B A B 12

11.1K 512 13
                                    










WANITA yang baru berjinak-jinak memakai tudung itu dihampiri. Qays berdiri di depan meja Aralyn. Gadis itu tersenyum manis padanya dan Qays pun membalas senyuman itu meskipun dia rasa canggung.

"Duduk lah dulu Jareed" pelawa Aralyn.

Qays pun menarik kerusi di hadapannya.

"Ada apa nak jumpa dengan I ni Aralyn?" Tanya Qays terus.

Tiba-tiba satu kotak baldu berwarna biru bertulisan Swarovski diletakkan diatas meja lalu ditolak ke arah Qays. Aralyn tersenyum tika itu. Dahi lelaki itu berkerut tidak faham.

"Apa ni?" Soal Qays belum jelas.

"I nak putuskan pertunangan ni dengan cara baik. You bukan untuk I Jareed. Tak sewajarnya I mencintai suami orang" tutur Aralyn tersusun kemas bait bicaranya membuatkan Qays tergamam.

"H-how—"

"I tahu, I nampak semuanya. Walaupun waktu I baru dapat tahu yang you suami orang tu I rasa I dikhianati. I rasa bodoh dan I rasa kecewa teramat sangat. Tapi bila fikir balik baru I sedar yang Allah sedang tunjukkan hikmah di sebalik apa yang berlaku ni. Lebih baik I tahu sekarang daripada I sakit di kemudian hari" Aralyn paksa untuk senyum di hadapan Qays.

"I'm sorry Aralyn. I'm bad" akui Qays sendiri.

"Yes you bad. Kesian April, kenapa you tinggalkan dia dan buat kerja gila bertunang dengan I hm? Apa yang ada dalam kepala otak you masa tu Jareed?" Soal Aralyn serius.

"I-I salah faham, I tuduh dia tanpa bukti sampaikan dia takut dan lari dari I. Jadi, bila dia datang semula I taknak dia pergi lagi. I minta maaf Aralyn. I terlanjur beri you harapan dan sejurus buat you kecewa. Maafkan I"

"It's okay, I boleh maafkan you dengan syarat bahagiakan April. Dia terlalu kecewa sampai menidakkan you sebagai suami dia. Jangan risaukan I, I dah okay" Aralyn menangguk dengan air mata sudah bergenang di tubir mata.

"No, you're not okay Aralyn" saat itu, Qays rasa dia seorang lelaki paling tak berguna sekali atas muka bumi ini.

"I jatuh suka dengan April, dia seorang bakal ibu yang tabah" puji Aralyn.

Qays diam dan mengangguk mengiyakan pujian gadis itu.

"Pasal kita, I dah cerita semuanya pada walid I dan walid pun tak sarankan untuk I terus jadi tunangan you. Tak perlu fikirkan I, teruskanlah misi you tu. Tak lama lagi nak jadi daddy" ada ilaian tawa di hujung bicara itu.

"You pun kena janji dengan I cari bahagia you juga Aralyn. You deserve someone better than me. Maafkan I sebab mainkan perasaan you" Qays memandang kosong kotak cincin di depannya itu.

"Inshaallah. Ish! I okay, sumpah I okay" Aralyn meyakinkan Qays pula bahawa dia tidak apa-apa.

"We still can be friends?" Soal Qays kekok.

"Sure! I dah anggap you macam abang I. No heart feelings at all" ujar Aralyn dan Qays mampu tersenyum lega.
















APRIL mengemas semua pakaiannya dimasukkan ke dalam bagasi. Air mata yang mengalir dibiar tanpa diseka. Dia rasa kali ini lebih baik dia berlari semakin jauh dari semua orang. Dia taknak bagitahu sesiapa lagi dah di mana keberadaannya kali ini.

Tadi saat mahu singgah makan tengah hari di sebuah restoran. Tak sangka lagi sekali April akan bertemu Qays dan Aralyn dalam satu restoran yang sama ingin dia tuju.

