° SPECIAL CHAPTER 1 °

Start from the beginning
                                    

SEKARANG mereka sudah hampir tiba ke Malaysia, ianya mengambil masa 1 jam sahaja lagi.

kedudukan Meesya sudah berubah, membaring di atas tempat duduk yang sudah dijatuhkan oleh Ariff tadi kerana Meesya mengadu sakit pinggang.

"hm, abang"

Meesya menepuk lengan Ariff.

"abang!"

Ariff terus tersedar, terkejut dengan jeritan isterinya.

"ye baby? kenapa? nak beranak ke?" tanya Ariff. hilang terus rasa mengantuk.

"sakitlah, tak nak beranak lagi" adu Meesya.

"dekat mana? bahagian bawah?"

Meesya mengangguk.

"kejap baby, abang panggil Bella"

Ariff berdiri, dia mula mencari kelibat Bella di seat belakang.

"Bella! Bella! isteri aku nak beranak!" jerit Ariff.

"WHAT?! DALAM NI?!" jeritan Bella lagi kuat.

Bella terus bangun dan berlari ke arah Meesya. tuan Addy dan puan Kylie mula tersedar daripada lena mereka.

"belum lagilah, sakit je" kata Meesya.

"biar akak tengok dulu... Ariff" Bella memandang Ariff.

Ariff mengangguk kerana faham dan meninggalkan Meesya dengan Bella. dia mendekati tuan Addy dan puan Kylie.

"kenapa? nak bersalin ke?" tanya puan Kylie.

wajah puan Kylie mula bertukar risau, mereka masih berada di atas langit bukan di darat.

"tak tahu lagi, mama. kita tunggu Bella dulu"

puan Kylie memukul lengan tuan Addy, lembut sahaja.

"abanglah ni, tak pasal-pasal tempat lahir cucu saya dalam kapal terbang" kata puan Kylie.

Ariff ketawa kecil.

"bukan salah abang, darling. takdir cucu kita, dia nak merasa naik kapal terbang" ujar tuan Addy.

lengan tuan Addy sekali lagi menjadi tempat pukulan puan Kylie.

"mama jangan risau, kalau betul dia nak bersalin, Ariff dengan Bella ada" kata Ariff.

Bella datang ke arah Ariff dengan wajah yang agak risau.

"aku rasa Meesya terpaksa bersalin dalam ni, bukaan dia yang terbuka banyak" kata Bella.

"tarikh dia sepatutnya lagi seminggu, tapi baby kau ni tak sabar betul nak keluar" sambung Bella.

Bella mula menutup kawasan yang akan digunakan, mujurlah dia bawa alat-alat sebelum ke Sepanyol.

puan Kylie sudah mula resah, dia mundar mandir di laluan tengah.

"darling, it's okay, anak kita akan okey, cucu kita pun" tuan Addy menarik lembut tangan puan Kylie ke arah kerusi.

"saya risau jugak, harap-harap semuanya okey"

di sebabkan keadaan yang agak bising, Han turut terjaga, dia melangkah ke arah tuan Addy dan puan Kylie.

"kenapa ni, tuan?" tanya Han yang masih agak mamai.

"Meesya nak bersalin"

"uh" kepala Han terangguk-angguk menandakan dia faham.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now