. Tu baru adik, belum bini," sampuk Dazreeq tergelak kecil.

Qisha menarik wajah. Ada karang dia merajuk. Dazreeq tersenyum manis sebelum menarik lembut tangan isterinya lalu digenggam erat.

Sungguh banyak karenah Qisha semasa mengandungkan anak pertama mereka. Fareeq Qusyairi.

Darris hanya menggeleng dengan senyuman nipis. Dia malas lagi nak cari jodoh walaupun umurnya sudah menginjak ke 30 tahun.

Dah terlebih elok untuk kahwin. Nanti adalah tu jodohnya tiba.

 Nanti adalah tu jodohnya tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now