*.·:·. Bab - 46.·:·.*

1.5K 61 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Han mengusap lembut kepala isterinya yang bersandar selesa pada dadanya. Sempat juga Aaira bertanyakan soalan tentang kejadian itu semasa pagi tadi selepas saja dia solat subuh.

Han menjawab jujur tanpa menyorokkan apa-apa lagi, Aaira pula hanya diam tidak beriak.

Dalam diam dia rasa lega kerana sekurang-kurangnya Fiana mendapat balasan atas perbuatannya

Walaupun pada mulanya dia rasa ingin marah namun apabila memikirkan tiada guna semua itu akhirnya dia hanya mampu cuba untuk belajar memaafkan. Sukar, tapi dia akan usaha.

"Abang lapar tak?" Soal Aaira mengangkat sedikit wajah. Kelihatan wajah penat dan tak cukup rehat suaminya. Pasti Han lelah menjaganya semasa dia tidak sedarkan diri.

"Ya sayang. Aaira lapar? Nak makan tak? Kak Reesya ada bagi bubur tadi," jawabnya sekaligus menyoal semula.

Aaira mengangguk.

Han meregangkan pelukan sebelum bangun.

Dia mengambil beg kertas yang diberi Areesya sebelum wanita itu pulang bersama yang lain setelah selesai melawat pagi tadi.

Han membuka mangkuk tingkat itu. Terdapat bubur kosong yang masih agak panas berserta nasi dan juga lauk lain. Untuk Han.

Han menyuap terlebih dahulu isterinya.

"Abang makanlah dulu. Mesti abang lapar, Aaira boleh tunggu," ujar Aaira lembut. Namun Han berkeras menolak.

Dia tetap menyuap isterinya. Nanti-nanti lah dia makan. Kesihatan Aaira perlu didahulukan.

Aaira hanya akur lalu menerima suapan. Beberapa kali suapan dia menolak. Kenyang.

"Taknak dah?" Soal Han.

"Yee. Abang pula makan," arah Aaira lembut. Han tersenyum nipis sebelum mula mengisi perut sendiri. Dia meminta pada Hanyra untuk memasakkannya dan membawa ke sini.

Namun gadis itu mengatakan bahwa Areesya ada masak bubur berserta lauk untuknya.

Alhamdulilah, dia dapat kakak ipar yang baik dan cukup memahami.

Han makan dengan berselera. Kini semangatnya kembali selepas melihat Aaira sudah sedar. Aaira hanya merenung suaminya makan dengan senyuman. Rasa kesian.

Dia dapat tahu Han tidak menyentuh apa-apa dari pagi sampailah tengahari.

Dia dapat tahu Han tidak menyentuh apa-apa dari pagi sampailah tengahari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang."

"Ya sayang," sahut Han, dia membaringkan dirinya selesa atas katil wad itu. Katil itu bersaiz besar hingga mampu memuatkan dua orang.

Wad VVIP yang Han minta. Agarnya isterinya selesa sepanjang dirawat.

Aaira menjatuhkan kepalanya pada dada Han. Tangan suaminya bergerak merangkul pinggangnya.

"Aaira bosan duduk sini." Walaupun baru dua hari dia sedar dia tetap rasa bosan. Lepas jumpa doktor dia diarahkan untuk berehat dan minum ubat.

Nasib saja Han setia menemaninya.

Han tersenyum nipis.

"Sabar okay? Kita tengok nanti esok lusa insyaAllah mungkin sayang dah boleh discharge," pujuk Han lembut.

Aaira melepaskan keluhan kecil.

Seluruh badannya masih sakit, namun tidak seteruk petang semalam. Aaira diam mendengar degupan jantung suaminya yang berdegup biasa.

"Abang," serunya lagi.

"Ya cinta, kenapa?"

"Nak tengok youtube dekat telefon abang." Han akur lalu mencapai telefon bimbitnya lalu dihulur ke arah isterinya.

Aaira menyambut dengan sengihan kecil.

Kepala dijatuhkan kembali ke bantal.

"Baring jelah dekat sini," ujar Han. Dahinya berkerut sedikit.

"Taknak. Nak lengan abang." Lengan kekar suaminya ditarik lalu dia meletakkan kepalanya. Tangan mula ligat menekan-nekan skrin itu.

Applikasi Youtube dibuka. Han diam membiarkan.

Aaira mula ralit dengan dunianya. Manakala Han mengelus lembut rambut isterinya. Nasib tiada kecederaan yang serius pada bahagian tubuh isterinya. Melainkan hanya calar juga ada bahagian kulit yang terkoyak sedikit akibat terseret dijalan raya.

Isyak sudah berlalu. Han masih segar matanya merenung isterinya.

15 minit kemudian Aaira merasakan kelopak matanya mahu tertutup saja. Kantuk mula menguasai diri.

Lekas dia mematikan telefon suaminya lalu diletak ke tepi meja.

"Kenapa?" Soal Han.

"Mengantuk," balas Aaira lalu mengalihkan lagi kepalanya pada dada suaminya. Tempat tidur kebiasaannya. Setiap malam.

Han tersenyum nipis. Anak matanya mengerling sekilas jam di dinding.

10:30 malam. Patutlah isterinya mengantuk. Rupanya memang dah masa tidur Aaira. Tangan Han bergerak mengusap belakang tubuh isterinya.

Dahi itu dikucup. Aaira hanya membiarkan. Sempat bibirnya bergumam mengucapkan selamat malam.

"Good night too, isteri abang," balas Han lembut. Selepas itu Aaira diam. Tahulah Han yang isterinya sudah selamat masuk ke alam mimpi.

Kedengaran dengkuran halus isterinya. Laju betul Aaira tertidur.

Pantang letak kepala atas bantal.

***
TBC—

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now