B A B 6

11.8K 576 22
                                    










          SYED Qays Jareed berjabat tangan mesra dengan Tengku Shariff yang merupakan peneraju TG Construction. Kali ini dia benar-benar berpuas hati dengan pembentangan projek terkini yang boleh dikatakan besar juga. Pelan bangunan juga sangat menarik dan agak trendy.

"Terima kasih Jareed, sudi hadirkan diri jauh sampai ke sini. Harap usaha sama kali ni berterusan untuk perojek-projek yang lain pula" kata Tengku Shariff.

Berminat sungguh untuk mengenali lelaki muda yang berjaya itu. Kata abangnya, Qays bukan calang-calang orang. Memang dari kecil sudah didedahkan dengan dunia perniagaan.

"You're welcome Shariff. Inshaallah, kalau ada rezeki aku cari team kau lagi. Oh ya, sampaikan salam aku pada abang kau, Arman. Long time no see him" bahu Tengku Shariff ditepuk perlahan.

"Baik inshaallah. Eh jomlah kita ke dewan makan dulu. Ada lah pihak TG buat makan-makan sikit untuk kau dengan Aqmar" ajak Tengku Shariff ramah.

"Aku ingat nak terus balik KL ni Riff" tolak Qays serba-salah.

"Eh tak boleh macamtu, kau tetamu. Kalau tak makan sekali jangan harap aku nak benarkan korang balik KL semula" ugut Tengku Shariff tidak serius pun.

Mahu tidak mahu, Qays terpaksa beralah juga.

"Sekejap, nak pass benda ni dekat arkitek aku kejap. Eh Yara sini kejap!" Panggil Tengku Shariff yang kebetulan melihat PA nya lalu di situ.

"Tolong passkan ni pada Puan April, cakap dekat dia baiki sikit-sikit saja. Nanti I akan jumpa dia untuk check lagi sekali" Tengku Shariff perlahankan suaranya.

Malangnya, telinga Qays berjaya menangkap setiap butir bicara lelaki itu. April mana satu yang dimaksudkan? Terus dia menjeling Syed Aqmar di sebelah dan membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu.

"Jom," ajak Tengku Shariff dan kedua lelaki itu mengangguk sambil senyum.
















APRIL keluar dari klinik dengan memegang gambar ultrasound bayinya. Hari ini ada kelapangan masa time lunch hour dia datang untuk nak tahu jantina anaknya. Dan harini juga baby sudi bagi kerja sama tidak malu seperti selalu.

"Patut anak mommy semangat je dalam ni. Nak jadi hero jaga mommy rupanya" bisik April perlahan bercampur teruja.

"Bila pula nak check up baby?" Soal satu suara garau dari sisi. Mata April membuntang luas dan wajah itu terus pucah tidak berdarah.

Setapak April mengundur maka dua tapak lelaki itu melangkah. Sudahnya wanita itu berlari anak mahu ke kereta.

"Isabelle! Tunggu!" Laung Qays terkuat tanpa sengaja. Tangan April sempat dilelar.

Pang!

Pijar pipi Qays selepas menerima tamparan boleh tahan kuat juga daripada April. Qays menolak isi pipinya dengan lidah kemudian tersenyum tenang.

"Puas? Kalau tak cukup tamparlah lagi. Ni sebelah sini pula" kata Qays lalu menunjukkan pipi kirinya pula.

"Le-lepas! Apa aw-awak nak dari saya?" Tubuh April mula menggigil ketakutan.

"Dah berapa bulan dekat dalam tu?" Tanya Qays yang teruja melihat perut bulat April.

April diam memberi silent treatment.

"Nak pegang boleh?" Pinta Qays kedengaran menyedihkan.

April diam lagi tidak memberi apa-apa respon.

"Kau dah bisu dah ke April Isabelle binti Habsyar?" Qays menyoal tegas barulah April kalut menggeleng kepala. Takut bila Qays bernada begitu.

"Li-lima bulan n-nak masuk enam!" jawab April gugup.

Qays senyum bangga selepas mendengar jawapan April. Tapi kenapa perut April besar semacam? Kembar ke? Teragak-agak tangan dia menyentuh perut yang terisi satu nyawa itu.

Satu perasaan asing yang menjentik tangkal hati lelakinya. Qays mengetap rahangnya kuat. Hadirnya nyawa di dalam rahim itu disebabkan tindakan bodohnya. April yang terpaksa tanggung seorang diri.

