B A B 20

11.2K 479 35
                                    












            JAMBANGAN bunga ros merah yang disorokkan Qays semasa datang ke hospital ini diberikan pada April. Tersenyum manis si isteri sambil menghidu bauan yang keluar dari celahan kelopak bunga tersebut. Ingat juga Qays akan janjinya.

"Terima kasih abang"

"Sama-sama kasih sayang"

Selepas itu, April memberi ruang kepada Dr Rajesh, doktor senior yang boleh digolongkan dalam golongan veteran untu memeriksa keadaan Qays.

Alhamdulillah, kadar degupan jantung Qays masih normal seperti biasa.

Petanda positive!

April memandang suami yang dicintainya itu tidak lepas. Apa yang dia rasa sekarang adalah takut. Sangat takut.

Sejak semalam, April tidak dapat tidur yang lena kerana memikirkan keadaan suaminya. Apa yang dia tahu, dia nak suaminya itu selamat. Kali ini, April tamak.

"Dah azan isya' dah kan sayang?" April lantas mengangguk.

"Jom sayang, kita solat isya' sama-sama. Abang imamkan" ajak Qays dan April mengangguk setuju.

Usai mengaminkan doa, April bangun dan menyalam tangan suaminya lama. Ubun-ubun April diusap perlahan.

"Abang nak borak dengan Adrish sekejap ya?" Qays meminta izin.

"Assalamualaikum anak daddy, Syed Adrish Qaazi. Ini daddy ni..."

"Adrish, sekarang Adrish ada dalam perut mommy lagi kan? Nanti bila Adrish dah lahir, jadi anak yang soleh ya? Jadi insan yang berakhlak mulia, baik budi bicara. Jadilah pemimpin yang hebat, yang tinggi dengan ilmu agama. Adrish, daddy minta maaf kalau nanti Adrish keluar, daddy tak ada dengan Adrish. Tapi awak kena tahu satu perkara anakku. Daddy akan sentiada dekat dengan anak daddy ni"

April mengemam bibir memandang ke arah lain.

"Impian mommy dan daddy terlalu besar Adrish. Daddy nak tengok anak daddy berjaya. Seandainya daddy tak ada di sisi Adrish untuk menemani anak daddy ni melewati detik-detik yang bermakna dalam hidup kamu nanti, jangan kecil hati ya dengan daddy. Maafkan daddy. Apapun yang terjadi sepanjang hidup Adrish, Adrish kena belajar bersyukur. Adrish masih ada seorang wanita yang hebat bergelar mommy. Daddy tinggalkan belahan hati daddy ni untuk temani Adrish. Hormatilah mommy kerana dia insan yang dah banyak berkorban untuk bawa Adrish ke dunia ini nanti."

Belakang tapak tangan Qays sudah basah dengan air mata April yang menitis.

"Nanti, Adrish dah cerdik sikit selalulah doakan daddy. Hanya doa anak soleh seperti Adrish daddy harapkan di negeri abadi nanti. Jaga mommy, jangan buat mommy penat, kalau dah tiba masa Adrish jumpa jodoh, pilihlah wanita sehebat mommy. Tak ada galang gantinya. Itu saja daddy nak pesan. Assalamualaikum anakku" perut April dikucup syahdu.

Perbualan di bapa dengan anak di dalam perut itu sungguh mengundang rasa sebak di hati. Menggigil tubuh April menahan rasa sedih.

"Untuk isteri abang yang paling abang cintai di dunia dan akhirat, janganlah bersedih. Selagi abang mampu berjuang, abang akan berjuang demi kita. Abang nak hidup bersama sayang, membesarkan anak kita bersama. Terlalu banyak yang abang inginkan tapi kalau tak sempat, cukuplah sayang tahu yang April Isabelle ada tempat khas di hati abang. Tempat yang paling istimewa. Terima kasih ya, isteri solehah abang" kedua belah pipi April yang basah dengan air mata itu dikucup sayang penuh rasa cinta.

