*.·:·. Bab - 5 .·:·.*

1.8K 99 0
                                    

"...Rose?" ೃ࿐

Aaira melangkahkan kaki ke arah meja makan yang berada dalam restoran itu. Anak matanya meliar memcari kelibat seseorang. Tiba saja sepasang tangan seorang perempuan melambai ke arahnya.

Setelah memastikan gadis itu adalah Hanyra pantas dia mendekat. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung dengan selesa.

"Hai akak Aaira!" Sapa Hanyra ceria. Dia sengaja mengajak gadis itu berjumpa. Dia ingin rapat lebih dengan Aaira. Hanyra menyukai sifat dan aura gadis itu. Patutlah abangnya pun sangkut.

Dahlah anak mata pun cantik!

"Hai Nyra."

"Akak sihat?" Soalnya mesra.

"Sihat Alhamdulillah. Nyra pula?" Hanyra tersengih seketika.

"Tak sangat. Ni pun baru sembuh lepas seminggu kena kurung oleh abang," adunya manja. Nampak saja umur yang meningkat namun perangainya tidak ubah seperti kanak-kanak.

Sebab itu Han sentiasa mengawasinya.

Risau dengan perangai tidak matang adiknya.

"Iya? Nyra sakit apa? Patutlah lambat balas chat. Kalau akak tahu akak dah pergi melawat Nyra dah," ujar Aaira prihatin.

Dia selesa dengan adik Han kerana gadis itu seorang yang ceria dan peramah. Hilang kekok dia.

"Nyra demam akak. Sebab mandi hujan lam sangat. Abang dah larang tapi Nyra degil. Tu yang abang marah," balasnya tersengih bak kerang busuk.

"Ya Allah. Lain kali jangan mandi lagi tau? Nanti demam," pesan Aaira lembut. Gadis itu mengangguk.

"Nyra dah orderkan akak tomyum ayam. Betulkan akak suka ni? Nyra tanya abang akak suka makan apa, abang jawab tomyum ayam," kata Hanyra ceria.

"Ehh betul lah tu. Thankyou Nyra," ucapnya bersama senyuman dibibir. Tangan diangkat untuk berdoa.

Seketika Hanyra yang hendak menyuap itu terhenti. Dengan segera dia turut mengangkat tangan ikut membaca doa. Dah terbiasa makan sebegitu saja.

"Boleh akak tanya?" Kata Aaira meminta izin terlebih dahulu.

"Boleh akak! Tanya je." Hanyra tersenyum manis. Dia meneruskan suapan menanti bicara dari Aaira.

"Nyra ada berapa adik beradik?" Sebelum ini mana pernah Aaira ambil tahu tentang lelaki itu. Entahlah dia segan. Untuk pertama kalinya dia mengenali Hanyra.

"Dua je akak. Abang Han satu-satunya abang yang Nyra ada. Dia yang jaga Nyra dari kecil sampai besar semenjak mummy and daddy kami meninggal dunia," jelas Hanyra lembut. Tisu diambil sebelum tepi mulutnya dilap.

"Faham. Nyra tinggal berdua dengan abang Nyra jelah kiranya?" Tidak sangka Han dan gadis itu merupakan anak yatim piatu.

"Haah. Kadang-kadang Nyra sorang je dekat rumah. Abang pergi kerja dekat syarikat peninggalan arwah Daddy. Abang dah lama urus syarikat tu."

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now