AWISHMICA • 30

33.9K 1.2K 195
                                    

KERETA MEREKA meluncur laju di atas jalan raya itu, jalan raya kelihatan tidak berapa sesak, kenderaan pun tidak banyak seperti yang dijangkakan. Ariff memaling ke tepi, dia memperlahankan sedikit kereta apabila perasan yang wajah isterinya berkerut.

"Baby? Okey tak ni?" tanya Ariff, tangan isterinya digenggam erat.

"Sakit sikit, lenguh." Meesya mengusap perutnya.

Ariff memberikan signal dan memberhentikan keretanya ke tepi. Tanpa membuang masa pintu kereta dibuka dan dia terus keluar daripada kereta.

"Meesya sakit macam mana?" tanya puan Dilla. Tangan Meesya yang digenggam Ariff tadi dipegang oleh puan Dilla pula.

Puan Dilla berpaling ke arah Mak Jah yang sudah tertidur dari tadi, itu pun puan dilla yang suruh kerana Mak jah pening kepala. Biasalah orang mabuk kereta.

"Sakit, tak tahu..."

Pintu kereta sebelah Meesya dibuka. Ariff membongkok sedikit, tangannya mengusap perut Meesya. seat yang diduduki isterinya dijatuhkan sedikit.

"Little baby, don't hurt mama please..."

"Kenapa ni?"

Ariff memaling ke belakang, dia memberikan ruang sedikit untuk Bella melihat isterinya. Ariff mengintai ke belakang kereta, semua turut memberhentikan kenderaan.

"Dia sakit, tolong tengokkan."

Ariff beranjak ke belakang, dia hanya memandang Bella yang sedang menjalankan tugasnya, dia memang sengaja mengajak Bella untuk mengikut balik ke Terengganu. takut perkara seperti ini berlaku.

Ariff memandang Hariz dan Han yang melangkah ke keretanya. Semestinya wajah mereka bertanya-tanya.

"Kenapa?" tanya Hariz.

"Meesya sakit."

"Dah nak maghrib ni, jangan lama sangat dekat sini, bahaya untuk kandungan Meesya." kata Hariz.

Ariff hanya memandang isterinya, kata-kata daripada Hariz mungkin masuk telinga kanan dan keluar semula ke telinga kiri, dia sudah masuk ke dalam dunianya sendiri.

"Ariff... Meesya tak apa-apa, kandungan dia lemah lagi... Ada masa dia akan rasa sakit sikit," terang Bella.

"Hah?" Ariff tersedar daripada lamunan. Wajah Bella dipandang dengan riak blur.

"Meesya dengan baby kau okey... kandungan dia masih lemah, ada masa dia akan rasa sakit." ulang Bella sekali lagi.

Ariff mendapat isterinya, wajah isterinya diusap lembut dan tangannya yang satu lagi mengusap perut Meesya.

"Dia okey" kata Bella, dia melangkah melepasi abangnya dan Han.

Hariz dan Han turut melangkah ke kereta masing-masing. Hari dah semakin gelap, tambah lagi ini kawasan hutan.

Ariff menutup pintu dan berlari ke arah pintu memandu. Pintu kereta ditutup selepas dia masuk ke dalam kereta.

"Mi amor selesa tak ni?" tanya Ariff, sekali lagi wajah Meesya diusap.

Meesya sekadar mengangguk. Tangannya meraba-raba ke tepi, tangan Ariff diambil dan dipeluk.

"Ariff, pasang mengaji... Lepas tu turunkan lagi seat Meesya, senang mummy nak tengok," arah puan Dilla.

Ariff buat apa yang disuruh oleh puan Dilla. Selepas dia memasang Surah Luqman, tempat duduk Meesya diturunkan lagi.

Meesya hanya dapat menggenggam jari suaminya kerana tempat duduknya sudah dijadikan seperti katil. Selepas memastikan Meesya selesa, Ariff mula memandu.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now