AWISHMICA • 44

26.4K 1.1K 95
                                    

PUAN DILLA bergegas ke hospital selepas mendapat berita tentang menantunya daripada Mak Jah. Tidak hilang senyumannya apabila mengetahui cucunya ialah sepasang kembar.

Namun disebalik berita gembira itu, masih ada lagi berita buruk yang membuatkan mereka semua bersedih.

Ariff mengangkat tubuh lemah anaknya, pucat lesu anaknya sekarang dan tubuh anaknya juga sangat sejuk. Tidak dapat dia menahan air mata daripada mengalir melihat anaknya.

"Tunggu walid dekat syurga ye, little baby." ucap Ariff dan dahi anaknya dikucup lembut.

"Ariff, bawak bersabar, nanti mummy pun sedih." puan Dilla mengusap bahu anak sulungnya.

Anaknya diletakkan semula di atas katil bayi, anak ketiga Ariff.

"Ariff tak sempat nak selamatkan dia, mummy." ucap Ariff sayu, dia terlalu risaukan Meesya sehingga mengabaikan kata-kata Bella tadi. Walaupun sudah dikeluarkan, anaknya sudah pun tidak bernyawa.

"Ariff, anak kau yang lain dah dihantar ke wad Meesya." kata Bella.

"Hm.."

Mereka keluar daripada bilik, bayi itu nanti akan diuruskan kemudian selepas Meesya sedar daripada pengsan. Pintu wad Meesya dibuka, isterinya masih lagi tidak sedarkan diri daripada tadi. Ariff sudah pun melaungkan azan kepada anak kembar tiganya di bilik bersalin.

Dua katil bayi berada di sebelah katil Meesya, anak-anak Ariff masih lagi tertidur di dalam katil bayi.

"Anak walid..." pipi anaknya disuap lembut, pipi anaknya sama seperti isterinya.

Pipi tembam.

"A-Abang.."

Ariff mengangkat kepalanya, dia terus merapati isterinya yang masih lagi mencuba untuk membuka mata.

"Babypau, baby dah sedar. Boleh dengar abang?" Ariff tersenyum tipis.

Meesya memandang wajah suaminya, wajah suaminya nampak begitu sembap sekali. Puan Dilla dan Mak Jah turut berada di situ.

Puan Dilla dan Mak Jah tersenyum nipis, sudah lama mereka menunggu untuk Meesya sedarkan diri.

"Abang, anak kita?" tanya Meesya.

Ariff menahan bahu isterinya yang ingin bangun daripada baringan, Ariff menekan butang disebelah katil dan katil itu perlahan-lahan terangkat sedikit.

"Ini anak kita." Ariff menarik katil bayi.

"Kembar?" tanya Meesya.

"Ye, baby. anak kita kembar, lelaki." Ariff mengangkat anaknya dan dibawa ke arah Meesya.

"Alhamdulillah..." Meesya tersenyum lebar memandang anaknya di atas riba, wajah anaknya yang satu ini banyak mengikut Ariff.

"Assalamualaikum, anak mama..." pipi anak lelakinya diusap lembut.

Comel.

Mata anaknya terus terbuka luas mendengar suara Meesya, terpaku Meesya memandang anak mata anaknya, sama seperti mata Ariff namun anak lebih kecoklatan.

"Abang, dia tengok abang." kata Meesya.

Puan Dilla dan Mak Jah ketawa kecil. Tangan kecil itu mencapai pada wajah mamanya, bibirnya mula mencebik dan menangis.

"Anak mama kenapa menangis?" cemas Meesya memandang anaknya, tangannya tidak berhenti menepuk-nepuk pinggang anaknya.

Ariff mengambil anaknya daripada riba isterinya, terus diam bayi itu di dalam dukungan Ariff.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now