AWISHMICA • 48

23.2K 1.1K 148
                                    

TANGAN MEESYA naik menekup mulutnya, terkejut dia memandang tuan Addy dan Ariff masuk serentak ke dalam mansion tuan Addy dengan baju yang berlumuran darah.

Sudah seminggu mereka Sepanyol dan seminggu itu jugalah perangai tuan Addy dan Ariff semakin pelik. Kalau pulang, baju itu sentiasa berdarah tetapi kali ini terlalu banyak.

"A-Abang, papa, kenapa ni?" tanya Meesya, dia baru sahaja turun daripada bilik, bila turun dapat pandangan seperti ini.

Meesya mendekati Ariff, tuduh suaminya dibelek-belek.

"I'm okay, baby. Papa pun tak cedera. Ini darah orang lain," jawab Ariff tenang.

"D-Darah siapa?" tanya Meesya.

"Your adoptive mother," jawab tuan Addy.

Bulat mata Meesya tetapi hanya sekejap lalu dia berkerut dahi.

"Dia dekat Malaysia kan?" tanya Meesya.

"Papa tak nak tunggu lama jadi bawaklah dia sini terus," terang tuan Addy.

Puas hatinya bila teringat dia menikam tubuh Datin Sarah bertubi-tubi, tidak cukup dengan itu tubuh Datin Sarah yang masih nyawa-nyawa ikan direndam ke dalam air panas yang menidih di kuali besar.

Meesya hanya senyap, dia tidak berani ingin bertanya lebih.

"Papa naik dulu," kata tuan Addy dan melangkah pergi.

"Jom, baby." Ariff menarik tangan Meesya menuju ke arah tangga, dia ingin memeluk tubuh Meesya tetapi isterinya terus menolak tubuhnya. Mungkin sebab bau hanyir darah di bajunya.

"Mana anak kita, baby?" tanya Ariff.

"Aisy dengan Aid bawa pergi jalan-jalan tadi." Meesya menolak-nolak tangan suaminya yang ingin memeluk pinggangnya.

Ariff melepaskan tangan Meesya lepas mereka sampai di bilik, bajunya ditanggalkan dan dicampak ke lantai. Apabila Meesya ingin mencapai baju itu Ariff menghalang.

"Abang nak buang baju tu, biar je." kata Ariff.

Meesya mengangguk faham, dia duduk di birai katil sambil merenung Ariff. Bukan wajah suaminya tetapi tubuh suaminya yang terdedah.

"Ehem! Tenung je tak puas, baby. Jom mandi dengan abang," Ariff menarik lagi tangan Meesya.

"Abang! Mana boleh, Mica tengah period lah." Meesya menarik balik tangannya.

Ariff memasang riak muka tidak puas hati dengan isterinya.

"Kalau mandi sekali tak boleh, tengok abang mandi je." Ariff tetap dengan pendiriannya.

Tubuh Meesya didukung dan dibawa ke bilik air, meronta-ronta isterinya ingin turun.

"Duduk diam-diamlah, Amanda." tegas suara Ariff.

Meesya tetap menolak-nolak tubuh Ariff sehingga Ariff tidak dapat menampung dirinya lalu dia terus berlari keluar daripada bilik selepas dia mencubit perut terdedah Ariff.

Miang sangat kan dah kena.

"Kau buat aku marah, Mikayla." Ariff membiarkan sahaja isterinya, dia masuk ke dalam bilik mandi.

Manakala Meesya dan mencari-cari nafasnya diluar pintu bilik, dia memegang dadanya yang berdenyut kuat, dia tahu Ariff pasti akan memarahinya nanti.

Meesya melangkah turun ke bawah, lebih baik dia melarikan diri daripada Ariff dahulu.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now