"It's okay, I boleh maafkan you dengan syarat bahagiakan April. Dia terlalu kecewa sampai menidakkan you sebagai suami dia. Jangan risaukan I, I dah okay"

"No, you're not okay Aralyn"

Teresak-esak April menangis bila mengingatkan suara serak yang menahan tangis di hadapan seorang lelaki tadi. April taknak jadi asbab kepada perpisahan hubungan mereka.

Aralyn lebih baik. Wanita itu cantik, lembut, manis dan mempunyai aura yang tersendiri.

"Kau nak pergi mana pula ni?" Soal Qays tidak tenteram. Jantungnya sesak melihat perbuatan April yang sedang kalut berkemas.

"Pergi dari sini" jawab April sangat dingin.

"Jangan harap aku nak izinkan" Qays mengeluarkan semula pakaian April.

"Awak tak ada hak nak halang saya Syed Qays Jareed Al-Qadri!" Tempik April kasar dan lantang.

"Aku suami kau. Aku berhak sepenuhnya terhadap kau April Isabelle. Tak payah nak tengking-tengking aku. Tetap aku tak izinkan kau pergi" Qays berkeras.

"Kalau macamtu ceraikan saya! Saya tak tahu awak lupa atau sengaja buat-buat lupa, tapi awak dah janji kan awak nak lepaskan saya lepas awak dapat apa yang awak nak. Ceraikan saya Qays! Ceraikan—"

"April Isabelle!"

Terus terdiam April selepas ditengking lelaki itu. Matanya merah berkaca. Tapi April tak kisah, dia nekad nak keluar dari rumah ni.

"Bodoh! Dah ada tunang baik-baik pergi putus" hamun April diselibungi kemarahan.

Kunci kereta dicapai dan April berjalan keluar dari rumah.

"April Isabelle binti Habsyar!" Panggil Qays dan terus memintas langkah pendek isterinya yang baru melangkah keluar itu. Kunci kereta di tangan diragut kasar dan dibaling entah ke mana.

"Apa masalah awak ni?!" Dada bidang itu ditolak kasar sehingga Qays terundur ke belakang akibat tidak bersedia.

"Kau tu masalah aku! Boleh tak kalau ada apa-apa ajak aku bincang. Apa punya perangai kau ni?"marah Qays.

"Nak bincang apa lagi? Awak tu yang bodoh pergi putuskan pertunangan dengan Aralyn. Awak ajak saya bincang? Malam tu waktu saya nak jelaskan perkara sebenar awak dengar ke? Sebab perangai melulu awak tu lah hidup saya jadi musnah macamni!" Luah April apa yang sedang berbuku di hatinya.

"Aku mengaku salah aku malam tu. Tapi, kenapa kau nak kena buat perangai macamni April? Apa lagi yang tak kena? Tolonglah, aku merayu jangan buat keputusan terburu-buru. Ceraikan kau tu tidak akan berlaku sama sekali. Aku minta maaf, tapi aku tetap pilih kau antara yang lain. Aku tak nak kau pergi. Please..." nada Qays bertukar lembut merayu pada April untuk bertoleransi.

"Kenapa antara saya dengan Aralyn awak pilih saya? Saya kan perempuan yang datang tanpa diduga dalam hidup awak. Awak bodoh sangat Qays" dada suaminya ditumbuk geram. Air mata menjadi peneman.

"Kau isteri aku April Isabelle. Mestilah aku akan pilih kau. Nada lelaki itu kedengaran lirih.

"Tapi saya taknak jadi isteri awak lagi dah Qays. Saya taknak!" Bentak April lagi.

"Cukuplah Belle. Aku dah banyak mengalah dengan kau, aku hormat keputusan kau. Aku pun berharap kau boleh hormat keputusan aku yang satu ni. Aku Syed Qays Jareed Al-Qadri takkan sesekali ceraikan April Isabelle. Kalau nak bercerai pun bercerai mati. Kalini saja Belle, kalini saya aku merayu untuk kau hormat keputusan aku" kedua belah tangan April digenggam dan air mata yang mengalir itu tidak dipedulikan lagi.

"Tengoklah selama mana saya mampu bertahan" Jawab April dengan suara yang sudah berubah serak.














TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now