AWISHMICA • 23

34.6K 1.4K 195
                                    

TERGESA-GESA Rey mendekati Ariff yang ralit bercakap dengan pengacara majlis, dia mencuit bahu Ariff dan Ariff memusingkan badannya. Riak wajah Ariff dingin apabila seseorang mengganggunya.

"Your pau..." kata Rey sepatah.

Ariff memandang Rey yang berkucup-kucup mencari nafas, dia memandang pengacara itu semula.

"Give me 5 minutes" kata Ariff lalu Ariff berjalan menjauhi orang ramai. Sampai di tempat yang sunyi, Ariff terus bertanya.

"Kenapa dengan bini aku?"

"Puan Meesya pengsan, Michael dah bawa pergi hospital," bisik Rey.

"Damn! Macam mana boleh pengsan?" Ariff tidak menunggu Rey menjawab soalannya, dia bergegas bergerak ke meja VIP.

"I have to go now," kata Ariff.

VIP di situ memukul meja dengan kuat. Kenapa saat penting macam ni Ariff nak kena pergi?

"What happened to you?"

"You want to go? Why now?"

Ariff memandang tajam wajah-wajah yang bertanya kepadanya. Langkahnya laju meninggalkan meja VIP itu.

"Joven maestro! La ceremonia aún no ha terminado! (Tuan muda! Majlis belum tamat!)" laung pengacara yang bercakap dengan Ariff tadi.

"It is important!"

Ariff mendengus kasar, dia memusingkan badannya.

"Isteri aku lagi pentinglah, sial!" tengking Ariff, dia kembali berlari keluar daripada dewan itu bersama Rey.

Ariff tidak kisah jika orang nak anggap dia sombong atau pentingkan diri, isterinya lagi penting daripada segalanya. Ariff memang sengaja melaung dalam bahasa melayu kerana di dalam dewan itu hanya ada orang yang berbangsa Sepanyol sahaja.

Rey membukakan pintu untuk Ariff dan dia berlari ke tempat memandu selepas Ariff menutup pintu.

"Cepat! Biarkan je kalau ada orang ikut!" arah Ariff.

Rey mengangguk dan dia kereta itu dibawa dengan laju. Ariff mencapai telefon bimbitnya dan nombor Michael dipanggil.

"Angkatlah, bingai!"

Panggilan itu tersambung selepas Ariff berkata.

"Bini aku?" tanya Ariff.

'Dalam emergency room, hospital tentera'

"Pangkalan tentera, cepat!"

Ariff menamatkan panggilan. Naik turun dadanya kerana risaukan keadaan Meesya, kalau dia tahu dia tidak akan pergi ke majlis itu walaupun imejnya akan tercemar.

Patutlah Ariff terasa tidak senang hati.

Ariff memejamkan matanya untuk menenangkan dirinya. Lama juga Ariff berada di dalam dunianya sendiri sehinggalah suara Rey mengejutkan dirinya.

"Dah sampai."

Pintu kereta ditolak dan Ariff keluar daripada kereta lalu terus berlari ke arah hospital tentera yang dimana isterinya di bawa ke situ.

Sepanjang dia berlari, ada beberapa pegawai yang menunduk hormat melihat tuan mudanya dan ada juga yang hairan melihat Ariff berlari ke arah hospital.

Pintu kaca hospital ditolak dan Ariff kembali berlari ke arah emergency room. Ada beberapa jururawat dan doktor melihat hairan ke arah Ariff, namun dia hanya biarkan sahaja. Sampai sahaja di situ dia menunduk mencari nafas.

HIS BABYPAU ©️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora