*.·:·. Bab - 23 .·:·.*

Comenzar desde el principio
                                    

Mereka akan pergi ke tempat tersebut dengan menaiki motor.

Atas permintaan Aaira juga ingin merasa naik motor, kerana sebelum ini mana pernah. Abang-abangnya langsung tidak membenarkan.

Han tersengih seraya menggeleng.

"Tak cinta. Abang dah lama beli tu sebab abang nak lepas kahwin nanti boleh naik motor dengan cinta, disebabkan sayang juga comel abang belilah helmet ni untuk sayang," jelasnya dengan tawa kecil.

Aaira berasa terhibur dengan suaminya. Siap sedia betul suaminya dengan helmet tersebut.

Aaira menyarungkannya ke kepala, agak lama juga susah. Berbelit leher dia. Han yang melihat isterinya terkial-kial hendak memakai itu segera mendekati Aaira.

Tangan naik merampas lembut helmet itu.

"Abang pakaikan." Aaira akur, dia hanya membiarkan suaminya mengurus helmet itu. Berat juga. Dan agak besar dari kepalanya.

"Dah. Comelnya sayang ni Ya Allah hahaha. Sini kejap abang nak tengok," tutur Han dengan gelak kecil.

Dia menarik bahu isterinya agar kembali menghadap ke arahnya. Aaira menarik visor helmet itu dari menutupi mukanya. Terasa terang terus pemandangannya.

"Abangg... Aaira dah macam alien dah," adu Aaira sedikit memuncung.

Tengok pada cermin pun dia dah nampak pelik.

Ayatnya hanya disambut dengan tawa suaminya. Aaira sekadar senyum kecil.

"Tak cinta, mana ada macam alien. Macam rupa bidadari abang adalah," nafinya lembut setelah tawanya mulai reda.

"Hm. Jomlah gerak Aaira tak sabar nak naik motor abang," balas Aaira lalu matanya melirik ke arah motor jenama Ducati Panigale V4 tersebut.

Hitam berkilat. Nampak mahal.

"Okay jom. Sebelum tu berdiri situ kejap," kata Han sebelum mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

Aaira hanya diam memerhati. Seketika kamera telefon dihalakan kepadanya.

"Senyum cinta," arah Han lembut.

Aaira dengan rela mengukir senyuman manis. Tenggelam mukanya dibalik helmet pink itu.

Tahulah dia suka kucing tapi ini sampai helmet pun telinga kucing. Tapi comel! Dia suka.

"Dah. Jom gerak," ajak Han setelah berjaya mengambil beberapa keping gambar isterinya. Aaira mengangguk, suaminya sudah naik terlebih dahulu ke atas.

Manakala dia terkial-kial hendak naik.

"Abang! Tingginya. Aaira dah macam panjat bangunan dah ni," bebel Aaira perlahan.

"Naik guna sebelah kaki dulu. Mari tangan sayang abang pegang." Han menoleh lalu menghulur tangannya kebelakang.

Aaira dengan susah payahnya naik. Setelah beberapa saat dia berjaya juga. Itu pun selepas berpaut pada suaminya.

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora