AWISHMICA• 22

34.2K 1.3K 181
                                    

JAM TELAH menunjukkan jam sekarang baru sahaja pukul 5 pagi tetapi dia telah terkejut. Merenung siling di atas, pening kepalanya memikirkan rancangan nanti. Patutkah Ariff tinggalkan Meesya atau bawa dia sekali?

Walaupun tentera khas yang akan menjaga isterinya nanti dia tetap risau. Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti.

"Erm..."

Ariff menunduk ke bawah memandang Meesya yang bergerak membaiki kedudukannya dan setelah itu Meesya kembali memeluk tubuh suaminya.

"Aku takut, mi amor." rambut Meesya diusap perlahan.

Tangan Meesya menolak tubuh Ariff tetapi bukan badan Ariff yang bergerak malah badannya yang bergerak ke belakang. Tangan Meesya naik pula mengenyeh mata.

"Hey, jangan." tangan Ariff menangkap tangan Meesya.

"Awak dah bangun?" serak basah suara Meesya bertanya.

"Hm, kenapa ni? Kau tak pernah bangun waktu ni," Ariff menarik semula badan Meesya.

"Tak tahu, nak awak." Meesya naik ke atas badan Ariff.

Ariff membiarkan sahaja. tubuh isterinya dipegang. Isterinya sudah menyembamkan wajahnya pada lehernya.

"Kau nak goda aku ke, hm?" tanya Ariff, kedua-dua bahu Meesya diangkat.

Meesya merenung wajah Ariff. Bibirnya mula mencebik, dia baru je nak gigit leher Ariff tadi tetapi suaminya laju mengangkat tubuhnya.

"Nak..." Meesya merengek, air mata palsunya dikeluarkan.

"Ye aku dekat sini je, jangan nangis." pujuk Ariff.

Meesya menyembamkan kepalanya di atas dada Ariff, wajahnya ditenyeh-tenyeh dan tangan Ariff dicapai.

"Nak buat apa ni, mi amor?" Ariff hanya memandang Meesya yang merapatkan jarinya pada mulutnya.

Meesya tersengih lebar dan jari telunjuk suaminya digigit.

"Kau lapar sangat ke sampai jari aku nak gigit?" tanya Ariff dengan senyuman sinis, tangannya yang satu lagi mencubit pipi bulat Meesya dan saat itu jugalah Meesya menguatkan gigitannya.

"Meesya Amanda, aku tak ajar buat suami sakit." ujar Ariff, jari yang digigit berusaha ditarik.

Meesya melepaskan jari suaminya yang digigit tadi, habis merah sehingga nampak bekas gigitannya, dia memusingkan badannya dan baring disebelah suaminya lalu selimut ditarik sehingga menutupi semuanya.

"Mi amor, kenapa buat perangai pelik-pelik pagi ni, hm?" Ariff menarik selimut itu hingga wajah isterinya dilihat.

"Saya nak awak je, saya nak gigit awak." minta Meesya, bibirnya mencebik dan matanya juga telah berair.

"Aku izinkan tapi jangan gigit kuat sangat, nak jari aku putus ke?" Ariff mengusap bawah mata isterinya. Nanti jatuhlah air mata budak tu.

"Tak nak, tapi tadi awak marah... Huwaaa!!" ucap Meesya, air matanya mengalir dan dia menangis kuat.

Dahi Ariff berkerut, dia marah ke tadi? Tubuh isterinya dibawa ke dalam pelukan. Ubun-ubun isterinya dikucup.

"Aku tak marah, babypau, janganlah macam ni. Berhenti menangis," Ariff mencari wajah isterinya yang berada di dalam pelukan.

"Awak tak marah? Saya gigit awak kuat pun awak tak marah?" tanya Meesya polos.

Ariff ketawa kecil, pipi Meesya yang dibasahi air mata serta matanya yang bulat itu sangat comel. Jangan sampai dia yang gigit Meesya kang!

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now