ADRISH x ARMEL - 2

6K 344 40
                                    










SEDAP aroma masakan Armel yang boleh dibau dari ruang tamu lagi. Briefcase ditinggalkan di sofa dan Adrish masuk ke ruang makan. Siap semua makanan terhidang di atas meja. Yang peliknya pinggan yang terisi nasi cuma satu.

Habistu, banyak-banyak ni siapa lagi nak makan?

"Abang nak makan dah ke?" Tanya Armel.

Sedar, dan Adrish perasan juga yang layanan Armel sudah tidak seceria seperti dahulu. Layanan Armel sangat beku dan kurang mesranya.

"Boleh juga, you makan dah ke?" Tanya Adrish.

"Belum, takpa Mel teman abang makan dulu sebab Mel kenyang lagi" jawab Armel dengan senyuman nipis terukir di wajah.

Ada ayam masak kicap kering, sayur goreng campur, Ikan goreng dan buah-buahan. Nampak berselera semuanya. Tengok saja Armel ni diva orangnya, tapi skill memasak di dapur memang tiada tandingan.

Sayangnya, pandai masak pun suami tak pandang lagi. Tak tahu silapnya di mana.

"Betul ni?" Tanya Adrish ragu.

"Betul, kalau Mel lapar mesti Mel makan sekali dengan abang dah" jawab Armel meyakinkan.

Adrish biarkan dan lihat saja si isteri mencedok nasi ke dalam pinggan dan kemudian mencedok lauk pula.

Sudah makan Armel berdiri di tepi meja seperti kebiasaan mahu mengemas. Adrish memandang si isteri tanpa lepas. Bila tiada apa-apa yang ingin dicakapkan Armel, Adrish pun berlalu.

Setelah tiada bayang lagi Syed Adrish Qaazi di situ, Armel duduk semula di kerusi dan tiba gilirannya pula untuk menjamu selera. Dengan lelehan air mata, Armel menceduk lauk ke dalam pinggan dan makan.

"You lapar, kenapa tak makan sekali dengan abang tadi? You acting weird Mel" tak sangka pula Adrish muncul semula di ruang makan.

Armel sambung makan meskipun makanan yang dijamah sudah bertukar tawar. Dia pandang suaminya kosong. Kemudian Armel sambung menyuap semula.

"Nak belajar semula macam mana hidup sendiri tanpa ditemani siapa-siapa. Mel taknak menyusahkan orang" bidas Armel sambil menguis butir nasi di keliling pinggan.

Sungguh Adrish tersentak tika itu. Berbirat hatinya seperti dilibas sesuatu yang memedihkan.

"Maksud Mel?" Tanya Adrish semula. Tiada jawapan dari Armel.

"Mel, abang tanya ni" gesa Adrish yang kekal berdiri di tepi meja.

"Tak ada apa-apalah. Lupakan apa yang Mel cakap tadi tu" balas Armel malas mahu berbalah dengan suaminya itu.

Adrish tidak puas hati. Dia pilih untuk menunggu sehingga Armel selesai makan. Dia tahu ada yang masih belum selesai antara mereka.

"Why you keep avoiding me?" Tanya Adrish lagi yang membuntuti langkah Armel ke sinki.

Armel ke kiri, Adrish ke kiri. Armel ke kanan pun sama juga Adrish ikut ke kanan. Sudahnya Armel merengus kasar. Dulu serabut sangat kalau tengok muka yang terhegeh-hegeh ni.

"Abang, kenapa ni?" Tanya Armel senada.

"Ask you twice, why you keep avoiding me?" Tanya Adrish semula.

Armel mengeluh berat. Dia memandang wajah suaminya dengan pandangan yang redup. Penuh lelah.

"I'm supposed to, abang. Mel dah penat beria sedangkan abang tak pernah pun pandang Mel. Mel minta maaf jika kehadiran Mel dalam hidup abang sepanjang 3 bulan ni buat abang rimas. Lepasni awak tak perlu mengelak lagi. Buat lah sesuka hati awak, asalkan awak bahagia. Itu dah cukup membahagiakan saya bila lihat suami saya bahagia"

Kau Lupa Janji [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