B A B 4

11.3K 569 17
                                    









APRIL membawa tab nipis di tangan mahu berjumpa dengan Tengku Arman hendak berbincang sedikit tentang lakaran untuk projek terbaru syarikat. Lintas saja di bahagian pantri, April dengar namanya disebut-sebut. Dia berhenti sebentar mahu curi-curi dengar.

"Benda dah lama dah aku tahu. Sebelum ni pun bukan setakat Tengku Arman je, aku pernah juga nampak dia keluar dengan lelaki lain. Sepupu tengku juga tak silap yang nama Hardee tu"

"Agak dah, dia kalau kenal dengan lelaki bukan biasa-biasa. Semua ada lubuk emas. Malam yang diorang pergi dinner itupun aku dengar cerita tengku sendiri yang pergi ambik dia di rumah. Orang cantik macam dia senangla sangkut. Buat salah pun orang buat pejam mata saja"

April ketap bibir bawahnya dan mengenggam kemas iPad air di tangan. Begitu sekali dia dimata orang. Salah April di mana ya? Tak reti tolak ajakan orang ke?

"Oh wow, seronok borak ya?" Tengku Arman yang entah datang dari ceruk mana terus datang menyergah.

"Eh err tengku, ma-maaflah kami borak kosong je" kata salah seorang daripada mereka.

"Both of you, after lunch break in my office. Last warning, kalau nak kerja buat cara nak kerja. Kalau taknak boleh angkat kaki cari tempat kerja lain. Sini bukannya tempat untuk mengumpat mengata pasal orang" kata Tengku Arman serius.

"April, in my office now"

Semua yang ada di situ terkedu. Yang bersalah, sudah pucat wajah mereka. April mengangguk lalu membuntuti langkah bosnya itu masuk ke dalam pejabat.

Selepas consultation bersama Tengku Arman, barulah April berani meluahkan niat di hati yang mahu meletakkan jawatan. Terkejut Tengku Arman dibuatnya.

"Milly tahu tak keputusan you ni April?" Tanya lelaki itu serius. Ye lah, Camellia dah macam badi April. Begitu juga dengan April, semua tentang Camellia dia tahu.

Tapi kali ini, April membuat keputusan demi kebaikan dirinya sendiri. Dia taknak susahkan sesiapa lagi. Inshaallah dengan taraf pendidikan yang dia ada, mungkin ada rezeki lain untuknya

"Saya tak bagitahu dia lagi. Lagipun saya taknak dah stay sini. Kalau boleh saya nak lari jauh sikit. Saya takut kalau—"

"You takut kalau Jareed cari you?" Selar Tengku Arman.

April mengangguk laju. Dengar lelaki itu mengeluh berat.

"I tak sanggup lepaskan you dari syarikat I, kalau I transfer you ke anak syarikat yang lain boleh?" Tengku Arman cuba berunding.

April antara staf yang sangat menyerlah. Tak pernah lagi hasil kerja wanita itu ditolak. Semuanya terlalu brilliant.

"Kalau saya transfer agak-agak dia boleh jumpa saya tak?" Tanya April risau.

"Dekat Ipoh. Kalau you nak, I akan adjust dengan team sana. I'll make sure that he can't find you. Boleh dikatakan I akan sorok you la. Tanya la tunang I tu dulu, dia izinkan you pergi atau tak. Korang berdua kan  asyik melekat je"

April senyum kekok. Amboi bos dia ni tengah perli dia kah? Tapi nampak macam menarik tawaran lelaki itu.

"Boleh tengku. Saya setuju. Pasal Milly nanti pandai-pandai la saya pujuk tunang tengku tu. Kalau boleh erm...as soon as possible? Saya nampak terdesak tak sekarang?"

Tengku Arman mengangguk sekali dengan senyuman sengetnya.

"Agak lah, tapi nak buat macam mana, kalau ini pilihan you I akan cuba cari solution. I nak tanya you tentang Jareed..."












Kau Lupa Janji [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora