AWISHMICA • 34

30.5K 1.1K 170
                                    

BIBIR mencebik daripada tadi tidak terhenti, mata bulat itu semakin lama semakin basah sehingga air mata mengalir keluar membasahi pipi bulatnya.

"Abang... Bangunlah!" suruh Meesya.

Bahu suaminya ditolak-tolak, suaminya langsung tidak tersedar daripada tadi lagi. Penat tangan Meesya menggoyang baju lelaki itu.

"Hiks... Abanggg... Hiks hiks," semakin kuat dia meraung.

"Abanggg! Abang..."

"Babypau?" suara serak basah suaminya kedengaran namun tangisan Meesya masih sama, tidak berhenti. Terhinyut bahu akibat menangis kuat sangat.

"Kenapa menangis, mi amor?" Ariff menarik rapat tubuh isterinya dan dipeluk erat.

"Shhh... Don't crying, baby Meesya." pujuk Ariff.

"Nak sendol, nak..." kata Meesya.

"Cendol, baby." kata Ariff membaiki sebutan Meesya.

Ariff menggosok lengan isterinya, tangannya mencapai telefon yang berada di atas meja sebelah katil hospital.

"Mi amor, baru pukul 5 pagi," telefon diletakkan semula di atas meja oleh Ariff.

"Nak sendol, abanggg... Nak sendol!"

"Abang pergi cari, baby jangan menangis, hm" pujuk Ariff, air mata Meesya disapu.

"Tak boleh, nanti abang jauh." tangan kecil Meesya menggenggam erat baju yang dipakai oleh Ariff.

Ariff mengusap pipi Meesya dan pipi isterinya dikucup lembut.

"Macam mana abang nak cari kalau baby tak nak lepas, hm?" tanya Ariff.

"Tak boleh juga... Huwaa!" larang Meesya.

"Okey, okey, Stop cry."

Meesya menggeselkan wajahnya pada dada Ariff lalu dia memandang semula wajah suaminya.

"Nak sendol," minta Meesya sekali lagi.

"Ye, tunggu kejap, okey?" Ariff mencapai semula telefon dan menelefon seseorang yang dapat membantunya pada masa sekarang.

"Kau dekat mana?" tanya Ariff.

"Cari cendol untuk aku."

Meesya hanya diam memandang wajah Ariff yang sedang bercakap dengan seseorang itu. Rasa bersalah memandang wajah suaminya.

Suaminya sudah menamatkan panggilan, mereka bertembung mata.

"Why, babypau?" Ariff mengeluarkan suara.

"Abang tak payah carilah, kesian abang." jawab Meesya.

Ariff tersenyum tipis, telefon diletakkan sahaja di atas katil.

"Abang tak susah pun, anak abang jugak yang nak... Baby tunggu kejap nanti Aisy hantar cendol."

Mujurlah ada si kembar yang suka melepak waktu-waktu macam ni, enjoy sangat life single itu. Jumpa atau, tidak nasib si kembar itulah.

"Kesianlah Aisy, abang suruhlah dia beli pagi esok," kata Meesya.

"Betul boleh tahan sampai pagi esok?" tanya Ariff, Meesya kalau mengidam, dia memang akan betul-betul mahukannya.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now