"Nanti, sungguhpun pembedahan abang berjaya tapi abang buat sayang menunggu terlalu lama untuk abang pulang ke pelukan sayang, waktu itu juga abang nak sayang redhakan pemergian abang ya? Izinkan abang pulang ke negeri abadi dengan tenang. Boleh kan?" Pinta Qays lagi.

"Enough with your wishes, Syed Qays Jareed. Come back to us safe and sound" April menyembamkan wajah di dada suaminya dan teresak menangis si situ.

"I don't want to leave you my baby angel..."

"April pun kalau boleh taknak abang pergi"

Ya Allah, kali ini aku terpaksa merayu. Jangan kau ambil suamiku ya Allah....














          WAKTU yang ditunggu telah tiba. Qays sudah siap dengan persalinan diberikan pihak hospital untuk ditolak masuk ke dalam dewan bedah. Doktor pelatih mula mengisi maklumat Qays untuk diberikan pada Dr Rajesh dan Dr Akrami. Dan syukur, tiada satu pun abnormality yang suaminya itu tunjukkan.

Rabbi yassir wala tuassir.

Permudahkanlah Ya Allah, jangan kau persulitkan.

Semua ahli keluarga April datang melawat Qays sebelum dimasukkan ke dewan bedah. Termasuk Syed Aqmar dan Aralyn.

Semuanya tidak putus memanjatkan doa supaya Qays selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung malam ini.

"Bye sayang, I love you" pamit Qays tersenyum manis memandang isterinya.

"I love you too abang..."

Sebaik saja suaminya masuk ke dalam dewan bedah, April pun menunggu di dalam surau. Dia melakukan solat hajat dan solat sunat taubat serentak. Hanya kepada Allah tempat dia bergantung harap kini.

Tidak putus dia meminta doa supaya suaminya selamat. Selepas itu Encik Habsyar pula menawar diri untuk mengimamkan solat sunat hajat.

Selepas itu, April meminta izin untuk tinggal sendirian di dalam ruangan solat hospital. April bersandar pada dinding dan berzikir sebanyak yang boleh. Kepada Allah swt saja dia harapkan sekarang.
Entah berapa lama dia mengambil masa untuk positifkan diri, sehinggalah hati April berubah lapang tiba-tiba.

Perut yang mengeras sekejap-sekejap itu diusap. April tewas lagi.

"Kuat dengan mommy ya sayang, kita tunggu daddy..."

April keluar dan menunggu di kerusi besi itu bersama uminya. Puan Ilani tak henti memberi kata semangat padanya.

Entah berapa jam menunggu, keluarlah Dr Rajesh dan barisan doktor pakar yang turut terlibat dalam pembedahan menyelamatkan suaminya itu. Masing-masing kelihatan letih.

"Macam mana dengan suami saya doc?" April bangun lantas bertanya.

"God bless us, our heart transplant operation was succeed, hopefully it turn out positive"

"Alhamdulillah, kita tunggu lagi beberapa jam. Qays masih di bawah unit ICU. Dia perlu dipantau rapi" sambung Dr Akrami pula.

"Doctor negative! Patient cardiac arrest!" Cemas sekali suara doktor muda lelaki itu.

Bergegasnya dua orang doktor itu ke dalam dewan bedah semula cukup membuatkan darah April berderau.

April menggeleng tidak percaya. Tubuhnya melonglai mujur sempat dipaut Encik Habsyar dan Akhtar Ilhan.

"Ya Allah, adik!"

"....cukuplah sayang tahu yang April Isabelle ada tempat khas di hati abang. Tempat yang paling istimewa. Terima kasih ya, isteri solehah abang"

Perlahan-lahan mata itu kuyu menanti terpejam.

Ya Allah, aku belum bersedia untuk kehilangan suamiku Ya Allah...

Jangan ambil dia....

Aku merayu,

Jangan ambil dia....














"Izinkan abang pulang ke negeri abadi dengan tenang...."






'Abang lupa janji!'





























Hm bubye semua orang. Tunggu epilog je lah ea. Kasi chance la I nak sad sad! Selamat hari raya in advance semua🫶🏻❤️


TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now