AWISHMMICA • END

32.7K 1.4K 260
                                    

MEESYA memperlahankan langkahnya bila ramai orang yang memandang dirinya. Ada yang tidak betul ke dengan dirinya?

"Aku pakai tudung senget ke?"

"Atau baju terbalik?" tanya Meesya sendiri.

Kepala menunduk melihat ke bawah, sweatshirt dan seluar bootcut yang dia pakai elok sahaja. Tudung bawalnya juga terbentuk elok.

"Budak comel!"

Meesya terhenti melangkah dan memusingkan badannya ke belakang, seorang gadis melangkah ke arahnya dengan santai, tangan dimasukkan ke dalam jubah doktornya.

"Hai, kak Bella!" Meesya tersenyum segaris.

"Buat apa dekat sini? Awak ada baby checkup ke?" tanya Bella. Rasanya baru je semalam Ariff dan Meesya datang ke sini untuk baby checkup.

Bella orang pertama tahu yang Meesya mengandung, dia juga yang buat pemeriksaan lanjut ke atas kandungan Meesya.

"Tak lah, Meesya nak jumpa abang Ariff." kata Meesya.

"Dia ada je dalam bilik tu, jom akak teman." Bella memulakan langkah.

Meesya terus mengikuti langkah Bella, tersenyum lebar Meesya bila bilik Ariff dah semakin dekat. Kakinya dah gatal ingin berlari.

Pintu bilik diketuk oleh Bella, selepas suara Ariff memberi kebenaran barulah Bella membuka pintu itu dengan luas.

"Masuklah" Bella memberi laluan kepada Meesya untuk masuk dahulu.

"Thank you, akak cantik!"

Dengan perasaan yang tidak sabar, Meesya terus berlari ke arah Ariff yang berada di meja kerjanya.

"Abang!" Meesya melompat atas tubuh Ariff lalu terus memeluk Ariff dengan erat.

"Baby? What're you doing here, hm?" pinggang Meesya dirangkul oleh Ariff, agak terkejut Ariff dengan pelukan Meesya.

Ariff melihat ke arah pintu, Bella tersenyum-senyum sebelum dia menutup pintu itu kembali.

Wajah Meesya diangkat, berseri-seri wajah isterinya hari ini. pasti mahu sesuatu.

"Mica rindu abang," ucap Meesya. tangannya memeluk leher Ariff.

"Abang pun rindu, meh nak cium sikit." dahi dan kedua-dua pipi Meesya dicium.

Meesya memuncungkan bibirnya. bila Ariff hanya diam, Meesya menarik semula.

"Ala sini pun nak juga," kata Meesya, bibirnya dimuncungkan sekali lagi.

"Nak apa?" tanya Ariff, bukannya dia tidak faham apa yang Meesya mahu. Ariff memang suka mengusik.

Meesya mula mencebik dan memeluk dirinya.

"Cepat, baby buat." kata Ariff, dia menunduk sedikit wajahnya. perangai mengandung dah semakin terjadi-jadi tetapi kandungan Meesya masih belum terbongkar.

Tangan kecil Meesya memukul dada Ariff dengan perlahan dan memeluk leher Ariff semula.

"Nak tak?" tanya Ariff.

Dengan gerakan yang pantas, Meesya mengucup bibir Ariff dan menyembamkan wajahnya di dada Ariff.

"Malu-malu pula dia" Ariff ketawa kecil.

Tubuh Meesya diangkat ke atas meja dengan mudah oleh Ariff. tubuh Meesya dikunci.

"Ada muntah tak hari ni?" tanya Ariff.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now