*.·:·. Bab - 53.·:·.*

Start from the beginning
                                    

"Betul ke ni angah! Jangan main-main ehh? Angah tak paksa anak orang jugakkan? Kalau Aaira tahu angah paksa Dena siap angah!" Han sekadar memerhati wanita itu yang sedang membebel ditelefon.

Dari apa yang dengar Darris seperti ingin melangsungkan perkahwinan. Baguslah.

"Okay, mama dah tahu ke ni?"

"Kalau macam tu Aaira nak minta diri dulu, nak tidur. Bye angah! Sayang angah." Perbualan mereka terus saja tamat.

Aaira yang mematikan dulu.

Telefon dicampak ke atas meja solek sebelum Aaira menjatuhkan kepala pada dada bidang suaminya.

Automatik tangan Han bergerak merangkul pinggang isterinya. Rambut wanita itu diusap.

"Kenapa dengan angah?"

"Angah nak kahwin dah dengan pekerja Aaira, Dena. Berjaya juga angah tarik perhatian dia. Sebelum ni bukan main susah," cerita Aaira.

Anak matanya memandang suaminya.

"Alhamdulillah. Moga urusan dorang di permudahkan." Hanya itu yang Han balas.

Aaira mengangguk. Dia mengaminkan doa suaminya.

"Erm, abang. Petang semalam Naleef ada datang butik Aaira dengan isteri dia," beritahunya perlahan.

Riak Han terus berubah.

"Dia buat apa? Kenapa tak panggil abang? Dia ada kacau sayang?" Soal Han bertalu-talu. Aaira tergelak kecil.

Kepala digelengkan. Risau betul suaminya ini.

"Takde. Dia diam je kerling Aaira pastu terus pergi ke arah lain. Tapi bukan tu yang Aaira nak cerita," jelasnya.

"Habis tu apa sayang?"

"Isteri dia baik sangat! Dahlah peramah, lemah lembut. Cantik pulak tu! Dia sempat minta maaf dekat Aaira bagi pihak suami dia." Han diam memberi ruang isterinya bercerita.

"Aaira kata Aaira dah maafkan, lagi pun benda dah berlalu lama, malas nak simpan dendam. Aaira pun bersyukur tak jadi kahwin dengan dia. Kalau tak agaknya Aaira tak sebahagia sekarang ni macam dengan abang, kan?" Sambungnya panjang lebar.

Han tersenyum nipis. Dia mengangguk. Benarlah, dia lagi bersyukur kerana mereka berdua adalah jodoh. Amat kuat ya jodoh mereka. Han sangka Aaira akan jadi milik orang lain.

Rupanya milik dia.

"Lagi?" Aaira tersenyum suka mendengar respon Han yang satu itu setiap kali dia bercerita. Pasti suaminya tidak akan jemu mendengar ceritanya.

Malah lelaki itu sentiasa menyoal jika ada lagi. Dia terasa diberi perhatian yang amat cukup.

"Lepas tu kami tukar nombor. Nama dia Serra Tiana, cantikkan?" Tuturnya ceria.

"Cantik. Tapi tak secantik nama dan rupa isteri abang. Safa, yang bermaksud suci bersih. Aaira bermaksud mulia, dihormati," balas Han seraya mencuit lembut pipi isterinya.

Aaira membulatkan mata mendengar itu.

Bukan sebab pujian namun kerana...

"Abang tahu maksud nama Aaira? Wahh bestnya eyy." Han tergelak melihat reaksi teruja isterinya.

"Ya sayang. Semua pasal sayang ada dalam kepala abang tau. Dah siap hafal semuanya," tutur Han dengan bangga. Hidung isterinya pula dicuit manja.

Aaira tersengih. Untung badan dapat suami seperti Han.

"Kalau macam tu, cuba abang sebutkan Aaira suka warna apa, dan makanan apa yang Aaira tak suka?" Soalnya sengaja ingin menguji. Han tersenyum.

Senang kacang.

"Cinta abang ni suka warna hijau, tapi hijau tu mestilah hijau muda. Aesthetic katanya. Makanan yang dia tak suka adalah sayur taugeh. Rasa rumput katanya."

Satu persatu Han sebut membuatkan Aaira bertambah terharu dan rasa dihargai.

"Thankyou abang! sayang abang!" Ucap Aaira lembut.

Wajahnya berubah rona, merah.

Han tertawa kecil, kepala dianggukan.

***
TBC—

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now