LKS (67)

9.4K 280 3
                                    

Dato' Sri Hishammuddin memandang anaknya yang sedang mengabaikan keberadaannya, wanita itu sibuk berceloteh dengan makanannya.

Pagi-pagi dia datang ke sini setelah selesainya segala urusan pengkebumian anaknya semalam, dia mengambil keputusan untuk tenang seketika dari amukan isterinya yang tidak terima cerita dan perangainya terungkap.

"Aluna, papa ada benda nak beritahu!" Sayu sahaja lelaki itu bersuara, Aluna memperlahankan gerakannya yang asyik menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Kakak! Kakak Alesya dia....." Terhenti seketika, mencuba mencari kekuatan.

"Kakak kamu, Alesya dah tak ada!"

Aluna Zinnirah menghentikan suaranya yang mengulas tentang makanan yang dimasak olehnya, wajahnya kosong, entah itu berita gembira atau sedih tapi dia tidak sedikit pun berasa sedih.

"Dia mati kenapa?" Tanya dia bersahaja.

Dalam benci masih mengambil tahu.

"Overdose!"

"Overdose?"

"Ya, overdose ubat depression!"

"Dia depress?" Aluna menatap sayu papanya yang juga menatapnya tanpa minat tapi masih mengharap.

"Ya! Papa baru tahu dia depress dari Anaqi!"

"Kenapa dia tak mengadu dekat kau? Bukan dia anak emas? Selalu mengadu dekat kau?" Bidas Aluna sedikit lantang.

Dato' Sri Hishammuddin termenung mendengar bidasan anaknya yang ini.

"Entah, papa tak tahu, dia tak pernah cerita dekat papa! Papa tak tahu apa yang dia sembunyikan dibelakang papa! Papa cuma tahu apa yang dia buat dibelakang papa!"

"Kau tahu apa yang dia buat? Tapi kau tak tahu apa dia sembunyikan?"

"Papa tahu dia berhutang dengan seorang mafia dan nak jadikan kamu sebagai kambing hitam tapi papa tak tahu dia menderita depression sampai tahap itu!"

"Jual aku? Maksud kau?" Aluna terkejut mendengar pengakuan itu.

"Aluna boleh terus tanya pada Anaqi yang tahu semua rahsia Alesya, papa tak tahu" ujarnya lemah.

Aluna Zinnirah hanya diam sahaja menatap lelaki tua yang sedang menghirup kopi yang di hidangkan olehnya.

Aluna Zinnirah berjalan masuk ke dalam bilik yang berdiri megah di hadapannya tanpa mengetuk pintu itu. Lelaki yang sedang termenung menatap langit luar melalui cermin yang menjadi dinding bilik hanya diam sahaja seolah-olah mengingati seseorang.

"Anaqi Redza!" Panggilan yang membuatkan lelaki itu tersentak. Perlahan kepalanya dipusing.

Mata yang tadi kosong bersinar kembali, bibir yang pucat tidak berseri ditarik ke atas.

"Aluna Zinnirah!" Sahutnya berdiri ingin mendekati wanita yang menjadi kisah silamnya.

"just stand there!" Amaran itu mematikan langkah lelaki itu.

"Aluna! Awak sihat?"

"Kenapa kakak aku nak jual aku dekat si pemberi hutang tu?" Soalannya yang membuatkan Anaqi diam tidak bergerak.

Aluna menatapnya tajam.

"Mana Aluna tahu?" Tanya Anaqi cuba melarikan anak matanya cuba mencari alasan.

"Siapa yang bagi tahu aku tu tak penting! Yang penting kenapa dia sanggup buat aku macam ni!!" Jerit Aluna sudah tidak tahan.

Anaqi Redza berdiri memicit-micit kepalanya sambil menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan, kegelisahan.

LEFTENAN KARL SYAKIRIN Where stories live. Discover now