AWISHMICA • 29

28.8K 1.2K 131
                                    

LANGKAH HAN laju ke arah bilik fail, tangannya laju membelek fail yang tersusun di rak. Usai menjumpai fail yang Ariff minta, dia kembali berlari ke luar.

Han memandang seorang perempuan yang memang dia kenali, langkahnya berhenti ingin mendekati perempuan itu.

"Ain?" Han lihat pula seorang perempuan yang agak pendek keluar daripada lif.

"Eh! Puan datang dengan siapa ni?" tanya Han.

Berkerut dahi Han. Ini AR Integrity Enterprise, syarikat Tan Sri Atiqq yang telah diserahkan kepada Aid dan Aisy. Macam mana Meesya tiba-tiba boleh berada di sini?

"Dengan kak Ain, kak Sofia drive... Mana abang Ariff?" tanya Meesya.

"Dekat dalam tapi puan tak boleh jumpa dia sekarang," larang Han.

"Kenapa pula?"

"Tuan, dia..." Han menggaru belakang kepalanya. Tengah memikirkan sebab-sebab yang sesuai.

Meesya berjalan melepasi Han. nak tunggu Han menjawab, satu tahun belum tentu dia jawab.

"Puan!" kuat Han memanggil Meesya sehingga pekerja yang lain mula memandang mereka.

Han berlari sedikit dan menghalang langkah Meesya. Anak mata Meesya sudah tajam menikam wajah Han.

"Saya minta maaf, puan. Tapi... Tuan tengah mengamuk-"

"TENGKU HAN UQAISY!"

Terangkat bahu Meesya, bergema suara yang menyebut nama Han. Han sudah menelan air liur perit mendengar namanya disebut.

Itu suara Ariff.

Han berlari meninggalkan Meesya dan Ain di situ, berkelip-kelip mata Meesya memandang Han.

"Kenapa?" Meesya mengikuti langkah Han, nama yang terletak di pintu bilik itu dibaca.

"Bilik mesyuarat,"

Meesya sudah pernah datang ke sini. Pekerja-pekerja yang berada di situ dipandang dengan senyuman.

"Er... Puan," seorang pekerja perempuan mendekati Meesya dan Ain.

"Saya rasa saya patut bagitahu puan, tuan Ariff tengah mengamuk sekarang... Semua pekerja dia kena marah teruk," kata pekerja itu.

Meesya terkejut sedikit. Ariff mengamuk? Dia tidak pernah tengok Ariff seperti ini. Pintu bilik mesyuarat itu dipandang sekilas. Patut ke dia masuk?

"Boleh saya masuk?" tanya Meesya.

Pekerja perempuan itu nampak seperti sedang berfikir.

"Boleh, biar saya yang masuk dulu."

Meesya mengikuti langkah perempuan itu. Sampai didepan pintu dia memandang wajah Ain, seram pula nak masuk.

KLIK!

"Aku dah cakap jangan masuk kan!"

Sekali lagi bahu Meesya terhinyut, terkejut dengan jerkahan suaminya, dia belum masuk pun lagi.

"M-Maaf, tuan Ariff."

Perempuan itu memandangkan Meesya. Mereka bertembung mata, Meesya faham apa maksud perempuan itu, dengan lafaz bismillah Meesya melangkah masuk ke dalam.

"KELUAR! AKU T-" Ariff terdiam. Fail yang dia angkat tinggi dijatuhkan perlahan-lahan, dia hampir sahaja memukul isterinya.

"Mi amor..."

HIS BABYPAU ©️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum