*.·:·. Bab - 26 .·:·.*

1.8K 85 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Seperti yang dikatakan, mereka bakal berpindah harini. Atau lebih tepat Aaira yang akan keluar rumah. Rasa sedihnya hanya Allah yang tahu. Lepas ini dia sudah tidak dapat bermanja dengan mama papanya lagi.

Namun dia kena belajar kerana lepas ini dia sudah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Dalam perjalanan mereka hanya diam. Radio sedia menemani. Aaira hanya membiarkan. Jarak rumah mereka agak jauh juga dari rumah mereka sebelum ini.

"Sayang," seru Han.

"Ya? Kenapa?" Aaira menyoal, dia membalikkan badan ke arah suaminya yang sedang ralit memandu kenderaan tersebut.

"Sayang kenapa? Lapar ke? Ke rasa tak selesa?" Soal Han sedikit risau. Dia bukan boleh kalau tengok isterinya diam saja. Han lebih gemar dan rela andai Aaira banyak bercakap dengannya.

Dia suka segala-galanya tentang isterinya.

Aaira tersenyum nipis.

"Takde mana ada. Aaira okay je," balas Aaira lembut. Cuba untuk menghalau resah di hati suaminya. Han mengerling wajah cantik itu.

"Betul ni? Kalau nak apa-apa bagitahu abang," katanya mulai sedikit tenang.

Aaira mengangguk.

Mereka meneruskan perjalanan. Setelah agak lama berdiam diri akhirnya Aaira membuka bicara. Bosanlah pula, baik dia berbual dengan suaminya.

"Sampai dah ke?" Soal Aaira, anak matanya memandang sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sampai dah ke?" Soal Aaira, anak matanya memandang sekeliling. Rumah dua tingkat itu kelihatan besar dan mewah. Hanya ada dua buah rumah disebelah.

Han mengangguk. Setelah memarkirkan kereta mereka keluar. Aaira tersenyum teruja. Cantik!

Sangat besar dan luas. Malah halamannya saja mampu memuatkan beberapa buah kereta.

"Ini abang beli sendiri ke?"

"Ya cinta. Dah lama, dari masa mula-mula abang ada niat nak jadikan sayang isteri abang," jelas Han lembut.

Tangan naik menarik keluar bagasi mereka.

Barang-barang isterinya yang lain turut dibawa.

"Jom masuk. Sayang tolong abang bukakan pintu," arah Han. Mata Aaira jatuh memandang ke arah papan pintu itu. Kena guna password.

"Takde kunci. Password diaa apa abang?" Soal Aaira lalu menunduk sedikit.

"250919," beritahu Han. Aaira segera memasukkan password tadi. Itu tarikh lahirnya.

Tidak sangka suaminya menggunakannya.

Secara automatik pintu itu terbuka. Mulut Aaira terbuka sedikit, kagum. Dia melangkah masuk setelah memberi salam. Mata meliar ke arah setiap sudut.

Design simple.

Bertemakan putih kelabu, sangat cantik. Aura tenang menyelubungi. Aaira memandang pula sofa kelabu itu. Suaminya memang suka warna kelabu agaknya.

Punggung dilabuhkan dengan selesa. Aircond besar disetiap sudut. Sejuk saja ruangan itu apabila Han menghidupkannya.

"Bilik kita dekat atas. Pintu warna hitam," ujar Han sebelum turut melabuhkan duduk ditepi isterinya. Aaira mengangguk dengan senyuman.

Dia tidak sabar hendak menghias dan menambah perabot agar kelihatan lebih cantik.

"Cantik rumah abang!" Puji Aaira ikhlas.

"Rumah kita cinta." Han memperbetulkan ayat isterinya, perkataan kita di tekankan. Aaira sekadar tersengih.

"Ada bahan dekat dapur tak? Nanti boleh Aaira masakkan abang malam ni," soal Aaira.

"Ada sayang. Abang dah sediakan awal-awal semua," balas Han lalu menarik Aaira kepelukan. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

Aaira mengangguk.

"Jom naik atas. Abang nak mandi pastu rehat," ajak Han. Aaira akur. Pelukan mereka leraikan.

Pasangan suami isteri itu berlalu pergi.

HanAaira

Aaira menghidangkan juadah lauk yang telah dia masak. Sederhana sahaja. Ayam goreng tepung berserta sambal pedas kegemaran suaminya. Juga sayur masak lemak.

"Lajunya masak," tegur Han dengan senyuman. Dia menarik kerusi sebelum duduk dengan selesa.

Aroma masakan isterinya membuatkan dia lapar. Aaira tersengih. Dia meletakkan sepinggan nasi dihadapan Han.

"Biasalah Aaira kan chef," ujarnya bergurau. Dia turut duduk bersama. Mereka membaca doa sebelum masing-masing mula menyuap.

Han terdiam menikmati air tangan isterinya. Terlalu sedap! Paling kesukaan dia adalah sambal pedas Aaira. Sangat cukup rasa seperti yang dia inginkan.

Bertambah-tambah nasinya. Aaira hanya sekali saja, dia sudah kenyang.

Makan malam mereka berlangsung santai. Hanya berbual kosong. Aaira sibuk berceloteh. Han setia mendengar. Matanya khusyuk merenung isterinya yang leka dengan dunia ceritanya.

Sesekali terhambur tawanya apabila ada part yang lawak isterinya kongsikan.

***
TBC...

Hambar betul hshshs

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now