B A B 10

12.8K 593 11
                                    









SENYUM lebar Qays bila April mahu mengikut dia pulang ke rumah. April pula sudah penat berbalah dengan lelaki itu. Daripada air liurnya kering sia-sia, ikut sajalah cakap orang tua ini. Bukan selalu lelaki boleh menang.

"Nak duduk bilik atas ke bawah?" Tanya Qays.

"Bawah. Tak larat nak naik turun" jawab April.

"Okay, nanti aku bawa turun barang aku dengan baju sikit dekat bilik bawah ni"

"Lah kenapa pula? Kan tidur bilik asing-asing?" April memandang lelaki itu tidak percaya.

"Jangan harap aku nak bagi kau tidur sorang. Jadi apa-apa macam mana? Sarat-sarat macamni ada hati nak tidur sorang" Qays jeling April tajam.

"Taknak! Saya nak tidur sorang. Awak tak payahlah sibuk" bantah April.

Qays buat tidak dengar lalu memasukkan semua barang April ke dalam bilik tetamu yang terdapat di tingkat bawah. Kalau dilayankan sangat permintaan si isteri memang lambat lagi hubungan ini akan pulih.

April berjalan melawat kawasan rumah yang baru saja dibeli Qays ini. Besar dan serba luas. Setiap ruangan boleh menempatkan beberapa buah keluarga. Seronoknya orang ada unlimited money.

"Dah, aku dah siap kemas barang-barang kau. Pergilah masuk rehat. Tu, kaki dah bengkak dah"

"Hari-hari kaki ni bengkak. Biarlah" April menjawab selamba.

"Eh eh, boleh menjawab macamtu pula dengan aku. Masuk bilik pergi rehat sekarang April Isabelle" arah Qays garang. Siap menyeru nama penuh lagi tu. April membalas jelingan itu sebelum masuk ke dalam pilik.

"Awak!!!" Panggil April kalut. Qays masuk ke dalam bilik dengan riak wajah yang risau.

"Kau dah kenapa Isabelle?" Tak tahu nak ketawa atau nak kena buat apa melihat keadaan isteri sendiri begitu.

"Hiks...hiks.. tak boleh buka. Sangkut—" adu April dalam esakan.

Baju kemeja oversized yang dipakai cuma dibuka butang paling atas. Lepastu sekarang leher kemeja itu tersangkut di muka April. Dah macam apa dah gayanya.

"Siapa ajar kau buka kemeja macam buka tshirt ni hah? Lepastu hah tak payah nak menangis" Sambil membantu membuka baju si isteri, Qays usaha tahan gelaknya daripada meletus. Macam-macam hal ibu mengandung ni sorang.

"Dah, haih manja!" Dahi April dijentik perlahan.

"Diamlah!" Marah April langsung tidak bersyukur.

"Lain kali bukalah butang tu satu-satu sayang oi. Kau bukak macam buka tshirt tu memanglah sangkut"

"Tahu, tapi lambat!" Tempelak April geram.

"Lepastu tahu nak menangis minta tolong. Dah pergi mandi. Ke nak aku mandikan?" Qays tayang wajah gatalnya.

"Tak payah nak menggatal, saya tampar awak nanti kang" decit April di hujung bicara.














             "SAKIT...ja-jangan....aku taknak..." Qays terjaga dari tidur saat isteri disebelah seperti sedang mengigau menyebut sesuatu. Tetapi dia tidak jelas apa yang April sebutkan. Isterinya itu nampak dalam ketakutan.

"Aku nak gugurkan....taknak...dia jahat" tidak semena-mena mata Qays berkaca. Sahih April didatangi mimpi ngeri lagi seperti yangdiceritakan Camellia.

"Aku jijik—"

Terus Qays menarik April ke dalam dakapannya. Ubun-ubun dikucup lembut dan dia mendodoi isterinya itu perlahan-lahan.

"Shhh, dah-dah tidur Belle. Aku minta maaf...aku minta maaf" bisik Qays walaupun April dalam keadaan tidak sedar.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now