*.·:·. Bab - 5 .·:·.*

Start from the beginning
                                    

"Kesian Nyra akak. Nanti kalau bosan datang je butik akak. Kita borak macam biasa. Akak pun bukannya busy sangat dekat sana. Kadang-kadang je." Mendengar itu bersinar mata bundar Hanyra.

"Wahh akak ada butik sendiri?" Soalnya tidak percaya. Aaira mengangguk perlahan. Dia tersenyum nipis.

"Nanti akak share location tau! Nyra nak terjah hehe," ujarnya teruja.

Kagum pula dia dengan hasil pencapaian Aaira. Muda-muda lagi dah ada butik sendiri.

"Okay Nyra sayang."

HanAaira

"Rose? Kau nak dah siap kerja ke?" Aaira yang sedang mengunci butiknya itu tersentak hebat apabila disapa oleh Han secara tiba-tiba. Nafas dihela perlahan. Dadanya diusap lembut.

Terkejut dia.

"Ya Allah Encik ni. Lain kali bagilah salam dulu. Buat terkejut kita je," ujar Aaira geram.

Pukul 5:30 petang butiknya akan di tutup.

Itu kerana Aaira tidak mahu balik rumah terlalu lewat. Juga atas arahan Tuan Ferhad dan abang-abangnya.

"Maaf, Rose. Nak balik dah ke?" Soalnya kembali. Aaira mengangguk. Setelah selesai mengunci ia Aaira menyimpan segugus kunci itu ke dalam beg tangannya.

Langkah diatur pergi. Namun terhalang apabila dengan tiba-tiba Han berdiri dihadapannya. Aaira
Mendongak seketika.

"Encik Han nak apa lagi?" Aaira tidak tahu apa yang lelaki itu inginkan darinya. Hari-hari wajah itulah yang perlu dia hadap. Nak larikan diri. Tapi dia tak tahu nak pergi mana.

"Aku hantar kau balik boleh?" Berkerut dahi Aaira. Kunci keretanya diangkat tinggi separas dengan hidung mancung lelaki itu.

"Saya ada kereta sendiri. Tak perlu rasanya," tolaknya sopan. Han tersenyum senget. Matanya mengerling sekilas jenama kereta mini cooper SE itu.

"Tahu, Rose ku. Aku cuma nak teman dari belakang, sampai dekat rumah kau aku baliklah. Aku janji." Janjinya. Aaira yang pada mulanya hairan itu akhirnya hanya mengangguk membenarkan.

Han tersenyum. Mereka melangkah ke arah kereta masing-masing. Sempat mata Aaira mengerling kereta Range Rover putih milik lelaki itu.

Aaira meloloskan diri ke dalamnya. Doa dibaca terlebih dahulu. Enjin dihidupkan sebelum stereng kereta itu dipusingkan.

Aaira memandunya keluar dari simpang. Anak mata memerhati seketika dari cermin tepi. Kelihatan kenderaan milik Han bergerak mengikutinya dari belakang. Aaira tersenyum nipis. Nak pula ya lelaki itu susahkan diri menghantarnya sampai ke rumah.

Sepanjang perjalanan Aaira hanya ditemani radio.

20 minit memandu akhirnya Aaira tiba di sebuah hadapan rumah banglo besar, mewah. Sebelum memasuki pagar Aaira menghentikan keretanya.

Pintu dibuka sebelum dia keluar. Langkah dibawa menuju ke arah lelaki itu. Han yang melihat itu dengan pantas turut keluar. Dia berdeham seketika.

Tiba saja didepan Han, Aaira menundukkan kepalanya sedikit. Senyuman dilemparkan.

"Terima kasih Encik Han," ujarnya lembut. Kenalah balas perbuatan baik jejaka itu walaupun dengan hanya ucapan saja.

Han menyeluk tangannya ke poket seluar. Senyuman manis diukirkan. Dia menunduk memandang wajah cantik itu.

"Sama-sama," balasnya tenang. Aaira mengangguk sebelum meminta izin untuk masuk.

Han hanya merenung kelibat gadis itu yang menghilang dalam kereta sebelum pacuan empat roda itu turut masuk ke halaman rumah yang dipagar sepenuhnya. Agak lama juga dia berdiri.

"Jumpa minggu depan, Rose. Aku sayangkan kau...sangat," gumamnya perlahan.

Untuk 3 hari ini dia perlu ke luar negara bagi melawat Neneknya yang berada disana. Pastinya ditemani Hanyra.

London. Tempat tinggal neneknya dari sebelah arwah daddy Han.

Han rasa berat hati untuk memberitahu gadis itu tentang pemergiannya. Mungkin masa inilah gadis itu berasa tenang tanpa kehadirannya.

Selepas tiga hari dia akan kembali.

***
TBC—

 𝐃𝐢𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now