B A B 14

11.3K 545 13
                                    







BMW M8 berwarna putih itu parkir di dalam kawasan rmah dua tingkat yang tidak asing lagi bagi April. Lengan Qays dipaut menyuruh lelaki itu menoleh memandang dia. April menggeleng.

Qays tersenyum nipis. Dia memegang kedua bahu April memberi wanita itu keyakinan. Dahi April dikucup lembut. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Masuklah, aku kan ada. Kalau walid dengan umi marah kau, aku marah diorang balik. Boleh ke?" April menggeleng manja.

Eee! Di hujung-hujung kehamilan ini, April semakin clingy.

"Awak takkan faham, keluarga saya dah lain" ujar April sebak.

"Tak ada yang lainnya Belle, diorang tetap darah daging kau. Bersyukurlah masih ada orang tua. Kalau macam aku? Aku tak ada sesiapa lagi dah" makin sebak April dibuatnya bila Qays cakap begitu.

"Kita turun ya? Aku ada, janganlah risau" pujuk Qays.

Qays turun terlebih dahulu pergi membuka pintu di sebelah penumpang pula. Dia memimpin si isteri masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," Qays memberi salam.

"Waalaikumsalam,"

Saat April tidak lagi bersembunyi di belakang Qays, semua mata tertumpu kepada pasangan suami isteri itu. Qays hanya tersenyum dan April nampak sedih.

"Qays, adik!" Sambut Akhtar yang teruja melihat kedatangan satu-satunya adik perempuan yang dia ada ke rumah ini.

"Duduklah dulu adik, berdiri lama-lama nanti sakit kaki. Umi ada dekat dapur tengah masak. Dia masak banyak tau, semua lauk favourite adik" cerita Akhtar.

April pamer senyuman canggung. Umi sediakan lauk kegemaran dia? Kenapa? Bukankah sebelum ini kehadiran dia ke rumah ini sangatlah tidak dialu-alukan.

"Adik..." seru satu suara yang amat April kenali.

Puan Ilani datang ke ruang tamu lantas memeluk April lama. Belakang tubuh April diusap. Teresak-esak Puan Ilani menangis.

"Maafkan umi, umi kejam dengan anak umi. Umi tuduh adik sampaikan adik berjauh hati. Maafkan umi sayang" kedua belah tangan April disentuh merayu meminta dimaafkan.

"Bukan salah umi, bukan salah sesiapa pun dalam rumah ni. Adik pun teraniaya dan adik minta maaf juga kalau ada perbuatan adik yang menyinggung hati umi dan walid" ujar April sebak.

"Maafkan walid sebab cipta jurang dengan anak kandung walid sendiri. Walid menyesal, walid rindukan anak walid sendiri. Walid salah" Encik Habsyar pula meminta maaf.

"Adik tak ambil hati sikit pun dengan walid dan umi. Selama ni adik cuma sedih dengan apa yang terjadi. Adik rindu semua" April menyalam tangan uminya kemudian tangan Encik Habsyar pula yang disalam.

"Adik mengandung dah berapa bulan?" Tanya Akhtar. Teruja sekali dia memandangkan tidak lama lagi dia akan menimang anak buah. Mesti comel macam dia. Eheh. Perasan kau Akhtar.

"Tujuh bulan 10 hari" jawab April sambil tersenyum.

"Wah, tak lama dah la abang akan dapat anak buah. Dah tahu jantina dah ke?" Tanya Akhtar teruja.

"Lelaki" jawab Qays menyampuk.

"Uuuuu! Handsome boy is coming soon!" April tergelak kecil. Qays hanya tersenyum. Alhamdulillah, seronok melihat sinar kegembiraan yang terpancar di wajah isterinya itu.
















PADA hari minggu, Qays bersiap santai sahaja. T shirt putih kosong bersama seluar trek Adidas. Telefon dan dompet diambil sebelum dia keluar. April yang baru siap mandi itu pelik dengan tingkah suaminya. Bukankah harini hari minggu?

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now