"A-aku minta maaf. Aku bodoh sangat malamtu" kata Qays sebak. Melihat keadaan April yang semakin sarat itu lagi dia jatuh kasihan.

April membuang pandang ke arah lain. Selepas apa yang terjadi, semudah itu lelaki ini datang menagih kemaafan darinya?

"Saya harap awak tak lupa janji awak malam tu. Saya taknak tengok muka awak dekat sini lagi. Kalau tak lagi jauh saya pergi" pintu kereta dibuka dan Qays sempat menahan.

"Jangan lari lagi dah. 6 bulan dah cukup lama aku bagi masa pada kau. Aku cari kau Isabelle, sumpah aku cari kau merata. Aku nak betulkan semula semuanya" Qays bernada merayu.

Pang!

Pang!

Qays terteleng menerima tamparan hatrik dari wanita itu. Dia tersengih mengejek.

"Kau ni memang jantan tak guna kan? Buat aku macam pelacur bawahan lepastu datang depan aku dengan buat muka sedih kau. Pergi Qays! Pergi! Aku lari dari kau sebab aku taknak tengok muka perogol macam kau ni lagi!" Amuk April yang kelihatan takut dan trauma.

"Okay aku pergi. Janji dengan aku jaga diri, jaga baby kita dengan baik. Aku nak pegang dia lagi sekali boleh?" Pinta Qays lembut. Mengalah juga demi permintaan wanita itu.

Dengan air mata yang mengalir lesu itu, April membiarkan saja perutnya disentuh Qays. Sebelum pergi, Qays sempat mencium dahi April sambil tersenyum hambar.

"Jaga mommy, jangan nakal-nakal dekat dalam ni. Nanti mommy penat. Daddy pergi dulu, assalamualaikum" Qays berbual kosong dengan anak di dalam perut April.

"Aku pergi dulu. Jangan buat benda yang bukan-bukan lagi dah pada diri kau tu. Jangan lari-lari sebab kau tu mengandung. Aku takkan ganggu kau, ambiklah masa sebanyak mana kau nak" Qays meminta diri dan sebelum itu, ubun-ubun April yang bersalut tudung dikucup sekali lagi penuh syahdu. Jujur, jiwa Qays bergetar hebat.

Masuk saja ke dalam kereta, April teresak-esak menangis sambil memegang perutnya. Cergas betul anaknya hari ini.

"Yang pegang baby tadi tu da-daddy sayang. Daddy..." cerita April tersedu-sedan. Stereng kereta dihempas geram.

"Aku kena benci kau! Kau binatang!"










QAYS memicit tulang hidungnya lalu bersandar pada kerusi kulitnya. Perasaannya benar-benar berkecamuk. Badan saja di sini, roh masih berada di Ipoh sana bersama April dan anak mereka di dalam kandungan.

"Dah jumpa, balik sini juga" kata Syed Aqmar malas.

"Dia nampak takut dan trauma dengan aku Qmar. Aku cuma takut dia stres dan boleh bahayakan kandungan. Sekurangnya aku tahu dia sihat dan baik-baik saja. Sial betul, memang kerja Arman yang sorok dia dari aku selama ni" ujar Qays tidak puas hati. Mata terpejam rapat.

"April tu kan adik angkat dia, dia taknaklah isteri kau tu stress dan membahayakan diri kalau duduk di sini" Balas Syed Aqmar.

"Aku ni suami dia. Aku akan cari jalan untuk lakukan perdamaian dengan April Isabelle. Anak yang dikandungkan tu perlukan bapa. Aku taknak nasib anak aku sama macam aku. Sungguhpun dia hadir atas perbuatan bodoh aku, dia tetap benih aku. Tak ada satu dosa pun antara nyawa tak bersalah tu dengan aku. Kau faham tak Qmar?" kata Qays penuh tekad.

"Ikut suka kau lah, aku dah malas nak masuk campur lagi urusan rumah tangga kau memandangkan orang yang kau cari dah pun ditemui. Tapi ingin aku ingatkan, kau sekarang dah bertunang dengan Aralyn. Tumpang masih awal, kau fikir lah mana yang terbaik" pesan Syed Aqmar sebelum bangun dan keluar dari pejabat lelaki itu.

Qays tertunduk lemah dan melepaskan keluhan berat. Keadaan semakin rumit nampaknya. Masalah lagi satu kena fikir juga. Kalau April tahu ini, tak mustahil wanita itu datang padanya menuntut janji.

Ya Allah...

















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now