AWISHMICA • 33

29K 1.2K 118
                                    

BUK!

"A-Abang..."

Membulat mata Meesya memandang tubuh yang sudah jatuh terbaring di atas lantai. Lantai yang berwarna hitam itu sudah bertukar menjadi warna merah pekat dan bau hanyir daripada darah itu membuatkan dirinya lemah, perlahan-lahan kelopak mata terpejam dan tidak sedarkan diri.

"Meesya?" panggil puan Dilla.

"Meesya!"

"Bawa Meesya keluar," arah Ariff.

Bella dan puan Dilla memapah tubuh Meesya keluar daripada bilik itu. Askar perempuan yang lain turut membantu puan Dilla dan Bella untuk mengeluarkan Meesya daripada situ.

"Ambulans dah tiba, bawa dia pergi hospital dulu," kata kapten Izz.

Tubuh Meesya bawa ke arah ambulans yang sudah tiba bersama tentera askar tadi lalu tubuh Meesya dibaringkan.

"Cik Bella," panggil Izz apabila memandang Bella yang ingin menyentuh Meesya.

"Jangan sentuh pesakit, kami takut jangkitan kuman." kata seorang pemandu ambulans itu.

"I doktor dia" kata Bella.

Terdiam kapten Izz dan pemandu ambulans itu, mereka hanya membiarkan sahaja Bella.

Bella memegang tangan Meesya dan jarinya diletakkan di pergelangan tangan Meesya.

"Nadi dia lemah,"

"Cepat pergi hospital! Dia mengandung!" ulang Bella.

Puan Dilla dan Bella masuk ke dalam ambulans, tidak lepas tangan puan Dilla menggenggam tangan Meesya yang masih lagi mempunyai kesan biru.

"Tuan muda Ariff mana?" tanya Izz.

"Masih dekat dalam, kapten." jawab salah satu daripada askar perempuan yang membantu tadi.

Kapten Izz melangkah masuk ke dalam bangunan dan langsung menuju ke tingkat atas, dia memasuki bilik yang menempatkan Meesya tadi.

"Jangan bunuh dia, Meesya mengandung."

Suara Hariz kedengaran di telinga Izz.

Izz sedikit terkejut memandang ke arah Luq yang sudah terbaring ke atas lantai tetapi masih sedarkan diri walaupun dadanya sudah ditembak oleh Aid dari jauh tadi.

Manakala Ariff berdiri betul-betul di hadapan Luq yang berbaring dengan mengacu pistol kepada Luq. Pandangan membunuh diberikan kepada Luq.

"Han!" panggil Ariff.

"Ye, tuan" Han mendekati Ariff.

"Tangan, kaki, perut, pipi, mulut, lidah! potong semua!"

"Tuan muda Ariff," tegur Izz.

Ariff berpaling ke arah Izz. Wajahnya masih sama, pandangan membunuh.

"Kau nak sumbat aku dalam penjara?" tanya Ariff datar.

"Tak... Puan Meesya dah dihantar ke hospital," kata Izz.

Ariff mengangguk, pandangan di alih ke arah Luq semula.

"Ikat dia," arah Ariff.

Luq tersenyum sinis.

"Hahaha! Bodoh! Meesya tu milik aku!" kata Luq lemah.

BUK!

"You tie her up," ujar Ariff.

HIS BABYPAU ©️Место, где живут истории. Откройте их для себя